Halaman

Selasa, 13 Julai 2021

Kata Pengantar

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 5

Kata Pengantar


 وصلى الله على محمد وآله الطاهرين الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah

Semoga keamanan dan rahmat Tuhan kepada Muhammad dan keluarganya yang murni, para imam dan para Mahdi

 

Dari Al-Harith bin Al-Mughirah Al-Nashri:

 

قلت لأبي عبد الله )عليه السلام): بأيّ شيء يُعرف الإمام القائم )عليه السلام(، قال )عليه السلام): بالسكينة والوقار. قلت: وبأيّ شيء؟ قال: تعرفه بالحلال والحرام، وبحاجة الناس إليه ولا يحتاج إلى أحد، ويكون عنده سلاح رسول الله )صلى الله عليه وآله(. قلت: أيكون إلا وصي ابن وصي؟ قال: لا يكون إلا وص ي وابن وصي)

 

(Aku bertanya kepada Abi Abdillah (as): Dengan apa kita akan mengenal Imam Al-Qaim (as), dia (as) berkata: Dengan ketenangan (Al-Sakinah) dan martabat (Al-Waqar). Aku bertanya lagi: Dan dengan apa lagi? Dia berkata: Engkau tahu dia mengetahui halal dan haram, dan manusia memerlukannya dan tidak memerlukan orang lain.Dan dia akan memiliki senjata Rasulullah (S): Aku bertanya: Adakah hanya washi anak kepada washi? Dia berkata: Hanya seorang washi anak kepada washi sahaja yang boleh.) Ghaibah Al-Nu'mani: hal. 129.

Mengingat pendekatan Ilahiyah Al-Haq ini, untuk mengenal Imam Al-Qaim (as). saya serahkan kitab ini ke tangan saudara yang mulia yang mengandungi 199 soalan yang berkaitan dengan berbagai Hukum Fiqah yang telah berlaku, yang ditujukan kepada Al-Yamani yang dijanjikan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), dan dia menjawabnya. Agar manfaatnya dapat digunakan, dengan mengumpulkannya, menyusun dan memilihnya ke dalam kitab ini, dan beberapa pindaan dibuat kepada soalan agar lebih menyeluruh dan lebih jelas.

 

Saya bermogon kepada Allah agar menempatkan tuan, Qaim Aali Muhammad (as) di bumiNya sesegera mungkin dan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan selepas dipenuhi oleh penguasa menindas dan para ulama yang tidak mengamalkan (kebenaran) dan dosa-dosa kezaliman mereka yang merosakkan. Agar Dia mengampunjan kekurangan kita menunaikan haq-Nya dan menjadikan kita sebagai orang-orang yang menyerah kepadaNya, yang menerima kata-kata-Nya, yang bertindak sesuai dengan kehendak-Nya, yang memenangi kemuliaan-Nya di dunia dan akhirat.

Saya mohon kepada Allah agar menerima usaha ini dan menjadikan ianya ikhlas kepadaNya dan memberi manfaat kepada saya pada hari di mana wang dan anak-anak tidak akan bermanfaat lagi kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang menyerah.

والحمد لله رب العالمين.

 

Al-Syed Watsiq Al-Husseini

3 / Syawal / 1441 H

 

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan