Halaman

Sabtu, 27 Mac 2021

Surat Perdana Menteri Iraq: - Demonstrasi

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 6 Julai 2016:

Surat kepada Dr. Haidar Al-Abadi, Perdana Menteri Iraq:

Video ini menunjukkan bahawa anda telah menahan sekumpulan pemuda yang tertekan di Karradah [1] mereka yang tersayang. Dan sebabnya ialah mereka menyerang kereta konvoi anda dan menyebabkan kerosakan pada kereta anda.

Kami berharap anda telah membebaskan mereka atau bahawa saya secara peribadi Ahmad Ismail Saleh siap untuk membayar ganti rugi dari segala kerosakan yang disebabkan oleh pemuda-pemuda ini sebagai ganti pembebasan mereka dengan segera, dan bersedia menandatangani perjanjian dengan anda atau dengan pemerintah Iraq untuk menanggung apa-apa pampasan yang anda nilai sebagai ganti kerosakan yang diterima oleh kenderaan anda, dan yang akan menandatangani perjanjian bagi pihak saya, adalah Al-Syed Hassan Al-Hamami yang ada di pejabat saya di Najaf.

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/videos/vb.457397004307968/1039984729382523/?type=3&theater

 

______________

[1] Berikutan pengeboman pengganas yang berlaku di Karradah pada bulan Julai 2016, yang dianggap antara pengeboman yang paling banyak meragut nyawa rakyat Iraq yang tidak bersalah.

 

Ulasan / 7 Julai 2016:

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Terdapat banyak pertanyaan mengenai penyertaan wanita dalam demonstrasi itu esok, pada hari Jumaat, di Dataran Tahrir, Baghdad, untuk menuntut hak, menjelaskan kejahatan parti-parti pemerintah, dan menyatakan simpati kepada keluarga yang mati syahid di Karradah Iraq.

Jawapannya adalah: Saya tidak meminta wanita untuk keluar dalam demonstrasi, tetapi setelah mak saudara kami Zainab Binti Ali keluar untuk menuntut hak dan menjelaskan Pemeintah Umayyah yang bertindak zalim terhadap kepala mereka yang syahid, saya tidak lagi dapat menegah wanita menjalankan peranan ini.

 

Ulasan / 7 Julai 2016:

Arshad Al-Khalidi: Salam atas Hussein, zaman ini

Salam atas Qaim Al-Haq Ahmad Al-Hassan

Ya tuan

Ya tuan

Ya tuan wahai yang kukasihi,

Tuan, hati saya menangis pedih kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam demonstrasi ini kerana kesihatan saya. Doakan saya, Ya maulai.

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Arshad Al-Khalidi, Wa 3alaikumu l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Tuhan memberkati saudara yang dikasihi,

Segala puji bagi Allah atas keselamatan anda dan saya mohon kepada Allah agar memberikan pemulihan yang cepat dengan Kurnia dariNya Yang Maha Suci.

 

Ulasan / 7 Julai 2016:

Hussein Ahmad Al-Husaini: Saidi wa Maulai Yamani Aali Muhammad, apa yang berlaku kepada para ansar, jika sesuatu yang berlaku seperti sebelumnya, dari memasuki perkara yang tidak dipenuhi dan yang lain, dan apa saranan tuan kepada mereka, semoga Allah membalasnya dengan pertolonganNya.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Tunjuk perasaan itu berlangsung secara aman.

 

Ulasan / 8 Julai 2016:

Farhan Azmi: Salamu Allah 3alaika. Ansar anda lemah. Semoga sepanjang tahun anda dalam keadaaan baik.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Tuhan memberkati saudara yang dikasihi, dan sampaikan salam saya kepada anda dan semua orang yang beriman dan yang baik di Malaysia, Semoga sepanjang tahun anda dalam keadaaan baik. Saya mohon kepada Allah agar memberikan saudara kebaikan di akhirat dan dunia. Dialah Penolongku dan Dia lah juga Yang menjadi penolong orang-orang soleh.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan