Halaman

Jumaat, 5 Februari 2021

Fatimah dan Wasiat Rasulullah (S)

 Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 18 Mac, 2013:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Pertengahan bulan Jamadi Al-Awwal bertepatan dengan kenangan syahadah Fatimah Al-Zahra (Shalawatu Allah 3alaiha) yang menderita luka yang dialaminya setelah rumah Rasulullah Muhammad (S) diserang Umar dan kumpulan yang bersamanya.

Saya mohon kepada Allah agar orang-orang yang beriman berjaya mengadakan majlis perkabungan pada hari ketiga belas, keempat belas dan kelima belas Jamadi Al-Ula, dan menjelaskan tentang apa yang terjadi dan bagaimana Umar menyerang rumah Rasulullah  (S). Dia mengancam akan membakarnya dengan orang-orang yang berada di dalamnya, Ali, Fatimah dan anak-anak mereka (Shalawatu Allah 3alaihim).

Saya mohon kepada tuan-tuan dan syeikh-syeikh dan para pelajar dari Hauzah

Mahdawiyah, semoga Allah melindungi mereka, dan yang lain dari mukminin dan mukminah, semoga Allah memelihara mereka, supaya menjelaskan kenyataan serangan ke atas rumah Fatimah (Shalawatu Allah 3alaiha) sebagaimana dan seperti yang berlaku dan dengan dalil-dalil dan bukti sejarah dari kitab- kitab yang berlainan [1] Tanpa menghina, memaki atau melaknat penyerang.

Kami menyerahkan kepada orang-orang Islam yang terhormat untuk membuat keadilan kepada diri mereka sendiri dan menilai dengan adil antara Fatimah binti Muhammad (S), Penghulu Wanita Dunia, dan mereka yang menyerang rumahnya dan menyebabkan bahaya dan kesyahidannya, Dan untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan serangan ini, yang menjadi titik utama dan tumpuannya adalah wasiat Rasulullah Muhammad (S), yang gambarannya adalah penulisan untuk melindungi Ummah dari kesesatan kerana Rasulullah (S) ingin menulisnya untuk orang awam pada hari Khamis - semasa baginda dalam keadaan sakit - lalu Umar dan kumpulannya membantah dan menuduh Rasulullah (S) (bahawa baginda meracau) iaitu yakhraf (rusak akal karena tua), - Ia adalah Tragedi Khamis yang terkenal, dan Rasulullah (S) menawarkan untuk menulis sebuah tulisan yang akan menjadi pelindung tetapi mereka menolaknya pada hari Khamis lalu baginda menulisnya selepas itu untuk mereka yang menerimanya pada malam kewafatannya, dan Al-Hamdu Lillah penulisan ini dipelihara oleh Ali (as) - penulisnya - dan anak-anaknya para imam (Shalawatu Allah 3alaihim) dan mereka membawanya keluar kepada umat dan disampaikan oleh Syeikh Al-Thusi, semoga Allah merahmatinya, dan dia menyampaikannya dalam kitab "Al-Ghaibah" [2] dan menjelaskan riwayatnya adalah khusus, yakni untuk Syiah yang beriman, sehingga mengukuhkan kebenaran (kejujuran) mereka kerana tidak ada fitnah yang terbukti di dalamnya, dan dengan demikian wasiat itu sahih sanadnya bagi mereka yang membantah sanadnya dan ia juga digabungkan dengan kedudukan mutawatir dan dengan demikian membuktikan kesahihan sumbernya. Dan kerana ia digambarkan sebagai mencukupi - dengan sendirinya - untuk melindungi ummah dari kesesatan dan untuk tidak didakwa selain pemilik yang disebutkan di dalamnya. Kerana jika ada kemungkinan orang lain selain pemiliknya akan menuntutnya, maka Allah SWT, yang menyifatkannya mencukupi - dengan sendirinya - untuk melindunginya dari kesesatan dari mereka yang mendakwa secara dusta apabila dia dikhabarkan bahawa ia adalah pelindung kesesatan samada dia tidak demikian, atau jahil dengan perkara ghaib atau tidak dapat memeliharanya oleh tuntutannya yang batil sehingga ianya dituntut oleh pemiliknya. Jauh Dia Yang Maha Suci dari apa yang dikatakan oleh orang-prang yang batil.

Berbahagialah mereka yang berpegang pada wasiat Al-Rasul Muhammad (S),

Celakalah orang-orang yang menentang Wasiat Rasulullah (S) pada awal zaman (Islam) yang berusaha menghalangnya daripada ditulis dan mengatakan bahawa baginda meracau kerana di dalamnya terdapat nama Ali (Shalawatu Allah 3alaih) yang pertama dari para washi-washi baginda.

Celakalah orang-orang yang menelusuri jejak mereka hari ini dalam memerangi Wasiat, sementara mereka memohon setiap usaha sengsara yang akan ditimbulkan oleh perasaan mereka untuk mencabar Wasiat Rasulullah (S) kerana tertera nama Ahmad, Mahdi pertama dari Mahdi-mahdi.

_______________________

[1] Lihat, sebagai contoh: Kitab Al-Imamah Wal-Siyasah - Ibn Qutaibah: J 1, hlm 19 - Tahqiq Al-Zaini . Tarikh Al-Bilazhiri: J 1 hlm 587 ; Tarikh Al-Thabari: J 2 hlm 443 ; Al-Isti3ab - Ibn 3abd Al-Bar: J 3, hlm.975

[2] Al-Ghaybah - Al-Thusi: hlm 150, Tahqiq oleh: Abdullah Al-Tehrani.


✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya


 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan