Halaman

Khamis, 2 September 2021

Manasik Haji dan Ziarah

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 255

 

Ibadat >> Manasik Haji dan Ziarah

 

S / Ketika saya pergi menunaikan haji, saya cuba pergi pada waktu mengerjakannya terutama tawaf, tetapi hadir lelaki asing mengerumuni saya, saya kehilangan rasa hormat, jadi bagaimana seorang wanita boleh melakukannya? Saya merasakan bahawa haji saya tidak lengkap dan hati saya sakit kerananya.

J / [Saya mohon kepada Allah agar menerima amalan dan haji anda, Dialah pelindungku dan Dia melindungi orang-orang yang saleh. dan berkenaan dengan haji wanita ketika ada ramai lelaki, hindarkan dari berkerumun dengan lelaki lebih baik daripada haji dengan sendirinya, jadi lakukan sedapat mungkin tanpa harus berebut dengan lelaki, bahkan jika dia terpaksa memendekkan dalam pekerjaan haji untuk menjaga kesucian dan penghindarannya dari pengaruh lelaki, insya Allah, ibadatnya sah, dan itu adalah cukup baginya wukuf di Arafah dan apa yang dia dapat lakukan dari amalan Haji tanpa berebut dengan lelaki itu. jadi biarkan dia bekerja mungkin tanpa harus berebut dengan lelaki.][1]

 

S / Kami masuk untuk Tawaf Al-Nisa’ dan kerana kesesakan menghalang kami dari tawaf mengelilingi Ka’bah, kami naik ke tingkat pertama dan meneruskan tawaf. Setelah melepasi pusingan pertama, kami melihat bahawa mereka membuka jalan untuk tawaf di Ka’bah, jadi kami turun dan menyelesaikan tawaf dari tempat kami berakhir secara langsung. Adakah tawaf ini sah, atau adakah kami wajib memperbaharuinya semula dengan tawaf baru?

J / [Tawaf itu sah dan tidak perlu memperbaharuinya.][2]

 

S 59 / Adakah seorang wanita dibenarkan mendahulukan tawaf dan sa’ei pada bermalam di Mina bukan kerana takut datang haid, tetapi kerana takut kesesakan orang ramai dan menyentuh lelaki?

J / [boleh.][3]

 

________________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, h 20

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, h 19

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, h 19

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 256

 

S / Mengenai Sholat Tawaf, seorang wanita mungkin berada di hadapan lelaki atau di sebelahnya, kerana sukar untuk mencari tempat di mana wanita berada di belakang lelaki kerana kesesakan, maka apa hukum sholat di sini?

J / [Dengan keperluan, sholat itu sah.][1]

 

S 61 / Seorang wanita yang menunaikan umrah dan sebelum dia bertahlul dia lupa memendekkan rambutnya kerana mentah (keanak-anakan), yang tidak mengetahui akan hukumnya. Adakah sesuatu yang perlu dia lakukan?

J / Bertahlul baginya setelah memotong rambut (bercukur) atau memendekkan rambutnya dan selainnya, seperti yang dinyatakan dalam Al-Syarai3.][2]

 

S / Apa hukum bagi jemaah wanita, kerana cuaca kering, bibirnya pecah, dan kerana takut darah keluar, dan dia hanya meletakkan pelembap di tempat merekah (pecah) sahaja, dan mengambilnya dengan preskripsi ubat, dan ia (berbau koko)?

J / Sekiranya anda terpaksa, seperti dalam pertanyaan, untuk meletakkan minyak, maka hukumnya adalah seperti yang saya jelaskan di dalam (Kitab Al-Syarai3), dan dalam masalah anda, anda tidak apa-apa masalah, dan saya akan memetik hukumnya dari (Kitab Syarai3) di sini:

[Kesebelas: (Haram) bagi penggunaan minyak wangi setelah memakai ihram, dan sebelum itu jika baunya kekal pada ihram. Begitu juga yang tidak wangi – secara pilihan - selepas Ihram, dan ia dibenarkan jika terpaksa.] Syarai3 Al-Islam: J2

[Dan barangsiapa yang menggunakan minyak wangi semasa Ihramnya, dia mesti menyembelih domba betina, dan jika perlu (terpaksa), ia tidak mengapa.] Syarai3 Al-Islam: J2.][3]

 

S / Adakah wanita boleh pergi menziarahi Imam-imam (as) dengan berjalan kaki?

 

______________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, h 19

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, hlm.21

[3] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, h 89

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 257

 

J / [Dibolehkan jika jalan itu selamat dan tidak ada rasa takut untuk menempuh perkara tersembunyi dan seumpamanya.] [1]

 

S / Apa yang terbaik bagi wanita untuk Ziarah Arba’in, adakah dia pergi dengan berjalan atau ziarah dari rumahnya?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima

Masalahnya bergantung pada keadaan dan hal di mana ia berada, kedua-duanya dibenarkan, dan keutamaannya dilihat pada hal manusia dan keadaannya.][1]

 

S: Adakah makruh wanita hamil ziarah ke tanah perkuburan?

J / [Ia tidak makruh.] [1]

 

___________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, hlm.36

[2] Himpunan Soal-Jawab Fiqh  Al-Imam Ahmad Al-Hassan (as) pada Forum - bertarikh 22 Muharram 1439 - Link ke topik di forum

[3] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - 24 Rajab 1442 AH - Link ke penerbitan

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan