Halaman

Sabtu, 27 Februari 2021

Salam atas Musa bin Jaafar / Terganggu Mendengar Keluhan Atau Kritikan

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Salam atasmu, wahai Musa bin Jaafar

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 21 Mei 2014:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

Salam atasmu pada kadar kesakitan dan kezaliman yang telah kau lalui.

Salam atasmu, yang masuk ke penjara gelap hingga kau sifatkan kematian adalah kelegaan.

Salam atasmu pada kadar kesabaranmu yang terus menerus mencemeti penjaramu.

Salam atasmu pada hari perkahwinan syurgawimu dan kau senang gembira setelah bertahun-tahun kau habiskan di antara kotoran dunia ini, kau keluar dengan pakaian putih cerah yang sesuai dengan rupamu.

Salam atasmu, wahai Musa bin Jaafar, dan rahmat Allah dan keberkatanNya

         

Aku tangisi kiranya berendam belenggu air mata ..... dan ku katakan kiranya panjang lebar sejak mula

Dan ku berlindung atas kesabaran indah dari takziahku..... kiranya kesabaran indah itu, ucapan takziahku

Air mataku mengalir berulang kali ..... Aduhai kemuliaan hidupku

Betapa sedih hilang di hujung jariku... menutupinya indah kesejukanku

Selamanya mencemeti musuh dan seteru ..... dengan gelisah, musuhku pun sembuh


✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 22 Mei 2014:

Terganggu Mendengar Keluhan Atau Kritikan

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

Penulis: Hani Shaker AlYamani

Saidi wa Maulai Ahmad Al-Hassan, tuan berada di depan kami dan kami adalah jagaan tuan, dan menjadi tugas tuan untuk campur tangan dalam beberapa perkara penting kerana ada bencana dan musibah yang melanda dakwah ini. Ini akan menjadi kali terakhir saya menulis di halaman ini kerana saya banyak kali menulis dan tidak mendapat jawapan. Mungkin tidak ada yang menyampaikannya kepada tuan sebelumnya, kerana mereka tidak mempunyai keberanian, atau mereka cuba menyembunyikan banyak perkara kepada tuan. Tuan, adakah tuan menerima bahawa ada di antara mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab sebagai pengasas, memasuki Husseiniyah dan pejabat, atau adakah kita mempunyai organisasi kepartian atau kita adalah parti politik. Ini adalah dakwah Allah. Ini adalah dakwah Qaim Aali Muhammad yang dijanjikan yang dinantikan oleh anbia’ dan aulia’ sejak ribuan tahun yang lalu, bagaimana ini? Bagaimana perkara ini dapat terjadi dalam dalam dakwah Aali Muhammad, tuan. Saya katakan secara terus terang, tuan, ada bahaya besar atas dakwah kerana tingkah laku yang tidak bertanggungjawab ini. Tuan masuk campurlah dengan perkara ini dan selamatkan kami dari api Neraka yang akan membakar badan kami sebelum berakhir, dan saya tidak rasa bahawa tuan redha dengan ini selamnya dengan meninggalkan kami untuk saling membenci dan saling bertengkar, tuan, orang-orang muak dengan agama Allah dan saya akan memakai pakaian hitam sehingga dapat jawapan daripada tuan,

وسلام عليك ورحمة الله بركاته

 

Jawapan /

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dakwah ini adalah dakwah Allah SWT dan kita bersatu di jalan ini yang menghubungkan kita kepada Allah Yang Maha Suci, dan tidak ada yang mempunyai keutamaan daripada siapa pun kecuali dengan ketaqwaan, dan jika menurut salah satu dari pandangan saudara bahawa suatu hari Ahmad Al-Hassan tidak bertindak dengan adil atau bertindak tidak betul, jadi berdirilah di hadapan saya dan katakan apa yang saudara mahukan, dan tidak ada kebaikan pada Ahmad Al-Hassan jika dia tidak mendengar daripada orang-orang yang beriman. Saya duduk di Najaf dan pintu saya terbuka untuk orang-orang yang beriman dan para penentang, dan ramai penentang datang untuk berdebat dan tidak bercakap lagi, dan dengan ini pintu saya tetap terbuka untuk mereka dan saya biasa memperlakukan mereka sebagai tetamu terhormat, dan saya mendengarkan mereka dan menjawabnya, maka janganlah seorang pun dari saudara merasa bahawa dada saya terganggu dengan mendengar keluhan atau kritikan atau apa-apa perkataan dari mana-mana orang, sama ada dia orang yang beriman atau orang yang menentang.

Mengenai aduan saudara dalam pesanan saudara yang baik, tentunya tidak dapat diterima oleh seseorang untuk diintip orang dan dakwah Ilahiyah di dalamnya semuanya sama dan wakil-wakil pejabat sekiranya salah seorang dari mereka melakukan kesalahan, dia akan dipertanggungjawabkan. seseorang tdak ditugaskan untuk menilai dalaman (batin) seseorang. Sebaliknya, urusan kita adalah agar memperlakukan mereka mengikut penampilan (zahir) mereka dan apa yang mereka tuntut pada diri mereka sendiri. Saya berharap agar saudara menghubungi Pejabat yang berada di Najaf Al-Asyraf dan meminta dari pihak pentadbiran pejabat di Najaf Al-Asyraf untuk membuka siasatan mengenai perkara tersebut dan agar hasil siasatan dihantar kepada saya. Semoga Allah memberi ganjaran yang baik dan membimbing saudara semua.

Mengenai kenyataan bahawa saudara telah menulis di halaman tersebut dan tidak diberikan jawapan kepada saudara, saya meminta maaf kepada saudara dan kepada semua yang menulis dan yang tidak dijawab. Alasan itu diterima oleh semua orang, tetapi saya meminta saudara semua untuk memahami bahawa saya ada pekerjaan yang juga mesti saya lakukan dan bahawa saudara mempunyai pekerjaan yang saudara lakukan sehingga saya melihat halaman Facebook saya hampir setiap hari tetapi untuk jangka masa yang agak singkat, ia tidak membenarkan saya membaca semua yang ditulisnya untuk mengulasnya.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan