Halaman

Khamis, 2 September 2021

Zakat dan Khumus

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 258

 

Ibadat >> Zakat dan Khumus

 

S / Apakah tafsiran ayat:

﴿وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ...

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka siksa yang pedih,..)[1] 

Adakah ia dilaksanakan sekarang atau apabila kemunculan Imam. Jika ingin memberikan sebahagian barang kemas sebagai hadiah kepada Imam?

J / [Ini pada Zakat harta secara umum, samada pada harta simpanannya tanpa membayar zakat, atau bagi sesiapa yang mempunyai harta Zakat yang disimpannya. Pada masa bangkitnya Al-Qaim ia dikenakan kepada semua orang yang mempunyai lebihan wang dari keperluannya yang memegangnya dan tidak digunakan sebahagiannya untuk Jihad bersama Al-Qaim. Bagi barang kemas atau emas yang diperolehi untuk hiasan wanita ia bukanlah daripada simpanannya.] [2] 

 

S / Adakah wajib dikenakan khumus pada perhiasan yang digunakan oleh wanita? Khumus emas dan perak terkumpul (simpanan) yang tidak digunakan, dan apakah nisabnya?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Perhiasan (emas, perak, dan lain-lain) yang wanita gunakan untuk perhiasan tidak dikenakan khumus, dan jika tidak digunakan maka ia dikenakan khumus. Nisabnya tidak dikira dalam khumus tetapi dikira dalam Zakat.] [3] 

 

S / Adakah memadai untuk menggunakan barang sekali, seperti memakai perhiasan atau pakaian atau yang seumpamanya, dan kemudian menyimpannya, untuk mencapai penggunaan yang tidak diwajibkan khumus dari barang itu?

 

_____________________

[1] Surah Al-Taubah 9:34

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 1, hlm.14

[3] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 2, h 143

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 259

 

J / [Penggunaannya adalah penggunaan sebenar dan bukan untuk menghindari khumus, dan tidak ada masalah dalam penggunaannya, walaupun hanya sekali. Pengguna dikecualikan dari khumus.][1]

 

S / Adakah terdapat perbezaan antara hal-hal yang tulus (benar) dalam penggunaannya, untuk satu kali dia dapat meluangkan persediaan tahunannya dengan makanan, dan pada waktu yang lain dia mungkin dipenuhi dengan sisa-sisa barang yang telah dia gunakan sebilangannya, seperti minyak wangi, lemak dan beberapa kemewahan lain, jadi adakah wajib yang selebihnya dikenakan khumus? Dan ketiga, dia mempunyai sesuatu yang mempunyai banyak bahagian dan menggunakannya sebahagiannya seolah-olah itu adalah kitaran buku atau (set) untuk pelbagai tujuan.

Adakah penggunaan sebahagian daripadanya sebenarnya digunakan semuanya?

J / [Dengan menggunakan sebahagiannya adalah dianggap menggunakan secara keseluruhan.][1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum. Tolong sampaikan soalan ini kepada Ahmad Al-Hassan. Soalan saya adalah:

Apakah hukum bagi seorang gadis yang tidak dibayar khums oleh bapanya. sementara dia tidak bekerja dan perbelanjaannya ditanggung oleh ayahnya, Tetapi dia mempunyai banyak barangan yang digunakan dan ditinggalkan dan lain-lain, yang sekali-kali tidak digunakan, adakah gugur bayaran khums terhadapnya?

Adakah terputus tali persaudaraan (silaturrahim) jika diancam pada seorang gadis yang menyambung silaturrahim dengan bapanya yang akan menyebabkan kemarahan ibunya yang amat sangat, dia tidak bersetuju dengan hal tersebut dan mengalami masalah dan menyebabkan bapanya sakit yang boleh menjadi satu ancaman kepada hidupnya, iaitu jeritan ysng tidak tertanggung oleh permasalahan?

 J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

 

______________________

[1] Kitab Risalah Fiqh Khumus - hlm.17

[2] Kitab Risalah Fiqh Khumus - hlm.18

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 260

 

J 1 / Bagi masalah sedemikian maka letakkan (ditetapkan) untuknya suatu hari tertentu setiap tahun untuk kiraan bagi dirinya sendiri, dan lebihan darinya pada hari tersebut dibayarkan khumusnya, sebagai contoh, jika dia mempunyai wang pada hari tersebut untuk dibayar khumus dan jika dia mempunyai sesuatu yang tidak digunakan juga perlu dibayar khumus.

J 2 / Menghormati (berbuat baik) kepada ibu bapa adalah wajib dan juga tidak gugur (putus) dengan apa jua kemungkinan. ia wajib dipersetujui oleh isteri dan anak-anak dan bapa. dan adapun hubungan silaturrahim keseluruhannya sama ada wang atau kata-kata ia mustahab (sunat) dan tidak wajib.][1]

                     

S: Adakah isteri wajib membayar khumus atas maharnya?

Dan jika dengannya dibeli duit syiling emas, wajibkah dia membayar khumus?

J / [Tidak wajib] [2]

 

S / Apa yang digunakan sebagai perhiasan wanita (seperti emas, perak, akik, dll.) Adakah wajib membayar khumus untuknya?

J / [Apa yang wanita gunakan untuk hiasan tidak dikenakan khumus, tetapi jika dia tidak menggunakannya, maka dikenakan khumus atasnya.] [3]

 

S / Saya seorang wanita yang beriman dengan khalifah Allah (Al-Yamani) dan saya berkahwin dengan lelaki (aliran) lain dan dia memberitahu saya dia membayar khumus atas wangnya, maka adakah wajib bagi saya memberitahunya bahawa saya membayar khumus mengikut syari’at Muhammad dan Aali Muhammad, para imam dan mahdi-mahdi (as), terutama sejak memberitahunya tentang hal ini menyebabkan saya bermasalah dengannya kerana dia tidak beriman dengan Al-Syed Al-Yamani, atau hanya membayar khumus atas wang saya sendiri?

 

____________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 6, hlm. 51

[2] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - 25 Muharram 1442 AH - Link ke penerbitan

[3] Kitab Risalah Fiqh Khumus - hlm. 12

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 261

 

Apakah hukum mengenai anak-anak lelaki saya yang memakai, makan, dan menghabiskan semua keperluan mereka daripada wang itu selain membayar khumus?

J / [Anda boleh mengatur untuk mengeluarkan khumus wang (harta) anda selagi dia meminta anda untuk melakukannya dan dia tahu iman anda, dan anda tidak wajib memberitahunya secara terperinci.] [1]

 

_______________________

[1] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - Rajab 24, 1442 H. - Link ke penerbitan

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan