Ahmad Al-Hassan (as) di sisinya ada panji-panji Rasulullah (S)
Cara ketiga ialah panji-panji Bai’atu Lillah
atau tuntutan Pemerintahan Allah: Perkara ini merupakan amalan bagi khalifah
untuk menunaikan peranannya sebagai pengganti, dan mengamalkan bagi perintah
Allah Yang Maha Suci menunaikan peranan mereka sebagai amalan dan pengetahuan sebagai
pengendali dan pelajar di sisi khalifah ini. Ini membuktikan bahawa Pemerintahan
Allah dan kerajaan Allah ke atas bumiNya dicapai melalui ketaatan kepada
Khalifah Allah di bumiNya. Oleh itu, semua rasul, termasuk Muhammad (S), mereka
membawa panji ini (Bai’atu Lillah - Ketaatan kepada Allah atau Pemerintahan
Allah dan kerajaan Allah) dan berhadapan dengan mereka yang mengakui pemerintahan
manusia (rakyat) dan tidak menerima pemerintahan Allah dan kerajaan-Nya, Yang Maha
Suci.
Panji Rasulullah Muhammad (S)
Para imam (as) menjelaskan bahawa orang yang
datang dan dikenali dengan panji-panji Rasulullah (S), iaitu panji-panji
kesetiaan kepada Allah (Bai’atu Lillah) atau tuntutan kepada pemerintahan
Allah.
Dari Al-Baqir (as) beliau berkata:
(……….. Kemudian dia dan orang-orang yang
bersamanya akan meninggalkan tiga ratus belasan orang yang berbai’at kepadanya
di antara Rukun dan Maqam, bersamanya ada perjanjian Nabi Allah (S) dan
panjinya, senjatanya, dan pembantunya bersamanya, dan para penyeru menyeru ke Mekah
dengan nama dan perintahnya dari langit, supaya penduduk bumi dapat
mendengarnya. Semua mereka mempunyai nama, nama nabinya, anda tidak akan keliru
perjanjian Nabi Allah (S), dan panjinya dan senjatanya, dan jiwanya yang suci
dari anak-anak Al-Hussein. Maka janganlah kamu keliru dengan suara dari langit
atas namanya, perintahnya, dan berhati-hatilah kamu terhadap keanehan dari
keluarga Muhammad (S), kerana keluarga Muhammad dan Ali mempunyai panji-panji
dan untuk mereka yang lain juga mempunyai panji-panji. Maka berpeganglah kamu di
bumi dan janganlah kamu mengikuti seorang lelaki pun daripada mereka sehingga
kamu melihat seorang lelaki daripada anak-anak Al-Husain, bersamanya ada
perjanjian Nabi Allah, panji dan senjata baginda, Kemudian perjanjian Nabi
Allah itu diserahkan kepada Ali Bin Al-Hussein dan kemudian diserahkan kepada Muhammad
bin Ali, dan Allah melakukan apa yang Dia kehendaki. Maka hendaklah kamu
menyertai mereka selamanya, dan berhati-hatilah kamu mengingatnya, jika seorang
di antara mereka keluar dengan tiga ratus belasan orang, dan bersamanya
panji-panji Rasulullah (S), dia akan pergi ke Madinah sehingga dia melewati
Al-Baidaa sehingga mereka berkata: Inilah tempat orang-orang yang ditelan bumi dan
ia adalah ayat yang difirmankan Allah:
﴿أَفَأَمِنَ الَّذِينَ مَكَرُوا
السَّيِّئَاتِ أَن يَخْسِفَ اللَّهُ بِهِمُ الْأَرْضَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ
الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ﴾
maka apakah orang-orang yang membuat makar (rencana)
yang jahat itu, merasa aman dari ditenggelamkannya di bumi oleh Allah bersama
mereka, atau datangnya azab kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sadari,
[Al-Nahl 16:45] ………) Bihar Al-Anwar J 52 hlm. 223
Imam Ahmad Al-Hassan (as) yang mengibarkan
panji-panji Rasulullah Muhammad (S) ((Bai’atu Lillah – Janji Setia kepada Allah))
Tuntutan untuk pemerintahan Allah dan kerajaan
ilahi mesti dipenuhi dalam realiti hidup dengan cara di mana pemilik kebenaran
ilahi, hikmah, ilmu dan makrifahnya tentang hasil urusan yang jelas.
Dan Al-Hamdu Lillah, ini dapat dicapai dengan kurnia
Allah SWT. Maka semua ulama yang tidak beramal itu menyeru kepada pemerintahan manusia,
pilihan raya, syura dan saqifah di akhir zaman, melainkan pemegang wasiat
(washi) dikurnia Allah ke atasnya. Dia tidak redha melainkan dengan pemerintahan
Allah dan kerajaan Allah Yang Maha Suci, dan dia tidak menyimpang dari jalan
yang ditunjukkan oleh Muhammad dan Aali Muhammad (as). Sedangkan para ulama
yang tidak beramal telah tersasar dari jalan kebenaran, dan berkat perencanaan
ilahi yang teguh, jelaslah bahawa orang yang mengangkat panji-panji Rasulullah
Muhammad (S) ((Bai’atu Lillah – Janji Setia kepada Allah)) hanyalah washi (pemegang
wasiat).
Adapun selain beliau, mereka mengangkat
panji-panji pilihanraya dan pemerintahan rakyat (manusia), iaitu ikrar taat setia
di leher mereka kepada taghut penzalim dan memenuhi kemahuan mereka, malah
mereka mengajak orang ramai kepadanya dan manusia tertipu kerana kejahilan
mereka tentang akidah yang diredhai Allah SWT, kerana Ahl Al-Bait (as) telah
menjelaskan perkara ini dengan terang dan jelas, dan darah Al-Hussein di
Karbala adalah saksi terbaik untuk perkara ini.
Selain panji-panji keluarga Muhammad.. ada panji-panji
taat setia kepada rakyat (manusia)
Pemilihan adalah syura kecil (Al-Syura
Al-Shughra) yang berlaku di Baghdad, yang diceritakan dan diperingatkan oleh
Rasul Muhammad (S) kepada kita, dan mengancam dengan ‘celakalah bagi mereka
yang menyertainya’. Dari Rasulullah (S) bahawa baginda bersabda:
(Celakalah, celakalah umatku dalam Al-Syura
Al-Kubra wa Al-Shughra (Syura besar dan kecil). Dia ditanya tentang hal itu,
lalu baginda (S) pun bersabda: Adapun yang besar yang terjadi di kotaku setelah
kematianku untuk merampas kekhalifahan saudaraku. dan merampas hak anak
perempuanku. Adapun syura kecil, ia berlaku dalam Al- Ghaibah Al-Kubra di Al-Zauraa’
untuk mengubah sunnahku dan mengubah hukum ketetapanku) Manaqib Al-‘Itrah dan
Kitab Dua Ratus Lima Puluh Alamat, hlm. 130.
Dan Allah SWT menghendaki - untuk membezakan
ikrar (bai’ah) dan syura -permesyuaratan (pemilhan) ini - bahawa tiada ikrar
taat setia (bai’ah) dan syura (pilihan raya) berlaku dalam sejarah Iraq seperti
ini untuk menunjukkan bahawa ia adalah (Syura Kecil) kerana tidak ada yang lain
berlaku sepertinya.
Dan Rasulullah (S) memberi khabar bahawa ia
berlaku pada masa Ghaibah Kubra dan di Al-Zauraa’, iaitu Baghdad, menunjukkan
bahawa ia berada di Iraq dan pusatnya adalah Baghdad (ibu kota) dan markas dan
asas Syura (pemilihan) ini yang disifatkan oleh Rasul (S) sebagai mengubah
Sunnah Nabi Muhammad (S) ((pemerintahan Allah Taala) dan mengubah hukum
ketetapan baginda (S) ((berhukum dengan selain Al-Quran dan Al-Sunnah yang
suci)). Dan sebenarnya, ia mengubah Sunnah Al-Rasul Muhammad (S) dan bersandarkan
kepada kepimpinan rakyat dan negara kepada Amerika dan agen-agennya dan mereka
yang menyeleweng dari syari’at Al-Muhammadiyah yang sebenar, dan Penggubalan
peruntukan undang-undang (Perlembagaan) telah diamanahkan kepada rakyat (Dewan
Negara) dan mereka meninggalkan Kitab Allah di belakang mereka seolah-olah
mereka tidak mengetahuinya.
Allah Ta'ala berfirman:
﴿وَمَن لَّمْ
يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
Barangsiapa yang tidak berhukum menurut
apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. [Al-Maidah:47]
﴿أَفَحُكْمَ
الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ
يُوقِنُونَ﴾
Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki,
dan siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah bagi orang-orang yang
yakin? [Al-Maidah:50]
Dari ayat-ayat Allah SWT dan alamat yang jelas
yang dilalaikan oleh orang buta: - iaitu pemilihan diadakan pada hari Bai’ah Al-Ghadir
kepada Ali bin Abi Talib (as) sebagai khalifah:
Orang ramai berbaiah kepada (taghut penzalim)
dan meninggalkan bai’ah kepada Ali bin Abi Talib kerana dia sibuk dengan
pilihanraya dan kerana ziarah itu dilarang pada hari itu walaupun dari penduduk
Najaf yang rapat dengan Imam Ali (as). Dan inilah kuasa Allah Taala untuk
menjelaskan kepada kamu bahawa dengan bai’ah kamu ini mengeluarkan kamu dari bai’ah
Ali bin Abi Talib (as) dan tidak datang menziarahinya serta membai’ahnya
seperti biasa setiap tahun.!!!.
Saya tertanya-tanya, adakah anda tidak
bertanya pada diri anda tentang ayat ini dan merenung keadaan anda, kepada
siapa anda berbai’ah dan kepada siapa anda tinggalkan?!!!
Selain itu, diadakan pemilihan pada hari Al-Ghadir,
hari ikrar taat setia (bai’ah) kepada Amirul Mukminin (as), juga menunjukkan
kaitan antara Syura kecil ini dengan Syura besar (Saqifat Bani Sa'adah), di
mana hak khalifah telah dirampas daripada Amirul Mukminin (as), seperti yang diisyaratkan
oleh Rasulullah (S). Dan mereka adalah seperti ini, mengikut contoh seperti
cara golongan sebelum kamu setapak demi setapah dan langkah demi langkah!!!
﴿إِنَّ فِي ذَلِكَ
لَذِكْرَى لِمَن كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ﴾
((Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang
menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.)) [Qaf/37].
Kita sebagai Muslimin, Syiah, dan pengikut Ahl
Al-Bait (as), dan membenarkan berita-berita ghaib dari mereka, kita tidak dapati
dalam riwayat-riwayat mereka bahawa pada akhir zaman akan ada negara Wilayah Ahl
Al-Bait (as) di Iraq. Bahkan, sebaliknya adalah benar, kerana ia diterima dan
digabungkan riwayat-riwayat dengan penubuhan negara Banu Al-Abbas di Iraq, dan
ia adalah salah satu tanda kebangkitan Al-Qa'im (as) dan bahawa ia, seperti
negara pertama Banu Al-Abbas, menjalankan syiar-syiar agama "Ya membalas bela
Al-Husain" dan "Al-Redha dari keluarga Muhammad." Pada
hakikatnya, ia adalah musuh agama dan mazhab. Dan memerintah dengan sistem
buatan manusia yang dilarang oleh Allah Taala dan Rasul-Nya dan para imam yang suci
(as), dan Kerajaan Bani al-Abbas yang didirikan di Iraq ini akan dihancurkan
oleh Al-Yamani, Al-Khurasani, dan Al-Sufyani, yang satu ini dari Timur dan yang
satu lagi dari Barat.
Dari Ya`qub ibn Al-Siraj, kata:
Aku berkata kepada Abi Abdillah (as): Bilakah
Syiah kamu akan dilapangkan? Dia berkata: (((Jika anak-anak Al-Abbas berselisih
pendapat, dan kekuasaan mereka lemah, dan orang-orang yang tidak tamak menjadi tamak
di kalangan mereka, dan orang-orang Arab melepaskan pertolongan mereka, dan semakin
meningkatnya orang-orang yang bersiasah (berpolitik) di kalangan mereka. dan
Al-Sufyani muncul, dan Al-Yamani datang, dan Al-Hasani berpindah, pemilik urusan
ini meninggalkan Madinah menuju ke Mekah....)) Ghaibah Al-Nu’mani ms 270,
Dan dari Abi Jaafar (as) dalam khabar (riwayat)
yang panjang, dia berkata:
((.... Banu Al-Abbas mesti memerintah, maka
jika mereka memerintah dan berselisih dan urusan mereka akan berpecah belah, akan
keluar Al-Khurasani dan Al-Sufyani, yang satu ini dari Timur dan yang satu lagi
dari Barat. Mereka berlumba-lumba ke Kufah bagaikan kuda-kuda bertaruh, yang satu
dari sini, dan yang satu lagi dari sana, sehingga kebinasaan mereka di tangan
antara mereka, tiada seorang pun daripada mereka yang kekal..)) Ghaibah Al-Nu’mani
ms 255
Dari Muhammad bin Al-Hanafiyah:
((… Maka aku berkata: Semoga aku menjadi tebusan tuan.
jika ada panji di hadapan panji-panji tuan? Dia berkata: Ya, demi Allah, Banu Mirdas
mempunyai kerajaan yang kukuh yang tidak diketahui apa-apa kebaikan dalam
kekuasaan mereka. Kekuasaan mereka adalah kesusahan tanpa kemudahan, yang jauh mereka
menghampirinya dan yang dekat mereka hubungi, sehingga
mereka percaya dengan perancangan dan azab Allah, satu
jeritan akan kedengaran daripada mereka. Mereka tidak mempunyai gembala (pemimpin)
lagi untuk mengumpulkan mereka,
Tidak ada kumpulan yang mahu mendengar mereka,
dan Allah telah menimpakan azab kepada mereka.”
Dan dalam riwayat lain
((Mereka tidak menunaikan perjanjian dan juga
persetiaan yang menyeru kepada kebenaran tetapi mereka bukan dari kalangan ahlinya.
Nama mereka adalah nama panggilan gelaran dan nasab mereka kenegerian, dan
rambut mereka diminyaki seperti rambut wanita)) Al- Mumahhidun oleh Al-Kurani
hlm 105.
Dalam riwayat terakhir ini, terdapat empat
ciri yang berlaku kepada kerajaan pilihan raya dan mengesahkan bahawa negara
Bani Al-Abbas yang akan memerangi Syiah keluarga Muhammad sebenar:
((Mereka tidak menunaikan perjanjian dan
juga persetiaan)):-
Ini jelas pada anggota kerajaan ini yang
melanggar perjanjian Allah Taala ke atas mereka untuk berwala’ (wilayah) kepada
Ali (as) dalam perkataan dan perbuatan serta berhukum dengan apa yang
diturunkan Allah Taala, di samping berapa banyak perjanjian dan persetiaan yang
diberikan kepada umat ini dan kemudian tidak menunaikannya kerana urusan mereka
bukan di tangan mereka, tetapi di tangan Amerika dan perancangannya.
((Mereka menyeru kepada kebenaran tetapi
mereka bukan dari kalangan ahlinya)):-
Ini jelas kepada semua orang yang telah
menyaksikan dan memerhatikan ahli kerajaan ini. Mereka mendakwa melaksanakan
Islam, akhlak dan hak asasi manusia, dan menyeru kepada kejujuran, kebenaran,
altruisme dan pengorbanan. Malah, mereka telah melanggar Kitab Allah SWT dan
meletakkan tangan mereka di tangan Amerika dan berdamai dengannya dalam
pendudukannya di tempat yang paling suci di dunia selepas Dua Tanah Suci. Yang
Maha Tinggi berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ﴾
(((Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu);
sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara
kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang zalim.)) [Al-Madah:51] Sebaliknya, kebanyakan mereka telah membuktikan
pekerjaan mereka kepada Barat yang kafir dan menghabiskan sebahagian besar
hidup mereka di tangan mereka, di samping itu mereka menyeru kepada kejujuran,
kebenaran, altruisme dan amanah tetapi kebanyakan mereka telah terbukti berkhianat
dan mencuri dana negara dan mengeksploitasi kedudukan untuk kepentingan
peribadi dan membiarkan mereka yang fakir, miskin dan anak yatim hidup di
jalanan sebagaimana mereka berada di zaman zalim Saddam (laknahu Allah). Mereka
menyeru kepada kebenaran tetapi mereka bukan dari kalangan ahlinya!! !
((Nama mereka adalah nama panggilan gelaran
dan nasab mereka kenegerian,)):-
Ciri ini menjadi faktor asas di kalangan parti-parti
politik yang merupakan sebahagian besar daripada unsur-unsur asas kerajaan pada
hari ini, kerana anda akan dapati setiap orang daripada mereka nama panggilannya
selain nama sebenar, sama ada nama panggilan seperti (Bapa itu, ini). atau dihubungkan
dengan kotanya (seperti Al-Basri, Al-Karbalai, Al-Najafi, Al-Rumaitsi,
Al-Qarnawi, Al-‘Umari…..dll).
((dan rambut mereka diminyaki seperti
rambut wanita)):-
Syair (perumpamaan) ini adalah metafora dan
lambang bagi idea yang dibawa dan diyakini oleh seseorang, dan idea-idea ini
diibaratkan sebagai lembut seperti pemikiran wanita, kerana wanita dicirikan
oleh idea yang cenderung menyerah, tunduk, lemah dan kekurangan. konfrontasi
dalam jihad dan seumpamanya. Dan ini adalah keadaan negara semasa, kerana
mereka berdamai dengan Amerika dan tidak dapat berjihad menentangnya.
Sebaliknya, mereka tidak memikirkannya sama sekali, bahkan mereka bersetuju
dengan idea dan projek yang merosakkan di Iraq, dan di sini mereka telah
menyebarkan maksiat dalam masyarakat Islam Iraq dan memburukkan lagi keadaan
melalui arak, zina, saluran satelit yang tidak bermoral, majalah lucah, dan
pawagam yang beroperasi secara bebas. Tanpa pengawasan, negara menayangkan gigi
dan tersenyum sambil berkata ((kebebasan..demokrasi)) !!!.
Bacalah kitab Imam Ahmad Al-Hassan (as), di
mana beliau membahas tentang apa itu demokrasi, sehingga menjadi jelas kepada
kita apa itu panji-panji kesetiaan kepada Allah (Bai’atu Lillah) yang dikibarkan
oleh para nabi dan washi (as) dan hari ini dikibarkan oleh Imam Ahmad Al-Hassan
(as).
Kitab
Pemerintahan Allah, Bukan Pemerintahan Manusia – (Hakimiah Allah La Hakimiah
Al-Nas)
Sebelumnya ✡✡✡✡✡ Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan