Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 459
Antara Determinisme (Ketetapan) Newton dan
kebarangkalian serta ketidaktentuan mekanik kuantum:
Dalam fizik Newton atau fizik klasikal, jirim
ditentukan dengan ketepatan. Tidak wujud sebarang kebarangkalian, keraguan atau
ketidaktentuan. Oleh itu kita boleh menentukan kelajuan dan posisi sesuatu
objek dengan tepat, Ini membolehkan Laplace untuk mengembangkan mekanik Newton
sejauh yang mungkin. Laplace telah
mencipta prinsip ketentuannya, yang menyebutkan, jika kita mengetahui kelajuan
atau momentum dan posisi setiap zarah di alam ini pada waktu tertentu, kita
boleh menentukan kelajuan dan posisi mereka pada bila-bila masa, samada pada
masa silam mahupun masa hadapan. Ini bermakna
kita boleh mengetahui masa hadapan. Ini disebutkan sebagai Prinsip
Determinisme/Ketetapan. Jelas bahawa tidak wujud sebarang ruang lagi untuk
perkara ghaib atau untuk tuhan masuk campur atau mengubah apa-apa. Situasinya
telah ditetapkan dan tidak mampu dicampur tangan. Ini adalah isu yang membawa
kepada ketiadaan ruang malah untuk kebebasan memilih manusia, kerana jirim
bergerak ke arah pengakhiran yang telah ditetapkan dan tidak dapat dielakkan.
Kejayaan hukum
Newton dan teori-teori fizikal yang lain telah membawa kepada idea penetapan
saintifik, yang pertama kali di ekspresikan pada permulaan abad ke sembilan
belas oleh saintis Perancis, Marquis de Laplace. Laplace mencadangkan jika kita
mengetahui posisi dan halaju semua zarah di dalam alam ini pada sesuatu masa,
hukum fizik sepatutnya membolehkan kita untuk menganggarkan apa keadaan alam
ini pada mana-mana waktu di masa silam mahupun masa hadapan.[1]
Bagaimanapun, mekanik kuantum yang mendominasi
fizik hari ini, tidak dapat memberitahu kepada kita kelajuan dan posisi tepat
sebuah zarah tunggal, apatah lagi semua zarah. Maka, keadaan telah menjadi
berbeza sepenuhnya. Zarah itu boleh berada pada mana-mana posisi, dan
kelajuannya bisa jadi pada apa sahaja kelajuan. Oleh itu, tidak wujud lagi
determinisme mutlak di dalam mekanik kuantum, dengan kata lain, tidak wujud
lagi sebarang kebarangkalian untuk mengetahui masa hadapan secara tepat,
disebabkan wujud lebih dari satu kemungkinan. Apa yang tinggal dari
determinisme di dalam mekanik kuantum adalah evolusi fungsi gelombang.
Oleh itu kita boleh mengatakan bahawa mekanik
kuantum yang digunakan oleh pendukung konsep "alam tercipta dari
ketiadaan" untuk menafikan kewujudan tuhan, telah menjadi cara untuk
membuktikan kewujudan tekad bebas pada manusia, dan manusia boleh masuk campur
dalam mencipta masa depan mereka.
_______________________
. 1. Sumber (Hawking - Alam semesta dalam
cangkerang walnut): ms 98
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 460
Manusia tidak dipaksa atau terpaksa untuk
mengikuti sesuatu jalan yang disediakan kepadanya oleh ketetapan alam yang
tidak dapat dielakkan. Malahan, manusia boleh memberi kesan kepada peristiwa
yang dia perhatikan di sekelilingnya. Malah, manusia mempunyai kesan kepada
alam-- keseluruhan alam ini adalah sebuah sistem kuantum, dan manusia
memerhatikannya.
Sesetengah determinisme yang diketengahkan
oleh evolusi fungsi gelombang tetap tinggal di dalam mekanik kuantum. Semua kemungkinan yang diberikan oleh fungsi
gelombang telah berevolusi secara deterministik, yakni determinisme klasik
tidak lagi wujud, seterusnya digantikan oleh campuran apa yang kita sebutkan
sebagai separa-determinisme.
Seperti yang telah
ditekankan oleh Max Born, semasa tempoh
waktu antara pengukuran, nilai fungsi gelombang telah berevolusi dengan cara
berterusan dan deterministik yang sempurna, didikte oleh sesetengah versi umum persamaan Schrödinger. Semasa perkara
ini sedang terjadi, sistem tersebut tidak boleh disebutkan sebagai berada di
dalam apa sahaja konfigurasi yang pasti.[1]
Telah pasti bahawa, dengan kedatangan mekanik
kuantum, determinisme di dalam fizik Newton tidak lagi wujud, walaupun jika
kebanyakan orang, di dalam kehidupan harian mereka hanya mengetahui fizik
Newton dan determinisme-nya. Pun begitu, dengan kedatangan mekanik kuantum,
masih bolehkah untuk kita menyebutkan apa yang diketahui mereka adalah
realiti?!
Oleh itu, wujud lebih dari satu kemungkinan untuk masa depan, dan kita tidak boleh mendefinisikan mana-mana kemungkinan tersebut secara deterministik.
﴿يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ ﴾
Bagaimanapun, kemungkinan-kemungkinan ini ditadbir oleh evolusi yang bersifat deterministik ke atas fungsi gelombang. Melalui pemerhatian, kita telah mengenali salah satu darinya sebagai realiti yang telah kita perolehi.
)لا جبر ولا تفويض، ولكن أمر بين أمرين )
[Ia bukanlah tekad bebas mahupun determinisme. Sebaliknya ia adalah sebuah urusan di antara dua urusan tersebut.] [3]
______________________________
[1] Sumber (Weinberg -
Dreams of the Final Theory).
[2] Al-Qur’an yang mulia
- Surat Ar-Ra’d - Ayat: 39
[3] Dari Abu
Abdullah al-Sadiq (as), beliau berkata: (Tiada paksaan dan tiada pewakilan,
melainkan perkara antara dua perkara) [Al-Kafi: Bahagian 1] ms 160
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan