Halaman

Selasa, 20 Julai 2021

Berkaitan dengan Tangkapan dan Penyembelihan: S 105 - 111

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 5

 

Berkaitan dengan Tangkapan dan Penyembelihan: 

 

S 105 / Imam (as) menjelaskan dalam salah satu jawabannya bahawa tidak dibenarkan menangkap ikan pada waktu pembiakannya, jadi apakah ini dianggap sebagai peraturan untuk semua binatang, atau apakah itu berkaitan dengan ikan sahaja?

J / Maksudnya memburu haiwan tidak wajar, tidak dibenarkan dan tidak betul, kerana membahayakan alam sekitar dan dengan demikian membahayakan kepentingan masyarakat umum dan melanggar hak-hak mereka.

Contoh pemburuan yang tidak wajar adalah:

·        Memburu pada masa pembiakan yang sesuai untuk haiwan, terutamanya yang membiak mengikut tahun atau musim.

·        Memburu sejumlah besar haiwan yang menimbulkan ancaman terhadap keberadaan mereka dan mendorongnya untuk pupus atau menyebabkan penurunan jumlah mereka secara biasa, sama ada di kawasan pemburuan secara khusus atau secara umum.

·        Memburu haiwan yang masih muda (kecil).

 

S 106 / Tuan, dalam beberapa hari lepas, kami mengetahui bahawa Ahli Sunnah menganggap mustahab (sunat) di sisi mereka menghadap kiblat apabila menyembelih, ia tidak wajib. Kami mengetahui bahawa terdapat kilang-kilang yang menyembelih ayam yang tidak menghadap kiblat, berdasarkan hukum syar’ei di sisi mereka. Saidi wa Maulai, saya mendengar bahawa tuan mengharuskan dan membenarkan makan daging di pasar-pasar orang Islam, tetapi wajib meneliti kaedah menyembelih ayam.

Bagaimana dibenarkan memakan daging atas kepercayaan terhadap penjual yang beragama Islam dan negara Islam, dan ini bukan khusus untuk ayam?

J / Tidak ada masalah dengan penyembelihan seorang Muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadat jika dalam syarat-syarat yang betul untuk penyembelihan itu, dan tidak perlu diperiksa kecuali ada alasan untuk meragukan kesahihan penyembelihan tersebut.

Mengenai masalah penyembelihan ayam khususnya, ada banyak masalah yang ada di sekitarnya, jadi perlu diperiksa dan diketahui kaedah dan cara penyembelihan dari sumber pengeluarannya. Sekiranya anda mendapati bahawa cara penyembelihannya betul dan tempat penyembelihannya menghadap kiblat dan di bawah syarat-syarat penyembelihan yang betul yang telah saya jelaskan sebelumnya[1] tidak ada masalah dengannya, jika tidak, hindari darinya.

_______________________

[1]  Lihat: Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 1. oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan

 

S 107 / Sekiranya haiwan itu dibius sebelum disembelih. Adakah cara penyembelihan ini yang halal?

J / Selagi haiwan itu masih hidup ketika disembelih, maka sembelihannya halal dan dagingnya boleh dimakan dan tidak ada masalah dengannya.

 

S 108 / Jika seekor binatang disembelih digantung pada kakinya, dengan mempertimbangkan semua yang diwajibkan syari’ah dalam penyembelihan, seperti menghadap kiblat, menyebut Nama Allah, dipotong empat urat lehernya dan tidak memotong saraf tulang belakang, apakah penyembelihan ini halal?

J / Tidak ada masalah dengan cara penyembelihan seperti itu, kerana penting bahawa sembelihannya menghadap kiblat, dan tidak menjadi masalah jika digantung pada kaki dan kepalanya ke bawah.

 

S 109 / Adakah dibenarkan memakan ikan yang mereka bunuh dengan memukul di kepala setelah keluar dari air?

J / Menyembelih (mematikan) ikan adalah dengan mengeluarkannya dari dalam air, dan mustahab untuk mengeluarkannya secara hidup dan mengeluarkan darah dengan menusuknya dekat dengan jantung.

 

S 110 / Berkenaan dengan halal ikan yang ditempatkan di gerabak kayu kecil, seperti biasa yang ada di pasar kita, diketahui bahawa ikan itu masih hidup, walaupun jumlah airnya sedikit dan tidak melitupi badan ikan. Sebaliknya, ia diletakkan begitu untuk menjaga ikan hidup selama mungkin, sehingga tidak akan rosak jika mati.

Persoalannya, jika dia mati dalam keadaan ini, adakah ikan yang mati itu haram atau tidak?

J / Tidak ada masalah dengan kehalalan ikan yang mati di dalam bekas yang terdapat sedikit air yang tidak melitupi badan ikan sepenuhnya, kerana sebahagian udara sampai ke insang ikan.

 

S 111 / Adakah wanita boleh menyembelih?

J / boleh.

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikut

                                         

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan