Halaman

Selasa, 16 Februari 2021

Kesahan Teori Evolusi

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 27 Februari 2014:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya bermohon kepada Allah agar anda dlam keadaan baik dan sihat.

Setelah saya menunjukkan secara ringkas bahawa alam semesta itu rata dan mempunyai permulaan yang telah berkembang selepasnya dan masih berkembang mengikut data saintifik yang tepat, saya ingin menunjukkan secara ringkas kesahan teori evolusi, dan setelah pernyataan ini kita akan beralih melihat nilai kepada pendapat agamawan dan kejahilan yang mereka kemukakan sebagai bukti bahawa mereka merosakkan teori evolusi dan sebenarnya mereka tidak dapat memahaminya hingga hari ini, selain ketidakmampuan mereka untuk menyenaraikan sebarang masalah yang mempunyai nilai teori saintifik yang telah menjadi salah satu pemalar sains moden.

Ia diajarkan di sekolah dan universiti paling berprestij di dunia dan merupakan satu-satunya penjelasan saintifik untuk perkembangan dan kepelbagaian kehidupan di planet Bumi.

Di halaman ini, memadai saya akan menyebutkan beberapa bukti genetik mengenai kesahihan teori evolusi, dan juga menjelaskan sebelum ini tentang kebolehubahan perkembangan dan kepelbagaian kehidupan ketika unsur-unsur pembangunan dan kepelbagaian tersedia. Dan sesiapa yang ingin mengembangkan dengan bukti dapat membaca buku "Wahmu l-Ilhad."

Bukti evolusi:

Gabungan pembezaan, pemilihan semula jadi, dan keturunan menghasilkan perkembangan yang pasti:

Untuk memudahkan perkara ini, kami memberikan contoh:

Contoh: Orang Eropah mempunyai asal usul kulit gelap, namun hari ini, kita dapati mereka berkult cerah. Lebih tepat lagi, mereka berkulit cerah dengan gred tertentu. Sebagai contoh, orang Eropah selatan lebih gelap berbanding Eropah di utara kerana warna kulit dipilih oleh persekitaran. Berkenaan sebab warna kulit cerah dipilih, mudahnya adalah kerana Vitamin D, yang memerlukan cahaya matahari menembusi kulit agar ia bisa dihasilkan. Sebaliknya, kulit gelap menghalang atau mengurangkan cahaya matahari menembusi kulit. Di Eropah, keadaannya mempunyai cahaya matahari yang kurang, akan membuatkan manusia berkulit gelap mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengidap kekurangan VItamin D, yang memberi ancaman kepada nyawa dan reproduksi. Atas sebab ini, yang paling kuat akan terus hidup. Oleh kerana variasi warna kulit (atau pigmen) pasti akan terjadi, warna cerah akan dipilih, kerana mereka yang punya kulit cerah akan lebih sesuai untuk terus hidup dalam persekitaran cahaya matahari yang kurang. Dengan cara ini, proses tapisan pasti akan berlaku, dan ini berterusan, generasi demi generasi sehingga kulit mencapai warna yang sesuai untuk persekitaran. Perkara yang sama juga harus diaplikasikan kepada saiz hidung, ketinggian dan sifat yang lain.                   

Contoh: Perubahan warna kupu-kupu dari putih kepada hitam hasil dari revolusi industri. Sebelum ini, kupu-kupu mendapat manfaat dari warna mereka yang putih kerana kulit pokok yang putih dapat menyembunyikan mereka dari dilihat burung. Apabila revolusi industri bermula di Eropah, kulit pokok di sesetengah kawasan industri menjadi hitam akibat dari pencemaran yang disebabkan oleh arang. Kupu-kupu putih lebih mudah terdedah kepada burung, sementara kupu-kupu yang mempunyai mutasi warna lebih gelap dapat terus bersembunyi dan terus hidup. Hasilnya, warna kupu-kupu  berubah dalam masa yang singkat dari memerlukan jutaan tahun memandangkan mereka mempunyai kitaran hidup yang singkat. Oleh itu, dalam kes kupu-kupu, sebuah tempoh masa yang singkat adalah memadai untuk ratusan atau ribuan generasi berlalu dan evolusi biologikal terjadi.

Contoh: Panjang leher nenek moyang zirafah yang berbeza, sesetengahnya mempunyai leher yang lebih panjang dari zirafah yang lain. Jika kita mengandaikan zirafah hidup di kawasan yang mana makanan mereka berada di suatu ketinggian yang lebih sesuai bagi zirafah yang mempunyai leher yang panjang berbanding yang mempunyai leher yang pendek, maka pemilihan semulajadi akan terjadi, memilih zirafah yang lebih sesuai untuk hidup di persekitaran tersebut. Oleh itu, zirafah berleher pendek akan kebuluran, tidak mampu untuk membiak kerana kekurangan makanan atau ketidakmampuan mereka memberi makanan kepada anak-anak mereka. Dengan cara ini, bilangan zirafah berleher pendek akan berkurangan dalam persekitaran ini dan mungkin akan pupus, sementara zirafah berleher panjang akan terus hidup dan membiak dengan baik.  Maka bilangan zirafah berleher panjang akan bertambah dan memindahkan sifat genetik kepada keturunan mereka, sebaliknya sifat leher pendek akan dihapuskan dari pelan genetik zirafah, generasi demi generasi.

Perkara ini terbukti dengan sendirinya, dan membuktikan kesahihan perkara ini menggunakan ilmu genetik adalah sama seperti membuktikan bumi berputar mengelilingi matahari dengan menggunakan imej. Walaubagaimanapun, ramai orang menafikannya, hanya kerana mereka menyangka ia bercanggahan dengan skriptur keagamaan!

Contoh lain: Haiwan pemangsa seperti serigala berbeza dari segala aspek, seperti organisme lain. Jika serigala tinggal di persekitaran yang mempunyai mangsa yang pantas, maka serigala yang perlahan dan berkaki pendek akan kebuluran. Hasilnya, mereka tidak akan mewariskan sifat mereka kepada generasi seterusnya. Dengan beredarnya masa, melalui pemilihan semulajadi, serigala yang berkaki panjang dan bergerak pantas akan terbentuk dalam persekitaran tersebut. Dalam keadaan salji, hanya serigala berbulu putih akan dapat terus hidup kerana yang berbulu gelap akan dapat dilihat dengan mudah oleh mangsa dan tidak dapat memburu, seterusnya akan mati kebuluran. Dengan cara ini, warna bulu serigala akan beransur-ansur menjadi putih, dan perkara yang sama juga terjadi kepada mangsa, contohnya bulu arnab yang menjadi putih untuk membantu penyamaran. Dalam k beruang kutub, warna putih mereka membantu dalam penyamaran ketika memburu mangsa, kerana mereka tidak akan dilihat sehinggalah terlambat. Jika tidak kerana sifat bulu putih ini, mereka mungkin tidak mampu memperolehi makanan. Warna putih ini tidak diperolehi secara mengejut, namun melalui proses evolusi yang sama dengan evolusi kupu-kupu semasa revolusi industri. Keduanya terjadi apabila mutasi genetik memberikan pilihan yang sesuai kepada keberterusan hidup, reproduksi dan membangunkan sifat yang menggantikan sifat yang lain. Bagaimanapun, ia mengambil masa 150,000 tahun untuk beruang kutub berevolusi dari beruang perang. Tempoh masa ini lebih lama dari yang diperlukan oleh kupu-kupu ketika revolusi industri, sebabnya adalah perbedaan antara kitaran hidup yang panjang dan pendek bagi haiwan tersebut, seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini.

Contoh lain: Di zaman kini, kita dapati walaupun dengan kemajuan ketamadunan, teknologi dan perubatan, masalah kesihatan, penyakit dan permasalahan dari wabak semakin bertambah. Kita semua -malah mungkin termasuk doktor - tertanya-tanya, apakah sebab terjadinya perkara ini?!!! Salah satu sebabnya sangat jelas, iaitu dengan kemajuan pelbagai bidang, kita telah menghapuskan salah satu dari faktor evolusi bagi spesis kita, iaitu pemilihan semulajadi.

Bagi menjelaskan lagi perkara ini, mari kita meneliti penyakit keturunan seperti diabetes, sebagai contoh. Industri kesihatan (para doktor + makmal + pakar + farmasis + perubatan...) telah memanjangkan umur pesakit diabetis sehingga mereka boleh dewasa, mempunyai anak dan mewariskan gen kepada keturunan mereka. Ini menyebabkan pertambahan jumlah manusia yang mempunyai gen ini. Oleh itu, dengan kemajuan kita, kita telah menghapuskan pemilihan semulajadi. Jika kita tidak menyertakan industri kesihatan daam persamaan ini, pemilihan semulajadi pasti terjadi. Hasilnya, ramai pesakit diabetis akan mati sebelum menjadi dewasa dan mampu mempunyai zuriat, lantas bilangan orang yang mempunyai gen ini akan berkurangan secara beransur-ansur.

Sebagai tambahan, oleh kerana kita tinggal di rumah yang terlindung, ramai orang tidak mampu menghadapi kesusahan tinggal di persekitaran semulajadi, seperti keupayaan untuk menghadapi kuman atau gigitan serangga.

Malah wujud kajian yang menunjukkan penghapusan biologikal yang telah menimpa orang asli Dunia Baru akibat daripada binatang peliharaan yang dibawa ke rantau tersebut oleh peneroka baru. Orang Eropah telah beradaptasi untuk hidup dengan kuman-kuman ini, dan membentuk ketahanan terhadapnya, namun orang asli Dunia Baru tidak mempunyai ketahanan tersebut, yang akhirnya menyebabkan pengstrukturan semula populasi berdasarkan sistem evolusi.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

 Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan