Halaman

Selasa, 15 Jun 2021

Berurusan Dengan Orang Yang Berlainan Aliran: S 149 -150

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3

 

Berurusan Dengan Orang Yang Berlainan Aliran: 

         

S 149 /  Saya bertanya mengenai bolehkah menggambarkan julukan yang dengannya Allah menamakan para penentang (yang berlainan aliran) dalam Al-Qur'an yang mulia., dan hadits-hadits Muhammad dan keluarga Muhammad (as).

﴿وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ ﴾

Dan sesungguhnya Kami isi neraka Jahannam kebanyakannya dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al-A3raf 7:179] 

Contohnya: seseorang yang mendakwa berilmu pengetahuan dan bahkan tidak dapat membezakan antara naqah (unta betina) dan jamal (unta) dan berhujah, dan ketika dia tidak dapat meneruskan dialog, dia ingin melepaskan diri dari tajuk tersebut untuk membentuk tajuk lain, di sini diterangkan dan didedahkannya kepada kita kejahilannya, tetapi adakah dibenarkan untuk mengatakan kepadanya: Anda binatang ternak atau lebih sesat daripada binatang ternak?

Adakah dibenarkan menyifatkan secara zahir pada musuh-musuh dan Nawasib (para nasibi) dengan julukan anak-anak pelacur, atau mereka adalah najis dari anjing yang paling kotor?

Adakah dibenarkan untuk menggambarkan para ahli hukum yang sesat yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai dan anjing?

Ada orang yang sederhana kejahilannya yang mendengarkan dan mereka sendiri tidak boleh membezakan antara kebenaran dari kebatilan dan tidak mengetahui sebab yang kita katakan ini. Mereka hanya memahami dan mendengar julukan dengan sifat-sifat mereka, lalu mereka datang dan mengatakan bahawa anda tidak berakhlak dan hina, contohnya:  Adakah ini akhlak ansar dan, dan,.... dan. Dan musuh-musuh juga memanfaatkannya dan mendendangkannya di hadapan pengikut-pengikut mereka dan orang-orang jahil di antara mereka dan mengangkat mushaf Al-Quran, dan ini biasanya merupakan batu sandungan sebagai cara sebahagian manusia yang dipengaruhi oleh seorang lelaki dan mereka tidak mengambil kebenaran dari tempatnya.

Apa yang betul?

Apakah ketentuan-ketentuan untuk menangani para nasibi, atau orang-orang jahil, atau orang-orang yang sesat ini, di hadapan orang-orang yang sederhana?

J / Yang dibenarkan untuk menggambarkan orang yang benar-benar anda kenal pasti kerana mereka yang digambarkan oleh Allah sebagai keldai dan sejenisnya, maka itu memang dibenarkan, tetapi lebih baik dan memadai dengan penerapan undang-undang (peraturan), semoga Allah memberi taufiq kepada anda dan  membimbing langkah anda.

 

S 150 / Kami adalah keluarga yang terdiri dari enam orang dan tidak berdikari secara kewangan, dan kami tidak menghadiri sholat Jumaat, atau sholat Eid Al-Fitri, dan kami tidak membayar zakat fitrah kerana ketua keluarga (rab al-3ailah) itu tidak beriman dan dia adalah orang yang membayar untuk kami, dan soalannya:

Adakah kami wajib bersholat Jumaat dan sholat Eid?

Bagaimana kami membayar zakat harta? Adakah masing-masing dari kami akan membersihkan diri sendiri? Sekiranya tidak mempunyai wang, bolehkah meminjam dan kemudian membayarnya kembali? Bagaimana dengan tahun-tahun yang telah berlalu ketika kami beriman dan kami tidak menunaikannya?

Adakah kami boleh keluar tanpa izinnya untuk perkara yang berkaitan dengan dakwah?

Kadang-kadang kedua-dua anak lelaki saya diminta untuk pergi bersamanya ke masjid untuk menghadiri sholat Jumaat, atau sholat Eid Al-Fitri atau beberapa  kesempatan di sisi orang yang berlainan aliran. maka, apakah itu tindakan yang betul? Perlu pergi atau tidak?

J / Orang yang beriman tidak dibenarkan bersholat di belakang orang yang tidak beriman, zakat dan hak-hak syari’ah adalah wajib bagi mereka yang mempunyai wang untuk menunaikannya, tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai wang, tidak wajib baginya, seperti halnya suami atau ayah yang tidak beriman, anda boleh mentaati Allah tanpa memaklumkan kepadanya atau meminta izinnya, dan secara umumnya  tidak ada kepatuhan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Pencipta.

 

✡✡✡✡✡✡

                   

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan