Halaman

Sabtu, 30 Januari 2021

Hujjah Dibalas dengan Tangkapan

 

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi


احمد الحسن Ahmed Alhasan / 24 Disember 2012:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Saya bermohon kepada Allah agar semua pengguna halaman ini baik dan sihat serta diampunkan kesalahan mereka.

Dan semoga Allah memperbaiki akal orang-orang yang bersikap tidak wajar.

Beberapa waktu yang lalu kami menerima surat yang dikirim oleh salah seorang

Marajik terkenal kepada orang-orang Syiah pada umumnya dan kepada Hauzah di Najaf dan Qom, dan semoga Allah memberi ganjaran kepadanya dengan baik. Dia mengatakan bahawa dia sedang mempelajari dakwah dengan teliti dan terperinci dan berharap ia akan mencapai kebenaran. Saya bermohon kepada Allah agar menolongnya dan membetulkan langkahnya, kerana dia telah mengambil langkah-langkah menuju Allah dan memerangi AI-Ana, dunia dan Syaitan. Dan Allah tidak akan membiarkan orang sepertinya, Insya Allah, Kita bermohon kepada Allah agar memberi kesudahan yang baik kepadanya dan mencurahkan kekuatan dan ketabahan kepadanya untuk menyatakan keimanannya. Semoga Allah memberinya kejayaan kepada iman, dan saya mohon agar Allah memberkati dan mengasihaninya dengan rahmatNya, dan Dia adalah Maha Penyayang di antara yang menyayang. Dialah pelindung yang melindungi orang-orang yang soleh

Saya mengatakan perkara ini supaya semua orang tahu bahawa kata-kata saya sebelumnya, kata-kata yang tidak ditujukan kepada Marajik sepertinya dan semoga Allah memberinya kejayaan, atau mereka yang tidak melawan seruan kebenaran. Sebaliknya, kata-kata kami itu ditujukan kepada Marajik dan ulama’ yang tidak beramal dan yang tidak memperjuangkan kebenaran sementara mereka tetap berada dalam kebatilan, walaupun setelah kami menjelaskan kepada mereka tentang kebatilannya dan dengan menolak sepenuhnya mereka tidak dapat membalasnya.

Beberapa hari yang lalu, saya mengemukakan permintaan perbahasan kepada Marajik dan meminta mereka membuktikan tentang wajibnya aqidah taqlid kepada yang bukan maksum, yang mereka yakini setelah ia dibatalkan sepenuhnya, dan saya meminta mereka untuk menjawab terhadap dalil dakwah Al-Mahdawiyah kami yang diterbitkan dalam kitab "Wasiat Suci" (Al-Washiah Al-Muqaddasah)

Kemudian saya meluaskannya dan menanyakan kepada mereka beberapa soalan ilmiah yang berkaitan dengan membuktikan kewujudan Allah, dan saya menunggu jawapan mereka untuk memulakan perbahasan ilmiah antara saya dan mereka, dan biarkan kita melihat dan manusia melihat siapa yang lebih baik.

 Malangnya, semalam saya mendapat respons dari Marajik, iaitu penangkapan Al-Syed Al-Taher Hassan Al-Hamami, anak dari Marajik Al-Rahil Muhammad Ali Al-Hamami, (rahimahu Allah), dan Syeikh Al-Jalil Kadzim Al-Nasiri di Najaf Al-Asyraf. Dan tidak diberi kelonggaran kepada Syed Hassan Al-Hamami oleh mereka, walaupun ayahnya adalah salah seorang Marajik Syiah yang paling terkenal dan datuknya dari fuqaha’ Syiah yang terkenal. Dan tidak diberi kelonggaran pada Syed Hassan Al-Hamami walaupun dia adalah pemimpin solat berjemaah yang diadakan di Maqam Imam Ali (as), dan tidak diberi kelonggaran (syafaat) kepada Syed Hassan Al-Hamami sedangkan dia adalah salah seorang fuqaha’ Syiah dan mempunyai jasa besar membuka untuk mengajar ilmu-ilmu Hauzah dan menyediakan untuk orang-orang miskin dan pelajar Hauzah yang berhadapan tempat suci Imam Ali (as), dan tidak diberi kelonggaran (syafaat) untuk Syed Hassan Al-Hamami yang sudah tua dan sakit. dan begitu pula ditangkap Al-Syed Al-Jalil Al-Taher berulang kali hanya kerana dia beriman bahawa Ahmad Al-Hassan adalah benar. Jika tidak, apa kesalahan Syed Hassan Al-Hamami semasa dia menyokong orang-orang miskin dan tidak menyerang sesiapa pun, adakah kamu meminta dia berdosa dengan menyimpan dia dipenjara dari semasa ke semasa! Dan Allah akan segera memberi kesusahan besar di kepala kamu. Inilah yang kamu lakukan terhadap Al-Syed Al-Taher Hassan Al-Hamami.

Lihatlah, wahai manusia, wahai orang-orang yang adil, apa yang saya sampaikan dan bagaimana mereka yang menyebut diri mereka sebagai Marajik! Saya menyampaikan pengetahuan dan makrifah yang diberikan oleh bapa-bapa saya yang soleh (as) para imam. dan mereka yang memanggil diri mereka sebagai "Marajik" menunjukkan kejahilan dan bergantung pada kejahilan manusia, dan tindak balas mereka kepada saya sebagai tindak balas semua taghut penzalim kepada nabi-nabi dan rasul-rasul dan para Imam (as) bapa saya: dipenjara dan dibunuh:

﴿وَقَالَ الْمَلَأُ مِن قَوْمِ فِرْعَوْنَ أَتَذَرُ مُوسَىٰ وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ ۚ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءَهُمْ وَنَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ * قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّـهِ وَاصْبِرُوا ۖ إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّـهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَوَقَالَ الْمَلَأُ مِن قَوْمِ فِرْعَوْنَ أَتَذَرُ مُوسَىٰ وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ ۚ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءَهُمْ وَنَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ * قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّـهِ وَاصْبِرُوا ۖ إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّـهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Fir'aun (kepada Fir'aun): "Apakah kamu membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerusakan di negeri ini dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu?". Fir'aun menjawab: "Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka; dan sesungguhnya kita berkuasa penuh di atas mereka". * Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa". [Al-A3raf 7:127-128]

Musa bin Ja`far (as) dipenjarakan kerana serban Bani Al-Abbas tidak berdaya mengembalikan dalil dan pengetahuannya, dan mereka tidak boleh mendahulukan pemenjaraannya lalu membunuhnya untuk menghilangkan rasa malu di mana mereka berada, apakah masih ada persamaan urusan saya dengan apa cara sekali pun bagi pakaian imam pada mereka yang mencari kebenaran?!

Malangnya, kejahilan manusia tentang kedudukan Ali (as) selama dua puluh lima tahun di rumahnya, dan begitulah bahagiannya:

Lima tahun sekali di mana semua syaitan manusia dan jin berhajat untuk memeranginya, dan dia dihina selama lapan puluh tahun di mimbar yang sama dengan TV satelit agama sekarang, tetapi sebagai akibatnya satu generasi datang dan membaca ucapan Ali (as) dan memahami kebenaran dan meludah ke atas kubur Muawiyah.

Mereka hari ini berlumba-lumba menjadikan bahagian Ahmad Al-Hassan adalah seperti Ali (as), tetapi adakah mereka akan yakin bahawa satu generasi akan datang akan membaca apa yang ditulis oleh Ahmad Al-Hassan, memahami kebenaran dan meludah ke atas kubur mereka , jika masih ada kubur untuk mereka?!

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan