Halaman

Ahad, 20 Februari 2022

4.12 Evolusi Adalah Bermatlamat Jika Melihat Hasilnya dan Sifat Pelan Genetik Yang Mengikuti Suatu Hukum

 

Menghasilkan Mesin Survival Yang Ideal: Mesin Kecerdikan

 

Semasa proses evolusi:

 

Terdapat mutasi genetik yang sepatutnya menyediakan pelbagai kemungkinan, apabila diberikan masa yang mencukupi.

 

Terdapat pemilihan yang membenarkan kelangsungan hidup bagi yang terkuat dan terbaik.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 218

 

 

Jika kita kembali kepada masa lalu sebelum wujud sebarang mekanisme yang berurusan dengan cahaya atau bunyi, frekuensi elektromagnetik atau bau-bauan kimia - dengan kata lain, kita sedang berbicara tentang hidupan pada peringkat samada bakteria atau organisme eukaryotik yang tidak mempunyai sel-sel deria yang berperanan untuk merasai persekitarannya – dan kemudiannya kita menerapkan apa yang berlaku dalam evolusi kepada kehidupan primitif ini, yang hanya wujud pada satu hari di masa lampau di bumi ini, kita pasti akan mengatakan bahawa mutasi pasti akan menyediakan mekanisme deria samada cepat atau lambat, tanpa mengira samada ia adalah mekanisme yang merasai cahaya atau sesuatu yang lain dalam persekitaran organisme tersebut. Organisme yang mempunyai mekanisme ini, samada sel mengesan cahaya atau atau sel yang mengesan gelombang elektromagnetik (atau deria yang lain) akan mempunyai kelebihan dari organisme yang lain, kerana mekanisme ini memberikan kebolehan yang lebih baik untuk mendapatkan makanan dan melarikan diri dari musuh. Atas sebab ini, evolusi pasti akan memenangkan mutasi seperti ini, kerana organisme itu akan lebih berjaya mewariskan gen kepada generasi seterusnya. Jika ia bermula dengan sel yang mengesan cahaya sebagai contoh, maka akan dijangkakan sepenuhnya - menurut hukum - bahawa semua mutasi yang membawa kepada pertambahan efisiensi akan ditambah kepada sel. Maka adalah normal untuk terciptanya mata di akhir proses ini. Malah, adalah normal juga untuk mencapai mata seperti helang, yang mampu melihat dengan jelas semasa menyerang mangsanya pada kelajuan tinggi. Adalah normal juga untuk menjangkakan mekanisme pendengaran yang efisien untuk dicapai, seperti sonar pada kelawar dan ikan lumba-lumba yang dianggap lebih hebat mekanisme pendengarannya.

Secara umumnya, apa yang kami ingin perjelaskan adalah menghasilkan dan mengevolusikan deria adalah tidak dapat dielakkan dalam perjalanan evolusi, memandangkan mutasi pasti akan memberikan mekanisme pengesanan sekitar, dan proses pemilihan pasti akan memenangkan mutasi itu. Jika deria-deria itu wujud di muka bumi, walaupun sebagai sekumpulan sel mengesan cahaya dan elektrik yang primitif, maka mekanisme lain yang mengikat mereka bersama, dan menyusun atur kerja mereka dengan bahagian lain organisme tersebut, sehingga membuatkan organisme tersebut memperolehi manfaat darinya, dalam bentuk apa sekalipun, pastinya akan dimenangkan oleh evolusi. Hakikatnya, mekanisme ini adalah mesin kecerdikan, atau dalam bahasa yang lebih mudah untuk kita, boleh disebutkan sebagai asas atau asal-usul mesin kecerdikan. Oleh kerana mesin kecerdikan adalah mesin kelangsungan hidup yang ideal, ia pastinya akan berevolusi menjadi mesin kecerdikan yang lebih baik.

Sekarang kita boleh menyimpulkan pengenalan ini - agar kami boleh memperkenalkan fasa seterusnya di mana sifat ideal mesin kecerdikan akan nampak lebih jelas - dengan mengatakan mesin kecerdikan adalah mesin kelangsungan hidup yang ideal. Ini kerana, kecerdikan sebagai mekanisme kelangsungan hidup, jika tersedia, akan memenangi mekanisme kelangsungan hidup yang lain seperti kekuatan dan persenjataan (taring dan cakar) dan lain-lain. Bukti yang terbaik ada di hadapan kita, iaitu penguasaan kita dengan peratusan besar di planet bumi ini, kerana kita mempunyai mesin kecerdikan yang terbaik, jika dibandingkan dengan organisme lain yang bersaing.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 219

 

 

Mutasi genetik pasti akan menyediakan mutasi untuk mesin kecerdikan. Ia adalah mesin kelangsungan hidup yang paling ideal, ia pasti akan dipilihkan dalam pemilihan semulajadi, sementara evolusinya pasti akan berterusan sehingga ia menjadi mesin kecerdikan yang lebih baik, dengan syarat keadaan yang sesuai untuk evolusi ke arah yang lebih baik ini tersedia, contohnya seperti berjalan tegak. Sebagai tambahan, semua keadaan ini tertakluk kepada evolusi, jadi lambat-laun, ia pasti akan tersedia. Oleh itu, kita boleh katakan evolusi sentiasa bertujuan untuk akhirnya menghasilkan sebuah mesin kecerdikan yang hebat.

Evolusi tidak akan berhenti memajukan mesin kecerdikan yang lebih baik, sehingga mesin ini dan hasilnya mencapai suatu tahap yang menghentikan proses evolusi itu sendiri, seperti yang berlaku pada manusia hari ini. Kita telah hampir menghentikan proses evolusi, sekurang-kurangnya yang berkaitan diri kita. Salah satu sebab yang paling utama mengapa spesis kita telah berhenti berevolusi adalah mesin kecerdikan terbaik yang kita miliki, yang telah memberikan kita keupayaan agar kebanyakan individu dari spesis kita dapat terus hidup dan membiak. Hasilnya, hukum pemilihan semulajadi tidak lagi menguasai kita sehingga menyebabkan kelangsungan proses evolusi dan tidak lagi menyebabkan mesin kecerdikan yang kita miliki terus berevolusi. Sesungguhnya ada satu cara untuk kita meng-evolusi-kan mesin kecerdikan kita, iaitu melalui mutasi genetik buatan. Dengan kata lain, kita boleh melakukan perkara ini dengan menukar susun atur genetik untuk menghasilkan manusia dengan otak yang lebih pintar, sebagai contoh.

Berdasarkan apa yang telah kami sebutkan sebelumnya, kita boleh mengatakan bahawa evolusi akhirnya pasti akan menghasilkan mesin kecerdikan sebagai matlamat pertengahan. Sebaik sahaja mesin kecerdikan itu wujud, ia pasti akan mengambil jalan melalui evolusi untuk mencapai mesin kecerdikan superior, samada lambat atau cepat, kerana ia adalah mesin survival yang ideal, perkembangannya diingini, dengan syarat keadaannya bersesuaian untuk perkembangannya.

Oleh itu, matlamat evolusi adalah untuk menghasilkan mesin kecerdikan terbaik, sebaik sahaja keadaan untuk penghasilannya menjadi tersedia. Sebagai contoh, di dalam kes kita, keadaan yang sesuai itu mungkin termasuk kebolehan untuk berdiri di atas dua kaki atau mempunyai pelvis yang luas pada wanita, yang mana kedua-duanya perlu tersedia melalui mutasi genetik, samada lambat atau cepat dalam perjalanan evolusi.

Secara umumnya, evolusi mesin kecerdikan (otak) kepada suatu mesin kecerdikan superior pada manusia adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, selama mana evolusi wujud. Oleh itu, tanpa mengira bagaimana isu ini ditanggapi, kesimpulannya, matlamat evolusi adalah untuk mencapai mesin kecerdikan superior pada akhirnya. Faktor-faktornya termasuk perkara berikut:

- Kewujudan mutasi genetik ke arah yang lebih baik. Berdasarkan apa yang kita ketahui sekarang, kita boleh katakan bahawa walaupun mutasi genetik itu bersifat rambang, ia pasti akan mewujudkan suatu mutasi yang menambah baik mesin kecerdikan, samada lambat atau cepat, walaupun ketersediaan

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 220

 

 

mutasi ke arah penambahbaikan tersebut ditemui di dalam tempoh masa yang khusus dan sangat signifikan. Kita akan bincangkan perkara ini dalam masa terdekat. Adapun di sini, kita akan bincangkan senario paling buruk untuk kita, iaitu senario yang paling baik untuk hipotesis ateis: mutasi genetik adalah seratus peratus rambang.

Ø Berjalan tegak. Ini membolehkan salur masuk pelvic untuk melebar, yang membolehkan bayi dengan kepala yang lebih besar (otak yang lebih besar) untuk dilahirkan. Sebagai tambahan, sebaik sahaja bipedalisme menjadikan tangan kita lebih bebas, ia telah menjadi alat untuk kreativiti berkualiti tinggi selain menjadi alatan survival yang bergabung bersama mesin kecerdikan sekaligus akan membawa ke arah yang tepat dalam evolusi serta mengambil kesempatan sepenuhnya akan penambahbaikan tersebut. Inilah sebabnya tangan yang bebas akan membawa evolusi otak ke arah penambahbaikan. Tangan yang bebas akan membantu setiap mutasi penambahbaikan untuk terus hidup dan menjadi tertegak dalam takungan gen, kerana ia telah memungkinkan penciptaan alatan buatan manusia seperti kapak, tombak dan lain-lain, yang membawa faedah besar pada semua mutasi ini. Perkara ini juga terpakai dalam hal menggunakan alatan ini sehingga potensi penuh. Atas sebab ini, mutasi penambahbaikan otak akan diwariskan ke generasi seterusnya, kemudian menjadi teguh di dalam takungan gen, disebabkan oleh kebolehan berjalan tegak yang membebaskan tangan.

 



Rajah 10: Graf yang menunjukkan hubungan evolusi mesin kecerdasan (otak) dengan bipedalisme

O'Neil, Homo heidelbergensis : Sumber [1]

 

_____________________

1. Sumber:

Dennis O'Neil. Homo heidelbergensis. Boleh didapati di:

http://anthro.palomar.edu/homo2/mod_homo_2.htm

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 222

 

 

Ø Keperluan komunikasi linguistik. Mesin kecerdikan dianggap sebagai sebab untuk kewujudan dan perkembangan komunikasi secara bahasa (walaupun sekadar melalui isyarat), membolehkan ia untuk wujud dan berkembang. Komunikasi linguistik adalah kaedah berkualiti tinggi untuk kelangsungan hidup yang membawa mesin kecerdikan ke arah evolusi dan penambahbaikan, kerana mesin kecerdikan yang terbaik adalah yang paling bagus dalam menyimpan dan menguruskan maklumat. Individu yang berkemampuan untuk komunikasi yang lebih baik akan lebih mampu untuk terus hidup berbanding yang lain kerana mereka mampu melarikan diri dari pemangsa dan memburu mangsa dengan lebih efektif. Untuk lebih jelas lagi, bahasa akan mendapat manfaat dari mutasi genetik yang menambah baik otak, kerana setiap individu mampu menguruskan perbendaharaan kata yang lebih luas dan kompleks, hasilnya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih baik. Ini bermakna, semua individu ini lebih berkemampuan untuk memperolehi makanan dan pasangan untuk pembiakan, serta mengelak dari pemangsa. Hasilnya, kemampuan mereka untuk terus hidup dan mewariskan gen kepada generasi seterusnya adalah lebih tinggi dari yang lain, dan mutasi genetik untuk penambahbaikan otak akan lebih tertegak. Inilah caranya otak berevolusi di sepanjang generasi sehinggalah kita memperolehi mesin kecerdikan superior pada akhirnya.

Ø Ketersediaan jenis makanan yang baik (seperti ikan yang mempunyai iodine dan omega-3. Makanan ini akan memberi manfaat kepada otak, dan menjadikan mutasi penambahbaikan otak sangat bermanfaat. Mutasi ini menjadi ciri-ciri yang layak untuk dipilih oleh pemilihan semulajadi, dan diperturunkan kepada generasi seterusnya.

Ø Badan menjadi lebih kurang berbulu dengan penghapusan bulu tebal, dan kewujudan pundi peluh yang membawa kepada mekanisme penyejukan yang ideal untuk badan serta otak yang superior – sebuah mesin yang memerlukan banyak tenaga untuk beroperasi serta menghasilkan haba tinggi yang mampu membunuh organisme melainkan wujud suatu mekanisme yang diperlukan untuk menyejukkannya.

 

Saya ulang apa yang telah saya terangkan sebelumnya: mesin kecerdikan superior yang telah terhasil bagi kita (iaitu otak), bukanlah bermakna evolusinya telah tamat, atau jalan yang diambil oleh evolusi adalah satu-satunya jalan yang menghasilkan mesin kecerdikan superior. Hakikatnya adalah, berkemungkinan wujud jalan lain yang akan menghasilkan sebuah mesin kecerdikan superior, lebih baik dari apa yang kita lihat hari ini. Atau, ia mungkin lebih baik atau lebih buruk dalam cara tertentu. Bagaimanapun, dalam semua kes, wujud matlamat yang mesti dicapai oleh evolusi, samada lambat atau cepat, iaitu menghasilkan mesin kecerdikan superior.

Oleh itu, perkara ini telah selesai. Evolusi itu bermatlamat, dan matlamatnya adalah untuk menghasilkan sebuah mesin kecerdikan superior.

Saya boleh berhenti di sini dalam membuktikan bahawa evolusi itu bermatlamat, namun tiada salahnya untuk menguatkan lagi hujah kami dengan

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 223

 

 

petunjuk-petunjuk lain untuk mendukung apa yang telah kami buktikan.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan