Halaman

Jumaat, 19 Februari 2021

Rumusan Pengesahkan Teori Evolusi



 Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 2 Mac 2014:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya bermohon kepada Allah agar anda dalam keadaan baik dan sihat.

Saya memetik petikan ini dari buku " Wahmu l-Ilhad" sebelum mula menunjukkan kenaifan penolakan terhadap teori evolusi.

 

Rumusan:

Bukti yang mengesahkan teori evolusi itu terlalu banyak dan begitu juga penghujahan logik ke atas dakwaan penciptaan dalam satu letusan. Ini termasuklah hujah yang telah disebutkan sebelumnya seperti saraf laryngeal berulang, perbandingan anatomi, sejarah geologikal, semuanya membuktikan secara muktamad bahawa haiwan dan tumbuhan semuanya berkembang secara beransur-ansur dalam suatu tempoh.

Organisme yang paling awal wujud adalah bakteria dan selepas itu eukaryotes yang mempunyai sel tunggal muncul setelah suatu tempoh yang lama. Kemudian datang pula organisme multi-selular setelah itu. Kehidupan berevolusi dengan cara ini secara beransur-ansur.

Oleh itu, jika proses penciptaan terjadi dalam satu letusan, dan Allah mahu mencipta manusia, alam sekitarnya, dan organisme yang berada di sekitar manusia, dan jika manusia hanya wujud baru-baru ini berbanding sejarah geologi bumi, jadi mengapa Tuhan menciptakan kumpulan pertama organisme dalam susunan yang menunjukkan setiap kumpulan baru nampak sama dengan kumpulan sebelumnya namun lebih berkembang dan berubah berbanding kumpulan lama?

Adakah Allah mencipta kehidupan secara beransur untuk menyesatkan manusia, sehingga membuatkan mereka mempercayai evolusi apabila melihat makhluk disusun dengan cara perkembangan secara beransur dalam lapisan geologikal? Sudah tentu tidak. Allah mahu manusia untuk mengetahui kebenaran sebenar, dan mempercayai Allah dan makhluk yang dicipta sebagaimana Dia ciptakan.

Satu-satunya jawaban yang meyakinkan, logik dan boleh diterima berkenaan apa yang kita lihat dalam sejarah geologikal adalah kehidupan mempunyai permulaan yang ringkas, kemudian berubah dan berkembang secara beransur-ansur.

Jika pendukung teori penciptaan mempunyai jawaban yang logik dan meyakinkan yang punya nilai saintifik dan didukung oleh kajian genetik, perbandingan anatomi, susur galur organisme moden dan seterusnya, dan .. dan.. maka dijemput mereka untuk membentangkannya. Jika bantahan mereka semata-mata kerana mereka tidak menyukai teori ini, atau kerana sesetengah ateis mengeksploitasinya untuk menafikan kewujudan Allah Yang Maha Suci ini adalah satu perkara yang tidak betul dan menghukum dalam kedegilan. Malahan, oleh kerana mereka tidak dapat memberi respon kepada ateis, mereka terpaksa berdegil dan menolak teori evolusi walaupun dengan kesahihan buktinya, penghujahan utuh ke atas dakwaan penciptaan dalam satu letusan, dan hakikat yang menunjukkan skriptur agama sendiri mendukung evolusi.

Jika pendukung teori penciptaan mempunyai jawaban yang logik dan meyakinkan yang punya nilai saintifik dan didukung oleh kajian genetik, perbandingan anatomi, susur galur organisme moden dan seterusnya, maka dijemput mereka untuk bentangkan. Jika bantahan mereka semata-mata kerana mereka tidak menyukai teori ini, atau kerana sesetengah ateis mengeksploitasinya untuk menafikan kewujudan Tuhan – ini adalah satu perkara yang tidak betul dan menghukum dalam kedegilan. Malahan, oleh kerana mereka tidak dapat memberi respon kepada ateis, mereka terpaksa berdegil dan menolak teori evolusi walaupun dengan kesahihan buktinya, penghujahan utuh ke atas dakwaan penciptaan dalam satu letusan, dan hakikat yang menunjukkan skriptur agama sendiri mendukung evolusi.

Apa yang boleh dilakukan oleh mereka yang secara degil dan jahil  menolak teori evolusi? Ya, mereka boleh membantahnya dengan cara yang menjadikan ia tertolak secara saintifik dan memerlukan pembetulan, setelah mereka menemukan bukti yang bisa membantah ramalan teori tersebut. Teori evolusi mencabar mereka yang menolaknya untuk membawa hanya bukti tunggal – hanya satu – yang membantah apa yang diramalkan oleh teori tersebut.

Hakikatnya, teori seperti itu tidak pernah wujud. Dari saat teori evolusi dipersembahkan sehinggalah sekarang, ribuan eksperimen dan kajian dalam bidang biologi, perbandingan anatomi, dan genetik tidak pernah menghasilkan sebarang bukti yang menyanggahi ramalannya. Ini bermakna, kesahihan teori evolusi telah terbukti tanpa sebarang keraguan, memandangkan selama ratusan tahun, ribuan eksperimen dan kajian serta bukti pemerhatian, semuanya bersetuju dengan teori ini.      

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan