Halaman

Isnin, 19 Julai 2021

Berkaitan dengan Warisan: S 90 - 92

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 5

 

Berkaitan dengan Warisan: 

 

S 90 / Seseorang telah mati dengan meninggalkan seorang anak perempuan yang telah baligh, anaknya ini secara rasmi menolaknya di hadapan mahkamah, dan dia meminta untuk tinggal bersama ibunya dan menerima penolakan ayahnya terhadapnya. Persoalannya, adakah gadis ini layak mendapat warisan jika dia menuntutnya?

J / Layak.

 

S 91 / Adakah isteri mewarisi harta tetap (tanah dan bangunan), atau adakah dia mewarisi dari nilainya, atau dia tidak dapat harta pusaka darinya?

Terdapat keluarga bukan ansar yang ayahnya meninggal dunia dan mereka meminta saya membahagikan harta pusaka mengikut pendapat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), si mati meninggalkan seorang isteri dan enam anak, dua lelaki dan empat perempuan , dan harta tetap iaitu sebuah rumah bernilai seratus empat puluh juta dan perabot di dalamnya.

Mereka menunggu jawapan secepat mungkin.

J / Isteri mewarisi dari semua harta pusaka, harta tetap dan lain-lain.

Warisan yang disebutkan di atas akan dibahagi kepada isteri mengikut nilai harga dan selebihnya kepada anak lelaki dan anak perempuannya, kepada yang lelaki dua saham (bahagian), dan kepada yang perempuan satu bahagian.

 

S 92 / Bapa meninggal bersama anaknya (anak lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai anak) bersama-sama dalam kemalangan jalan raya, dan kami tidak tahu bahawa kematian salah seorang dari mereka mendahului yang lain, Adakah anak-anak dari anak yang mati dengan ayahnya (datuk) mewarisi dari datuk mereka dalam masalah ini?

J / Dengan menganggap kematian bapa sebelum anaknya, oleh itu anak lelakinya itu mewarisinya dan anak-anaknya pula mewarisi daripadanya.

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

                                         

                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan