Halaman

Jumaat, 4 Jun 2021

Yang Berkaitan Sholat: S 17 - 46

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3

 

Yang Berkaitan Sholat: 

 

S 17 / Apakah hukum orang yang mengabaikan ibadah, terutama sholat wajib, dan apakah nasihat Al-Yamani yang dijanjikan (as) kepada ansar khusus mengenai amal ibadah, terutama yang wajib, dan adakah rawatan (nasihat) untuk tabiat ini yang biasa dilakukan oleh ramai orang?

J / Hukumnya adalah minta ampunan dan banyakkan Istighfar, dan rawatannya adalah Zikru Allah, lalu amalkan memegang tasbih di tangannya, contohnya, dan ketika dia memiliki kesempatan, dia harus meminta ampun dan berkata: "Astaghfiru Allah," atau dia memuji Allah dan berkata: "Al-Hamdu Lillah” atau apa jua zikir-zikir yang dikehendaki, dan dengan banyak zikir, insya Allah, hatinya juga cenderung untuk menunaikan sholat: juga sholat berjemaah dan bertemu (berkumpul) dengan orang-orang beriman adalah alasan untuk beralih kepada ibadah dan sholat.

 

S 18 / Tanggungjawab keibuan, seperti memdiamkan anak, menyusui dan melindunginya, sering kali bertentangan dengan kewajiban menjaga sholat pada awal waktunya, dan kadang-kadang wanita itu diberi pilihan pada waktu yang sempit (suntuk) antara memenuhi keperluan mendesak anaknya atau melaksanakan kewajipan pada waktunya. Jadi bagaimana seorang wanita harus lakukan dan yang mana satu patut didahulukan?

J / Sesiapa yang menginginkan sesuatu, sediakan tempoh menunggu untuknya. Sebagai contoh, jika seorang wanita ingin menunaikan sholat Dzohor pada awal waktu, dan takut bayi akan meminta penyusuan pada awal waktu sholat, dia dapat menawarkannya susuan setengah jam sebelum masuk waktu sholat dan begitu juga dengan perkara-perkara lain. Tetapi sekiranya masalah itu tidak disengajakan, sudah pasti dia mesti memastikan keadaan bayinya stabil dan kemudian pergi bersholat; Kerana jika tidak, dia mungkin sibuk memikirkan keadaan bayinya yang bermasalah semasa sholatnya.

 

S 19 / Adakah wajib memasang penggera untuk sholat sekiranya orang yang sholat mengetahui bahawa tidurnya berat atau tidak mudah bangun?

J: Tidak wajib, tetapi lebih baik.

 

S 20 / Ada pertanyaan mengenai negara tertentu ini, tempat tinggal saudara-saudara yang beriman, dan ia ada dua bahagian:

Bahagian pertama: Sebilangan saudara yang beriman bersholat dan saya bersholat bersama mereka dan mereka berpegang pada sejam setengah sebelum matahari terbit kerana sebab hilangnya fajar di negara-negara Skandinavia selama tempoh musim panas. Tetapi sebahagian dari mereka terus menerapkan ketetapan itu juga di musim musim sejuk. Maksudnya, mereka tidak sholat hinggalah satu setengah jam sebelum matahari terbit, dan mereka tidak berpegang melainkan satu setengah jam sebelum matahari terbit. Walaupun fajar selama musim sejuk sangat jelas bagi kami, tidak seperti musim panas. Apakah yang dilakukan oleh saudara-saudara mukmin ini betul?

Bahagian kedua: Ketika mengikuti ufuk langit Sweden, saya dapati bahawa perbezaan tempoh musim panas dan musim sejuk sangat besar, dan perbezaan ini berbeza-beza antara satu bandar dengan yang lain bergantung pada lokasi bandar tersebut. Pertanyaannya adalah: Adakah mungkin untuk bergantung pada menentukan waktu subuh pada musim sejuk hanya pada maklumat yang datang dari beberapa ahli astronomi amatur, Atau pusat-pusat Islam seperti pusat Imam Ali (as), atau adakah kita wajib mengikuti ufuk langit kita sendiri?

J / Pertanyaan pertama anda mengenai menentukan keadaan anda, rujuklah apa yang saya jelaskan kepada anda sebelumnya, dan ia adalah jelas. Adapun waktu Fajr, saya telah menjelaskan cara untuk mengetahuinya sebelumnya, dan saya juga akan menyampaikan jawapannya kepada anda:

[Berkenaan dengan waktu fajar, jika mungkin untuk menantinya dan mengetahui dari tanda yang telah saya jelaskan dalam hukum, maka jika tidak, adalah ketika matahari berada 19 darjah di bawah ufuk langit, dan jika ini tidak mungkin, maka sebelum matahari terbit, satu setengah jam, iaitu 90 minit] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Sholat. Bergantung pada pengiraan ilmiah yang betul dapat digunakan, dan tidak kira dari mana sumbernya.

 

S 21 / Adakah cukup untuk mengatakan:

أشهد أنّ عليا وأولاده المعصومين

Aku bersaksi bahawa Ali dan anak-anaknya yang maksum, menggantikan syahadah keempat dalam azan sholat?

J / Sekira ianya untuk bertaqiyah adalah memadai, jika tidak, syahadah empat diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Al-Syarai3.

 

S 22 / Saya sedang bersholat dan ketika saya sujud, saya dapati ada darah di turbah dan ia dari dahi saya, dan saya menyelesaikan sholat fardhu yang pertama dan tidak memberhentikan sholat saya, kemudian saya membasuh dahi dan berwuduk dan kembali menyelesaikan fardhu yang kedua. Adakah darah itu membatalkan sholat dan wajib mengulanginya?

J / Tempat sujud mesti disucikan agar sholat itu sah, apabila mengetahui bahawa ia tidak suci, walaupun semasa sholat, wajib berpaling darinya dan sujud di tempat yang suci, walaupun ia adalah sebahagian dari pakaian, dan jika dia tidak berbuat demikian, dia mesti kembali mengulangi sholatnya, tetapi jika najis itu adalah darah yang keluar ketika sholat atau sujud orang yang sama sujud kerana sakit atau luka di dahi, wajah, atau hidungnya, jadi tidak ada masalah baginya untuk menyelesaikan sholatnya, dan sholat sholatnya sah dan dia tidak perlu mengulanginya.

 

S 23 / Mungkinkah orang bukan Arab berdoa dalam sholatnya dalam bahasa ibunda (bahasa mereka sendiri), dalam qunut atau sujud misalnya, dan apakah ada perbezaan antara sholat wajib dan mustahab?

J / Dibolehkan berdoa dalam bahasa apa pun yang anda inginkan dalam qunut, rukuk dan sujud.

 

S 24 / Adakah boleh melaknat ulamak suuk dan fuqahak yang sesat dalam qunut semasa sholat?

J / Sekiranya anda bermaksud mereka yang masih dalam dunia ujian, tidak ada gunanya mengesahkan mereka dengan melaknat mereka dalam qunut semasa sholat. Melaknat adalah doa untuk terkeluar dari rahmat Allah, dan jika mereka mati sebagaimana adanya, mereka akan terkeluar dari rahmat Allah, dan mungkin lebih baik mendoakan dengan hidayah bagi mereka yang mengharapkan hidayah dan mengenal kebenaran selagi dia masih hidup dan dalam dunia ujian.

 

S 25 / Apakah hukum seseorang yang cenderung sujud dan melakukan sujud pertama mendahului imam dalam sholat berjemaah dan mengangkat kepalanya dari sujud pertama, menunggu imam, kemudian bergabung dengan imam pada sujud kedua?

J / Masalah ini telah dijelaskan secara terperinci dalam Al-Syarai3, dan ini adalah teksnya: [Wajib mengikuti imam, kerana jika makmum mengangkat kepalanya disebabkan tidak mengetahui keadaan imam, lalu kembali mengikutinya, dan jika dia terlupa, dia kembali mengikutinya. Demikian juga, jika dia cenderung dan menyangka rukuk atau sujud mendahului imam, dan menyangka imam telah cenderung melakukannya, kemudian dia kembali dan mengikuti imam, tetapi jika dia berniat rukuk mendahului imam dengan mengetahui keadaan imam, maka dia berniat untuk sholat bersendiri secara berasingan, jika tidak sholatnya batal.

Maka mengenai hal anda, jika itu adalah terlupa, Anda harus mengikutinya semula, iaitu jika anda rukuk atau sujud mendahului imam, anda harus mengangkat kepala secara langsung dan mengikuti imam dan rukuk atau sujud bersamanya, tetapi jika anda tangguhkan mengikutinya kerana tidak tahu hukum syar’ei, seperti yang dapat dilihat dari keterangan anda mengenai apa yang berlaku pada anda, anda tidak perlu melakukan apa-apa selagi anda mengikuti imam, sholat anda sah.

 

S 26 / Sebelum saya mengikuti dakwah kebenaran, saya biasa membaca tasyahhud pada setiap dua rakaat, kecuali untuk tasyahhud rakhir dan salam. Dua tasyahhud untuk sholat subuh, tiga tasyahhud untuk Maghrib, dan empat tasyahhud untuk sholat empat rakaat. Haruskah saya mengulangi sholat saya yang sebelumnya, dan apakah hukumnya dari segi syarak?

J / Tidak perlu mengulangi sholat anda.

 

S 27 / Bagaimana menunaikan sholat dari segi qashar atau lengkap di kota-kota besar seperti Sydney, adalah diketahui bahawa rumahnya bersambung, dan bagaimana pengiraan prinsip jarak di kota-kota seperti itu?

J / Bandar besar, tidak kira berapa besarnya, ia dianggap sebagai sebuah bandar, dan tidak kira sejauh mana perjalanannya, ia tidak dianggap sebagai musafir, dan hendaklah menlaksanakan sholat pebuh dan puasanya, dan juga jika pembinaan dua kota bersambung, maka laksanakan sholat penuh dan berpuasa walaupun ianya menempuh jarak syar’ei dari salah satu kepada yang lain, walaupun kedua-dua bandar itu tidak bersambung dalam pembinaan, tetapi jarak antara bangunan mereka sangat dekat, sehingga titik di tengah-tengahnya tidak dikira sebagai had untuk membolehkan salah satu daripadanya, jadi dia harus laksanakan sholat penuh dan berpuasa padanya, walaupun dia melintasi jarak ketika melakukan perjalanan di antara keduanya.

 

S 28 / Apa hukum sholat seorang tahanan dan puasanya ketika dia selalu berpindah tempat, dan pindah itu wajib?

J / Mengenai sholat dan puasa seorang tahanan, dia wajib menyempurnakan sholat dan puasanya dalam semua keadaan, selagi dia tidak tahu berapa lama dia akan tinggal di penjara. Tetapi jika dia mengetahui keadaannya, dia harus bertindak sesuai dengannya. Jika dia akan tinggal di penjara kurang dari sepuluh hari, dan penjara adalah jauh jarak perjalanan dari tempat kediaman atau rumahnya, dia boleh qasharkan sholatnya dan berbuka puasa. Dan jika ianya sepuluh hari atau lebih, dia hendaklah sholat penuh dan berpuasa, tetapi jika hanya berpindah dari penjara ke penjara tidak mengubah apa-apa.

 

S 29 / Saya sering bepergian dalam tugas rasmi saya, dimana  saya menempuh jarak ketetapan syari’ah lebih dari empat hari seminggu, dan saya sentiasa berubah kepada bergantian, dan menurut peraturan rasmi jabatan, saya menempuh jarak sah syari’ah lebih dari empat hari dalam seminggu, tetapi tugas saya merangkumi banyak percutian, jadi saya sering menggunakan fakta bahawa saya banyak bepergian. Persoalannya: Apakah hukum pada hari-hari di mana saya berdasarkan banyak perjalanan, dan apakah hukum untuk berpuasa di bulan Ramadhan yang diberkati ketika bekerja?

J / Masalah banyak perjalanan telah dijelaskan secara terperinci, jadi anda boleh merujuknya dan memeriksa keadaan anda sama ada anda sering bepergian atau tidak, dan oleh itu bekerja mengikut tugas anda, dan ini adalah masalah yang saya sampaikan kepada anda dari Kitab Al-Syarai3 untuk memudahkan anda menerapkannya pada keadaan anda:

[Syarat kelima: perjalanannya tidak boleh lebih dari yang dia hadiri, seperti orang yang hidup berpindah-pindah yang mencari tembaga lebur, penunggang keledai, pelayar dan pedagang yang memerlukan pemandu dan penghantaran. Ukurannya: Sesiapa yang melakukan perjalanan selama empat hari seminggu, atau enam belas hari sebulan, atau enam bulan dan satu hari setahun secara berterusan, melaksanakan sholat penuh dan berpuasa selama dalam perjalanan, dan mula melaksanakan sholat penuh dan berpuasa ketika dia mengetahui bahawa ini adalah keadaannya, walaupun pada hari pertama perjalanannya.

Mengenai apa yang anda lakukan sebelumnya berdasarkan anggapan bahawa anda sering bepergian, itu betul dan tidak perlu mengulangi sholat atau puasa anda, walaupun anda menganggap diri anda banyak melakukan perjalanan dan nampaknya sekarang anda tidak betul dalam perkiraan anda untuk keadaan anda.

 

S 30 / Apa hukum sholat di masjid di hadapan atau di sebelah tanah perkuburan, samaada ada penghalang antara masjid dan perkuburan atau tidak?

J / Dibolehkan bersholat di dalamnya.

 

S 31 / Di antara tempat-tempat yang makruh bersholat adalah bilik mandi. Soalan saya: Sekiranya waktu untuk sholat telah tiba dan tidak ada tempat untuk menunaikannya kecuali di bilik mandi, adakah lebih baik (afdhal) bersholat pada awal waktu di bilik mandi padahal tempat itu makruh, atau bersholat ketika berada di tempat yang "layak" tersedia dan sudah terlambat dari waktu afdhal (awal waktu)?

J / Dengan keperluan, bersholat pada awal waktu di bilik mandi lebih baik (afdhal) daripada menunda sholat, dan begitu juga bersholat sambil duduk atau berdiri, menghadap atau membelakang kiblat di dalam pesawat atau kereta pada awal waktu adalah lebih baik (afdhal) daripada menunda sholat, terutama dengan kemungkinan waktu untuk melaksanakannya akan berlalu, dan jika dia bersholat, dia tidak perlu mengulanginya walaupun waktunya masih ada.

 

S 32 / Dia SWT berfirman:

﴿حَافِظوا عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الوُسْطَى﴾

"Peliharalah sholat-sholat, dan Sholat Wusthaa." [Al-Baqarah: 238], apakah Sholat Wusthaa itu?

J / Sholat Wusthaa adalah Sholat Jumaat dan penguasa (wilayah) yang mentadbir peredaran bintang, iaitu, Al-Imamah dan Al-Hidayah.

 

S 33 / Apa hukum musafir yang mengimamkan sholat berjama’ah untuk sholat Jumaat dan sholat-sholat yang lain?

J / Seorang musafir dibenarkan untuk mendirikan sholat Jumaat dan memimpin orang lain pada sholat Jumaat dan sholat berjama’ah, tetapi makruh bagi musafir untuk memimpin sholat berjama’ah.

 

S 34 / Adakah dipertimbangkan dalam sholat Jumaat orang yang tidak beriman dengan dakwah kebenaran untuk mecukupkan bilangan yang diperlukan padanya, adalah diketahui bahawa dia tidak memusuhi dakwah kebenaran?

J / Hanya orang yang beriman yang dipertimbangkan.

 

S 35 / Adakah boleh seorang yang membaca khutbah sholat Jumaat, tetapi kerana kesihatan, orang lain yang mengimamkan sholat?

J / Tidak dibenarkan kecuali jika perlu, adapun apabila khatib (pemberi khutbah) atau imam Jumaat sakit atau sesuatu yang serupa dengannya dan tidak dapat sholat atau menyampaikan khutbah, maka dia membiarkan khutbah dan sholat bersama kepada orang lain dan tidak meminta orang lain untuk memberi khutbah dan sholat selainnya, atau sebaliknya.

 

S 36 / Setelah pelantikan imam Jumaat, kehadiran menjadi wajib, tetapi bagi mereka yang berkaitan dengan pekerjaan di jabatan atau dikaitkan dengan bekerja dengan pemilik kedai dan tidak membenarkan mereka meninggalkan pekerjaan, apa tugas (tanggung jawab) mereka?

J / Orang yang beriman seharusnya mengatur urusannya sehingga dia mendapat waktu istirahat sejam pada waktu sholat, kerana ini adalah waktu makan siang atau yang serupa dengannya, sehingga dia dapat hadir, dan imam Jumaat harus mengambil kira keadaan orang-orang yang beriman, dan tidak memanjangkan khutbah atau sholat, dan pada umumnya imam Jumaat di mana-mana sahaja tidak memanjangkan khutbah dan mempermudah orang-orang yang beriman dan mengambil kira keadaan mereka, semoga Allah memberi mereka ganjaran yang terbaik kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

S 37 / Jika sholat berjemaah yang mustahab atau sholat Jumaat yang mustahab diadakan di sebuah rumah dan sebahagian dari yang wajib berada di rumah atau di jalan lain, apakah ada di antara mereka yang wajib hadir juga dalam hal ini?

J / Sholat Jumaat, jika diketahui bahawa ia diadakan, anda wajib hadir.

 

S 38 / Allah memberi nikmat kepada saya dengan rawatan rohani, dan saya biasanya sibuk pada hari Jumaat kerana orang-orang yang datang dari luar wilayah saya datang pada hari Jumaat khususnya, dan jika saya menyampaikan dakwah yang diberkati ini kepada mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan, itu akan menghalangi saya dari menghadiri sholat Jumaat, adakah ia dibenarkan?

J / Sekiranya syarat-syarat sholat Jumaat dipenuhi di dalam diri anda, termasuk jaraknya, anda mesti menghadiri sholat, dan sesiapa yang mempunyai pekerjaan dapat membebaskan dirinya selama satu jam atau kurang untuk sholat Jumaat, dan para khatib Jumaat harus memendekkan khutbahnya dan mengambil mengambil kira keadaan orang-orang yang beriman, semoga Allah melindungi mereka, dan semoga Allah memberi ganjaran yang terbaik bagi anda yang berbuat kebaikan.

 

S 39 / Saya mengidap penyakit jantung yang menghalangi saya dari banyak bergerak dan melakukan sebarang kerja keras. Adakah saya boleh menunaikan sholat Dzohor pada siang hari pada hari Jumaat, kerana saya lelah jika menghadiri sholat Jumaat yang diberkati? Adakah ini alasan yang sah syar’ei yang melepaskan saya di hadapan Allah Yang Maha Suci?

J / Tidak wajib sholat Jumaat bagi pesakit yang penyakitnya menghalangnya untuk menghadiri sholat Jumaat, dan setiap orang melihat dirinya sendiri, dan dia menentukan keadaannya jika dia tidak dapat menghadiri sholat Jumaat kerana sakit, dia dimaafkan, dan dia bersholat Dzohor jika jelas kepadanya bahawa penyakitnya menghalangnya daripada menghadiri sholat Jumaat.

 

S 40 / Di antara saya dan sholat Jumaat ada rintangan seperti sungai dan tasik, dan tidak ada jalan untuk menyeberang, dan jika saya pergi dengan menunggang atau berjalan kaki, saya akan menempuh jarak lebih dari (20) kilometer, apakah sholat Jumaat wajib bagi saya, atau menunaikan sholat Dzohor sebagai menggantikannya?

J / Jika jarak (20) kilometer antara anda dan sholat Jumaat, maka anda tidak perlu hadir, walaupun kehadiran anda lebih baik untuk anda, jika ada kemudahan pengangkutan dan kenderaan, dan ketahuilah bahawa ganjarannya setanding dengan kesusahan.

 

S 41 / Kadang-kadang, boleh berlaku banyak atau beberapa kali gempa bumi pada hari atau jam yang sama, jadi adakah dirikan satu sholat di dalamnya dihitung, atau untuk setiap gempa itu didirikan sholat?

J / Cukup dirikan satu sholat, kerana gempa bumi yang terjadi selepas gempa pertama dan biasanya gempa susulan dari gempa pertama yang sama, dan walaupun tidak terjadi demikian, maka cukup dirikan satu sholat untuk beberapa gempa pada hari yang sama.

 

S 42 / Bagaimana saya sholat secara berjemaah di belakang imam yang tidak beriman dengan dakwah ini?

J / Jangan sempurnakan sholat anda dengan orang yang tidak beriman. Sama ada anda lakukan sholat sendirian, sebagai imam, atau makmum di belakang orang yang beriman.

 

Q 43 / Adakah seseorang yang mempunyai tatu dilarang menjadi imam dalam sholat?

J: Tidak dilarang.

 

S 44 / Saya membuat tatu di lengan kiri saya sepuluh tahun yang lalu, dan tatu bermula dari bahu ke lengan, dan saya sekarang berusia 31 tahun, dan saya ingin tahu apa hukum sholat dengan tatu ini; Oleh kerana ia perlu dikeluarkan dengan pembedahan, adakah perlu untuk membuangnya, atau apa yang harus saya lakukan?

J / Tidak perlu membuangnya sekarang, dan tidak memudaratkan sholat jika ia ada di tangan anda.

 

S 45 / Sering kali, kami tidak dapat menunaikan sholat dalam bentuk yang lengkap dan betul kerana kami tinggal di kalangan orang-orang kami yang bukan beragama Islam. Adakah mungkin untuk menunaikan solat secara taqiyah sambil duduk seperti bertafakur tanpa menggerakkan badan, atau adakah kami wajib memperbaikinya dengan cara yang tepat pada waktu yang lain ketika kami dapat bersholat, dan bagaimana jika waktunya tidak tersedia selama berminggu-minggu?

J / Anda boleh bersholat sambil duduk, dan memberi isyarat yang memungkinkan untuk anda rukuk dan sujud, walaupun dengan mata anda, jika anda tidak dapat melakukan lebih dari itu.

 

S 46 / Ada ansar di bilik Paltalk mengatakan bahawa ketika mengqadhakan sholat-sholat pada Lailatu Al-Qadr (malam Al-Qadr) kita mulai dengan sholat dzohor dan diakhiri dengan sholat subuh, apakah ini benar?

J: Mulakan dengan sholat Fajr (subuh).

 

 

                         

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan