Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 201
Membahaskan
Konsep Sebab dan Akibat Berdasarkan Hidupan Di Muka Bumi ini
Tidak diragukan lagi, wujud suatu hukum
fizikal sejagat yang dominan di bumi. Oleh itu, ini juga boleh digunakan
sebagai suatu bukti, mengenangkan kewujudan hukum ini adalah penyebab kepada
terjadinya kemakmuran yang produktif ini, sementara alam semulajadi, yang
melaksanakan proses pemilihan, hanyalah suatu hasil dari hukum-hukum ini. Alam
semulajadi dibina di atas hukum-hukum yang ketat dan berkod, maka tidak boleh
untuk kita mengatakan alam semulajadi ini bersifat rambang (rawak-liar), atau
ia bersifat tidak mengikut hukum. Hasilnya, pemilihan alam semulajadi ke atas
makhluk yang paling kuat adalah bersifat menuruti suatu hukum atau berdasarkan
beberapa hukum. Sekurang-kurangnya, selagi wujud hukum fizikal yang jelas
kepada kita pada peringkat atomik dan subatomik yang mana hidupan bergantung
kepadanya (sejak hukum ini membentuk kehidupan di muka bumi), maka pastilah
wujud sang pembuat hukum, dan inilah yang kami ingin buktikan.
Apa yang kami sebutkan di sini adalah memadai,
kerana perkara ini jelas, dan kita boleh berpindah membincangkan perkara yang
lain, khususnya, tiga isu lain yang berkaitan dengan kehidupan di muka bumi:
1. Pelan Genetik
2. Hukum evolusi dan perkembangan melalui
pemilihan semulajadi.
3. Matlamat evolusi dan perkembangan melalui
pemilihan semulajadi.
Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan