Halaman

Sabtu, 3 Julai 2021

Mengenai Perubatan Dan Rawatan: S 83 - 90

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 4

 

Mengenai Perubatan Dan Rawatan:

 

S 83 / Saya telah katakan penggunaan tumbuhan Kanabis dan ganja (hasyisy) adalah dilarang melainkan jika ia adalah untuk tujuan seperti perubatan atau perindustrian.

Terdapat beberapa negara, seperti Amerika, Eropah dan negara-negara maju secara saintifik menggunakan tumbuhan Kanabis (ganja) untuk merawat kanser, ADHD [1] dan OCD [2] dan banyak penyakit lain, terdapat doktor-doktor yang lebih suka menggunakan tumbuhan ini dari ubat-ubatan lain, Apa yang perlu dilakukan jika pesakit yang mempunyai salah satu daripada penyakit-penyakit ini dan ia sudah disahkan Doktor, tetapi di negara ini di mana tumbuh-tumbuhan ini hidup ia ditanam secara haram? Bolehkah menghasilkannya dan menggunakannya untuk tujuan perubatan atau tidak?

Juga adakah mungkin untuk seseorang memeriksa (mendiagnosis) keadaannya lalu berkata saya telah mendapat penyakit seperti demikian atau tanpa berjumpa doktor, kita telah mendengar dan melihat keadaan sebelum ini dari beberapa beberapa orang individu.

 

J / Tidak dibenarkan menggunakan bahan ini melainkan dengan preskripsi dari seorang doktor yang pakar, dan untuk terus mengambil ubat-ubatan tersebut memerlukan pengawasan perubatan

 

----------------------

[1] ADHD merupakan singkatan dari Attention Deficit Hyperactivity Disorder, iaitu suatu gangguan pada perkembangan otak yang menyebabkan penderitanya menjadi hiperaktif, impulsif, serta susah memusatkan perhatian. Keadaan ini dulunya dikenal dengan ADD atau Attention Deficit Disorder.

[2] Obsessive Compulsive Disorder (OCD) adalah sebuah keadaan psikologis yang ditandai dengan perilaku pengulangan yang disebabkan oleh ketakutan atau pikiran yang tidak masuk akal. Seseorang yang didiagnosis menderita OCD mungkin tidak menyadari kalau obsesinya tidak masuk akal.

 

S 84 / Saya bekerja sebagai seorang doktor dan saya mempunyai pertanyaan mengenai penyakit yang berulang. Situasinya adalah bahawa beberapa pesakit mengalami strok yang teruk yang kadang-kadang boleh menyebabkan tidak sedar sepenuhnya, tetapi pesakit masih hidup dan dia mungkin merasa sakit melalui pergerakan di badannya pada kedua tangan dan kakinya ketika merasa sakit.

Ringkasnya, pesakit-pesakit ini, kami telah tawarkan semua jenis rawatan yang ada dengan syarat pesakit itu menerima rawatan tertentu atau rawatan itu dapat ditingkatkan (contohnya: apabila kita mengetahui bahawa pesakit seperti itu, iaitu pesakit yang mengalami strok, mengidap barah, kami tidak memberinya penawar untuk barah kerana rawatan itu tidak membawa kepada peningkatan keadaannya secara umum.

Soalannya:

1. Sebilangan pesakit ini, kerana apa yang mereka alami dahulu dan sebelum strok (dan kerana penyakit lain) dihubungkan pemakanan melalui tiub (Shundah) ke perut melalui dinding perut untuk memberi mereka makanan. Apabila mereka mengalami strok dan hilang kesedaran, ibu bapa minta untuk menghentikan bekalan makanan melalui tiub (Shundah) ini. Prosedur ini boleh menyebabkan kematian yang yang mesti berlaku tidak lama selepas itu dan kerana banyak sebab lain akibat strok dan kesan yang mengikutinya. Bolehkah saya menunaikan keinginan ahli keluarganya untuk menghentikan pembekalan makanan melalui tiub (Shundah) dalam hal ini?

J 1 / Sekiranya doktor khusus mendiagnosis bahawa keadaan pesakit adalah seperti yang dijelaskan dalam soalan, maka dibenarkan untuk menghentikan pemberian makanan melalui tiub (Al-Shundah).

2. Sekiranya saya ditekan oleh ahli keluarganya untuk menghentikan makanan melalui tiub (Al-Shundah), kerana budaya dan adat orang di sini berbeza dengan budaya kita, apatah lagi bahawa kebanyakan mereka adalah ateis, adakah saya dibenarkan untuk mematuhi keinginan mereka dalam hal ini?

3. Sekiranya pesakit yang mengalami strok sedar hingga tahap yang baik sehingga dia yang meminta saya menghentikan makanan melalui tiub (Al-Shundah), atau dia sendiri telah memberitahu kerabatnya dan sebelum dia hilang kesedarannya bahawa jika dia hilang kesedaran, doktor mesti diberitahu tentang keinginannya sebelum ini untuk menghentikan rawatan dan makanan darinya. Adakah mungkin bagi saya untuk menunaikan permintaan pesakit dalam hal ini?

J 2&3 / Jawapannya telah ditunjukkan di atas. Di mana dalam semua keadaan dibenarkan untuk menghentikan dari memberinya makanan.

4. Akhir: Apakah hukum Syarak mengenai (Euthanasia Aktif), yang Al-Hamdu Lillah, tidak diizinkan di Sweden.

J 4 / Tidak dibenarkan membunuh pesakit, walaupun dia menderita penyakit dan ada kepastian bahawa dia akan mati tidak lama lagi. Ya, jika kehidupan pesakit bergantung pada peralatan atau bekalan makanan, maka dibenarkan untuk menghentikan alat atau bahan ini dan mempercepat akhir hayat pesakit.

 

S 85 / Kami dapati bahawa ibu saya mempunyai tumor di pundi kencing sebelum bulan Ramadhan yang diberkati, dan saya meminta tuan, dan para ansar, untuk mendoakannya. Kami juga berusaha untuk merawatnya secara perubatan, dan juga melalui perubatan tradisional dan menggunakan rawatan yang disebut dalam Kitab Dhia’ Al-Salihin, yang merupakan serbuk haiwan laut (Abu Al-Junaib). Setelah dididihkan di atas api di mana saya memasukkan kapsul ke dalamnya dan memakannya, soalan saya, tuan: Adakah ubat ini halal atau haram?

J / Dilarang memakan ketam atau apa yang dipanggil Abu Al-Janaib.

 

T 86: Saya mempunyai seorang ayah berusia 63 tahun, dan sekarang dia lemah dan menderita dan tidak tahan dengan penyaman udara (hawa dingin) yang sejuk, dan pada musim panas dia tidur di luar bilik, dan kadang-kadang keadaannya sampai dia tidak dapat berjalan, tetapi jika dia menggunakan penawar (Al-Tariaq dalam bahasa yang popular di Ahwaz) keadaannya banyak berubah (baik), dan saya ingat dia tidak terbiasa dengannya, tetapi dia jauh lebih baik jika digunakan. Apakah diperbolehkan baginya untuk digunakan sebagai rawatan?

J / Tidak dibenarkan menggunakan bahan narkotik (dadah), dan jika keadaannya memerlukan rawatan penenang, dia boleh merujuk kepada doktor untuk memberi rawatan yang sesuai.

 

S 87 / Anak perempuan saya berumur 14 tahun dan dia menderita penyakit sehingga dia berjalan dengan susah payah kerana penyakitnya ini. Saya akan menerangkan keadaannya kepada tuan dan saya inginkan tuan merawatnya. Saidi wa Maulai: Dia sedang tidur dan ketika kami cuba membangunkannya atau dia mendengar suara dan bangun selepas itu, dia menggigil sekejap-sekejap dan gigilnya itu meningkat hingga menyebabkan dia rasa sakit di hujung kaki dan punggungnya, dan setelah keadaan menggigilnya meningkat, seluruh tubuhnya menjadi kaku dan dia pingsan, setelah dia bangun, dia mula menangis. Kami mengetahui dari keadaannya disebabkan dia menangis adalah kerana dia hilang kemampuan untuk berbicara di samping sakit di badannya bertambah, sehingga dia tidak lagi dapat berdiri di atas kakinya, dan cara dia berjalan keesokan harinya adalah tidak seperti biasa. Bila dia dalam keadaan ini dan saya tidak menemukan penawar untuknya. terus terang saya katakan, bahawa saya tidak membawanya berjumpa doktor kerana saya mengesyaki keadaannya seolah-olah dia disentuh jin kerana kami melihat perkara-perkara pelik berlaku di rumah yang kami tinggal?

J / Ada rawatan yang saya sebutkan dalam jawapan sebelumnya yang boleh digunakan untuk merawat gadis ini secara psikologi.

Dan membacakan Ayat Al-Kursi tujuh kali setiap malam, dan hendaklah menunaikan solat Fajr tepat pada waktunya, dan terus mengatakan:

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ إِلَهًا وَاحِدًا أَحَدًا فَرَدًا صَمَدًا لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا 

Asyhadu An Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariikalahu Ilaahan Waahidan Shamadan Lam Yattakhizh Shaahibatan Wa Lam Yakun Lahu Kufuwan Ahad

(Aku bersaksi bahawa tiadak tuhan selain Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang satu lagi Esa, bersendiri, Tempat bergantung, tidak beristeri serta tidak mempunyai anak) sebanyak sepuluh kali. Setiap hari selepas sholat Fajr.

 

S 88 / Saya bekerja sebagai pembantu kesihatan bahagian kecemasan, dan kadang-kadang mereka membawa kepada saya perempuan muda untuk suntikan jarum biru, dan saya merasa malu kerana ada di antara mereka yang berusia empat tahun atau lebih, Adalah diketahui bahawa ada jururawat yang bertugas, tetapi alasannya adalah mereka menganggap mereka semua kanak-kanak, maksud saya (lelaki dan perempuan), atau orang yang membawa anak itu adalah ayahnya atau saudaranya. Dia tidak dapat meninjau pembalut wanita. Tuan, soalan saya ialah: Adakah usia tertentu untuk kanak-kanak perempuan bahawa saya mempunyai hak untuk menguji jarum biru disuntik kepada mereka?

Dan juga: Kadang-kadang kes (wanita) datang kepada kami dengan luka, luka terbakar atau patah tulang yang agak rumit sedikit, dan jururawat meminta maaf kerana tak dapat merawatnya, kerana dia tidak mempunyai cukup pengalaman untuk menangani kes tersebut, dan kami pembantu kesihatan terpaksa merawatnya dan meneliti kawasan luka, luka terbakar, atau patah tulang, adakah ini berdosa kepada kami?

J / Melihat atau menyentuh adalah dilarang, tetapi larangan itu terangkat (gugur) mengikut keperluan, iaitu seperti keadaan yang anda nyatakan ketika seorang lelaki terpaksa merawat wanita kerana tidak ada wanita yang boleh melakukan rawatan atau kerana kekurangan pengalaman dan kecekapannya.

Bagi kanak-kanak perempuan yang belum mencapai akil baligh, dengan ada seorang wanita yang merawatnya, dan tanpa darurat, adalah lebih baik seorang lelaki menghindari dari merawatnya jika rawatannya perlukan melihat atau menyentuh bahagian-bahagian dari dada hingga ke lutut, tetapi tidak dilarang merawat atau menyentuh atau melihat tempat rawatan (yang lain) pada badannya.

 

S 89 / Saya mempunyai pertanyaan mengenai beberapa panduan menulis ayat-ayat atau surah-surah Al-Quran dan beberapa azimat (ajimat/tangkal), dan ianya dibungkus dan diletakkan di bawah kepala kanak-kanak dan bahkan pada orang dewasa, dan apa yang kita ketahui sebagai (Al-3uzah atau Al-Haraz - azimat). Soalan: Apakah dibenarkan untuk berurusan dengan mereka, iaitu dengan mengambil apa yang mereka tulis, dengan mengetahui bahawa mereka bukan dari kalangan ansar, Semoha Allah memberi petunjuk kepada mereka?

J / Sekiranya anda mengetahui apa yang tertulis di atas kertas yang anda ambil darinya dan mengetahui bahawa itu adalah Al-Qur'an atau doa, maka tidak ada masalah. Adapun jika tidak mengetahuinya, lebih baik menghindarinya, dan secara umum penulisan orang yang beriman tentang Al-Haraz (azimat), Al-Quran atau doa adalah lebih baik.

 

S 90 / Apakah hukum orang yang dijangkiti penyakit autisme? Adakah ia diberati (taklif) dengan hukum-hukum Syari’ah sama seperti orang-orang mukallaf yang lain?

J / Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. (لا يكلف الله نفسا إلا وسعها).

Pada amnya jika seorang insan itu tidak sedar atau kesedaran dan tanggapannya (persepsi) adalah sangat lemah, maka adalah lebih baik baginya diajarkan melakukan ibadah-ibadah, sekurang-kurangnya wuduk dan sholat, sungguhpun mereka tidak diwajibkan untuknya, ia akan memberi manfaat kepadanya duniawi dan ukhrawi..

 

 

✡✡✡✡✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan