Halaman

Sabtu, 23 Januari 2021

Epik Gilgamesh – Marasi 1,2 dan 3

 Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi


احمد الحسن Ahmed Alhasan / 20 Disember 2012:


 بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

وصلى الله على محمد وال محمد الأئمة

والمهديين وسلم تسليما

Biasanya di Iraq pada hari ketujuh Safar, diadakan hari memperingati kewafatan Imam Al-Hassan bin Ali (Shalawatu Allah 3alaih).

Semoga Allah membesarkan ganjaran kepada kamu dengan mengingat syahadahnya.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 20 Disember 2012:

 

Marasi (sauh) terpilih di pelabuhan Sumer dan Akkad

 

Saya memilih Sumer dan Akkad kerana ia ada arkeologi, sejarah dan keagamaan tertentu. Nuh (as) dan Ibrahim (as) adakah sebahagian darinya. Merekalah asalnya membawa agama, dan dari mereka agama itu bermula pada zaman permulaan, dan sebahagian dari mereka bermula pada zaman akhirnya. Mereka adalah orang-orang keturunan Nuh beribu-ribu tahun terutama Damouzi, atau (anak-anak yang baik) dan mereka menunggu Gilgamesh atau (pahlawan di barisan hadapan) dan sentiasa ada yang datang selepas mereka ke negeri Dua Sungai (Mesopotamia) itu masih meratapi Al-Hussein (as) dan sedang menunggu Al-Mahdi yang ditunggu Gilgamesh yang dijanji akan muncul di negara mereka sejak ribuan tahun lagi. Kita bermohon kepada Allah agar memperbaiki keadaan mereka, membimbing mereka ke jalanNya yang lurus, dan kesudahan yang baik. Bagi mereka yang menunggu kezuhuran Al-Mahdi di tempat selain Sumer dan Akkad, negara bapa-bapanya Nuh dan Ibrahim (as), maka penantian mereka akan lama dan akan menjadi penantian yang tidak berkesudahan.

 

Marasi Pertama: Epik Sumer dan Akkad dan Agama Ilahi

 

Sebilangan atau sebahagian besar penyelidik dalam sejarah Timur Dekat atau Timur Tengah kuno menganggap bahawa agama adalah dicipta oleh manusia semata-mata, dan mereka mula memperagakan tuhan (dewa) wanita Ishtar dengan pelbagai nama. Patung-patungnya terdapat dalam pelbagai ukuran yang tersebar di peradaban Timur Dekat kuno yang menjangkau lebih dari sembilan ribu tahun Sebelum Masehi. Mereka telah memberikan penjelasan mengenai permulaan agama ini. Masyarakat manusia pada awalnya adalah masyarakat yang ditundukkan (diperdaya didominasi) oleh wanita dalam gambaran seorang ibu, di mana anak-anak yang tidak tahu apa-apa selain hubungan mereka dengan dia berkumpul bersama, dan oleh itu, wanita (ibu besar Ishtar) disucikan dan dijadikan patung untuknya, dan setelah beberapa ketika masyarakat manusia berubah kepada kelelakian (maskulin) apabila menemukan pertanian dan mulai menetap serta membina rumah dan berkeluarga. Ini membawa kepada pengenalan tuhan bentuk lelaki dalam penyembahan, dan dengan itu agama yang kemudiannya berkembang menjadi agama Yahudi, Kristian, Islam dan lain-lain.

 

Tetapi mereka yang membina teori mereka pada patung-patung wanita kuno telah lupa bahawa mereka dapat dengan mudah meniru teori mereka dengan menganggap bahawa patung-patung ini dibuat untuk rangsangan seksual dan tidak mewakili sesuatu yang suci. Maka kehadiran wanita suci yang dibuatkan patung untuknya pada era tertentu tidak membuatkan penyelidik menilai dan menentukan bahawa setiap patung yang dibuat berbenuk wanita di hadapannya adalah mewakilinya. Pendapat ini: (Alat buatan manusia kuno untuk merangsang seksual) dijumpai dan dikemukakan oleh sebahagian ahli arkeologi.

 

Bahkan juga terdapat teks-teks arkeologi yang menggambarkan tuhan (dewa) wanita Ishtar atau Anana yang terkenal di negara Sumer dan Akkad dengan ciri-ciri dunia di mana manusia hidup di sana. Dalam teks tersebut, dia bukan seorang ibu, bahkan seorang wanita yang sebenar.

 

Sebaliknya, inilah dunia yang ditolak oleh Raja Damouzi ketika dia naik ke tahta untuk bersujud seperti raja-raja lain yang sujud kepadanya. Maka Damouzi (anak yang baik) berpaling kepada syaitan untuk membunuhnya:

 

(Dan Anana (Ishtar) menuju ke dua kota Sumeria "Umma" dan "Bad-Tibira", di mana kita dapati tuhan-tuhan keduanya, seperti yang telah kita tunjukkan, bersujud kepadanya dan dengan demikian menyingkirkan cengkaman syaitan-syaitan. Kemudian kamu akan sampai ke kota Kilab, yang mana Damouzi tuhannya adalah Hami. Puisi ini diteruskan dengan cara berikut:

 

Damouzi (Tammuz) memakai sut mewah dan duduk di atas pentasnya,

Syaitan berpegang pada pahanya ..........,

Tujuh syaitan menyerangnya seperti yang mereka lakukan di samping orang yang sakit,

Oleh itu, para gembala dihentikan dari meniup seruling, dan mazmur di hadapannya.

 

Kemudian dia (iaitu, Anana) mengarahkan supaya menatapnya,

Menetapkan pandangan kematiannya,

Dia mengucapkan kata terhadapnya, kata-kata kecewa dan marah,

Dan dia menjerit terhadapnya dengan jeritan pendosa, sambil mengatakan: “Ketepikan ini,”

[dari papan Sumer Kramer.])

 

Dan inilah dunia yang ditolak Gilgamesh untuk tunduk ketika dia duduk di atas takhta dan mengenakan mahkotanya:

 

(Dan Gilgamesh membuka mulutnya dan memberikan jawapan kepada Ishtar yang terhormat dan katanya: .......

Ada kebaikannya jika aku berkahwin dengan kamu?

Kamu!

Kamu tidak lain hanyalah api yang memadamkan api dalam kesejukan.

Kamu seperti pintu yang hilang yang tidak menghalang ribut atau angin,

Kamu adalah istana yang rusak, masuk kedalamnya merugikan,

Kamu gajah yang merobek perjalanan,

Kamu tangga kotor yang mengotori pembawanya, hampir membasahkan pembawanya,

Kamu adalah batu marmar yang meruntuhkan dindingnya,

Kamu adalah batu jasper yang mengundang dan menggoda musuh,

Dan kamu adalah kasut yang menggigit kaki,

Mana antara kekasihmu yang tetap kamu cintai?

Mana antara rakyatmu yang selalu berpuas hati dengan kamu? .................) [Epik Gilgamesh, Taha Baqir.]

 

Secara umumnya, anggapan bahawa asal usul agama adalah mengikuti ibu wanita hanyalah hipotesis (andaian) yang tidak berdasarkan bukti saintifik yang kukuh, oleh itu saya tidak dapati bahawa ada keperluan untuk menjawab secara terperinci terhadap anggapan tersebut.. Tetapi saya merasa perlu untuk menjelaskan bukti dan rujukan mengenai asal ketuhanan pada agama Sumeria. Maka tajuk ini berkaitan dengan membuktikan bahawa agama Sumeria adalah agama ilahi yang telah diselewengkan. Di sini kita ingin menjelaskan bahawa orang Sumeria yang tahu berwuduk dengan air, bersholat, berpuasa dan berdoa dengan kerendahan hati adalah orang beragama dan agama mereka adalah agama ilahi, jadi epik Sumeria dan kisah-kisah orang Sumeria mengandungi perkhabaran ghaib yang berlaku ribuan tahun diamalkan oleh orang Sumeria.

 

Ya, agama mereka mungkin telah terseleweng dalam beberapa waktu, tetapi agama itu adalah agama ilahi, sama seperti penduduk Mekah penganut agama Hanif agama Ibrahimi terseleweng kepada menyembah atau memuja berhala seperti yang ada sekarang orang-orang Salafi atau Wahabi yang menyembah berhala dan pewaris penyembah berhala kuno di Mekah, mereka mengatakan: Mereka beragama Islam, tetapi mereka menyembah berhala besar yang mereka anggap ada di langit dan bukan di bumi, dan mempunyai dua tangan dan berjari, dua kaki, dan dua mata pada hakikatnya. Masalah menyelewengkan agama ilahi sentiasa ada dan masih wujud.

 

Dan jika kita kembali ke agama ilahi pertama, kita dapati bahawa Adam datang ke bumi dengan agama ilahi yang pertama, dan ia mengandungi kisah-kisah anak-anaknya yang soleh setelahnya, dan diandaikan bahawa manusia, adalah seperti kebiasaan mereka, menghafal kisah-kisah ini, menceritakannya dan mewariskannya.

 

Kisah dan epik orang-orang Sumeria dalam beberapa kes tidak lain hanyalah penyebaran beberapa kisah suci ini yang mereka warisi, kerana orang-orang Sumeria menceritakan kisah banjir secara terperinci dan lama sebelum zaman Taurat:

 

Banjir Nuh Pertama: -

 

Kita sekarang yakin bahawa kisah Banjir, yang disebut dalam Taurat, bukan berasal dari penulisan kitab Taurat, sejak George Smith, yang bekerja di Muzium British. Beliau mendedahkan sebelas batu bersurat dari Epik Gilgamesh, dan menyelesaikan simbol-simbolnya. Tetapi kisah Banjir Babilonia bermula pada Sumeria asal, maka (Arnobel) telah menyebarkannya pada tahun 1914 dimana kepingan-kepingan yang merupakan sepertiga bahagian bawah dari tablet (batu bersurat) Sumeria yang mempunyai enam bidang yang dijumpainya dari (sekumpulan) batu bersurat yang disimpan di Muzium Universiti. Kandungannya banyak berkaitan dengan kisah Banjir, dan hingga kini karya ini tetap unik yang tidak dapat ditandingi atau menyamainya....... Walaupun terdapat kelemahan dan kekurangan dalam teks, ungkapan-ungkapan yang terdapat di dalamnya sangat penting ........ Ini termasuk tempat tinggal penting yang menyingkap penciptaan manusia, asal-usul (pemerintahan), dan wujud tidak kurang dari lima kota pada era sebelum Banjir.) [Dari Batu Bersurat Sumer - Samuel Kramer: hlm. 251 252.]           

 

Ya, mereka mungkin ada kisah-kisah yang kadang-kadang diputarbelitkan - terutama dalam pandangan agama-agama lain - Akibat dari berlalunya waktu padanya dan masuknya campurtangan manusia yang terkeliru dengan godaan, tetapi adakah penyelewengan itu benar-benar mentiadakan kebenaran sama sekali?!!!

 

Pernahkah kita bertanya: Ke mana perginya warisan Adam dan Nuh?!!

 

Tidak dapat dibayangkan bahawa Nuh dan mereka yang bersamanya berminat untuk mengangkut kambing dan lembu dan tidak peduli untuk menyebarkan agama ilahi sejak Adam (as) di dada mereka, dan semestinya manusia selepas Nuh (as) - yang diwakili oleh orang Sumeria atau Akkadia dan pewaris mereka adalah orang Babilonia dan Syuria - sebagaimana dipetik dari sejarah raja-raja dan petani. Dan para penyeleweng juga menyampaikan warisan Adam dan Nuh dan menjadi simbol ketinggian suci, walaupun diputarbelitkan, dan dalam kisah-kisah yang disampaikan turun-temurun, sehingga hasilnya adalah bahawa agama Sumeria adalah agama Adam dan Nuh yang diselewengkan, dan kadang-kadang mengikutnya dalam segala sesuatu yang dianggap sebagai dunia dan orang-orang soleh.

 

Sebagai contoh penyelewengan: Percubaan untuk memutarbelitkan Epik Gilgamesh ditemui sebagai balas dendam, dan ini tentu saja menunjukkan dua perkara:

 

Pertama: Epik Gilgamesh adalah teks agama, dan tidak ada yang berminat untuk memutarbelitkan teks sastera.

 

Yang kedua: Teks Epik Gilgamesh, yang telah disampaikan kepada kita, pastinya yang tidak mempunyai penyelewengan langsung.

 

Taha Baqer berkata:

Mungkin perkara paling menggembirakan yang ditemui oleh penggali baru-baru ini di laman arkeologi yang dikenali sebagai Sultan Tebbeh di selatan Turki berhampiran Harran. Ini adalah sebahagian daripada epik dan mesej indah yang ditempa oleh seorang penulis kuno pada ribuan tahun sebelum SM. Mesej ini berasal dari pahlawan Gilgamesh, yang ditujukan kepada salah seorang raja kuno, yang meminta Gilgamesh (dengan segera) mengirim batu berharga untuk membuat azimat (perlindungan) untuk temannya Enkidu yang beratnya tiga puluh kali dari kita) [Epik Gilgamesh - Taha Baqer].

 

Membandingkan pelbagai kepingan asli dengan skrip Niño nampaknya menjadi maklumat yang berharga. Bukan hanya mengisi jurang perbezaan, tetapi juga menunjukkan sepenuhnya bahawa puisi (epik) Gilgamesh tidak ada dalam satu bentuk pun pada era orang-orang Asyur. Ini adalah bukti bahawa legenda itu berkembang dengan baik dari generasi ke generasi. Dengan kata lain para penulis tidak berpuas hati dengan menyalin teks lama dalam bentuk yang jujur (tanpa diselewengkan) bahkan mereka menambah, memotong dan mengubahnya. Inilah yang ditunjukkan atau yang terlibat dalam bukti-bukti, atas idea yang tersebar - bersama kesalahannya - bahawa kedudukan Timur tidak akan pernah dan tidak akan menjadi jumud dan tersepit.)

[Legenda Babilon - Charles].

 

Sekiranya terdapat percubaan untuk memutarbelitkan teks bertulis, apalagi teks yang disampaikan secara lisan sebelum era penulisan, saya yakin bahawa teks tersebut mengalami penyelewengan yang lebih besar, dan bahawa ketika mereka mencatat pada era penulisan dan catatan awal, mereka mencatat dalam bentuknya yang terseleweng, dan dengan demikian kisah banjir, kisah Damouzi, kisah Gilgamesh dan kisah-kisah lain yang berasal dari Sumeria - Akkad, mungkin kita boleh menentukan bahawa ia tidak dicatat dalam bentuk yang catatannya oleh perawi sebelum era penulisan.

 

 ✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 20 Disember 2012:

 

Marasi Kedua: Agama Sumer Dan Akkad, Dan Tiga Agama: Islam, Kristian, Yahudi,

 

Pada hakikatnya jika ia terbit dari Taurat, Injil dan Al-Quran, dan apa yang terdapat dalam batu bersurat (tanah liat) Sumeria, pasti dinilai oleh salah satu daripada dua keputusan, yang tidak dapat tidak dan tidak dapat dielakkan bagi salah satu daripadanya:

 

Keputusan pertama: Agama berasal dari pembentukan orang-orang Sumeria, dan Taurat, Injil dan Al-Qur'an tidak lain adalah proses rumusan bagi agama Sumeria (Penciptaan manusia pertama Adam, kisah Habil dan Qabil, kisah banjir, dosa, kehidupan selepas mati, syurga, neraka ... dll).

 

Keputusan kedua: Agama Sumeria adalah sama dengan agama Adam dan agama Nuh (as), tetapi ia disebarkan dan kemudian disampaikan dalam bentuk yang diputarbelitkan dan dipersembahkan kepada orang-orang Sumeria atau orang-orang Akkad (orang-orang Babilonia dan Syuria) dalam bentuknya yang diselewengakan. Dan inilah yang ingin saya jelaskan dengan menunjukkan bahawa kisah-kisah Sumeria hanyalah pekhabaran ghaib yang Adam bawa ke bumi, dan ini adalah kisah-kisah orang-orang soleh dari anak-anaknya (as) dan apa yang akan mereka lalui, terutama yang mewakili tanda-tanda penting dalam jalan agama, seperti Damouzi (anak yang soleh), atau Gilgamesh.

 

Kesamaannya sangat besar antara apa yang tertulis dalam Taurat dan batu bersurat Sumeria. Pada hemat (Dr. Samuel Kramer) dan yang disampaikan perkara itu dalam menyusun bab-bab dalam bukunya yang menjelaskan persamaan antara batu bersurat tanah liat Sumeria dan Taurat, contohnya:

 

(Bab Tujuh Belas (Al-Firdaus) Persamaan pertama terkait dengan Taurat) (Dari Batu Bersurat Sumer: ms 239.)

(Perkahwinan Suci dan Nyanyi Puisi oleh Sulaiman) (Di mana aku dan Damouzi, upacara seks suci orang-orang Sumeria - Dr. Samuel Kramer).

 

Orang-orang Sumeria mengetahui dan mengerjakan hal-hal halus dalam agama ilahi, seperti kepercayaan terhadap rukya (mimpi) bahawa ia adalah kalam Allah menanamkan kesan, dan beriktiqad bahawa Allah dapat berbicara kepada seseorang dalam segala hal yang dilaluinya.

 

Dan Charles mengatakan dalam Legenda Babel:

 

Kita tahu sekarang bahawa manusia diciptakan untuk memberi khidmat ketuhanan, dan bahawa mereka itu diajarkan supaya tidak membuat dosa, jadi mereka mesti mematuhi keinginan Langit dengan tepat dan memenuhi hasratnya. Jadi, bagaimana mereka tahu untuk memelihara persetujuan ini dan menghindari kebencian ketuhanan? Apabila mereka melihat mimpi - bahawa ketuhanan memwahyukan (memberi ilham) apa yang datang kepada mereka melalui perantaraan mimpi - bagaimana mereka dapat mentafsirkannya dengan cara yang menggembirakan mereka, Sekiranya ada mimpi, bagaimana apabila tidak ada?

 

Jawapannya: mereka maksudkan tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk semula jadi, maka ianya membimbing mereka ke arah kebenaran. Oleh itu, kita mesti memperhatikan bukan hanya perubahan bulan, tetapi juga pada bentuk awan. Maka setiap pergerakan dan setiap perpindahan dari yang merayap di bawah rumput hingga planet yang akur memuji di medan bintang-bintang patuh pada isyarat kehendak ketuhanan, sama ada baik atau buruk, dan di sini menzahirkan kepintaran seni atau ilmu, sehingga dia dapat membezakan apakah kehendak itu baik atau tidak.

 

Dan yang menggetarkan hati harus campur tangan, baik untuk mempercepat kedatangan kebahagiaan, atau untuk menentang kekuatan permusuhan yang paling mengancam nyawa. Ia bukanlah bermaksud untuk kehidupan individu atau penduduk umum tetapi ia. adalah kehidupan raja yang diberi kepercayaan untuk nasib seluruh bangsa.

Dan raja ini yang dianugerahkan ilmu oleh ketuhanan, ianya adalah - seperti Mar - negara ketujuh sebelum banjir. Ini sesuai dengan urutan waris kepada (Henokh) (Idris) yang menduduki tempat ketujuh dalam salasilah Adam - salasilah para nabi sebelum banjir - dan dapat dilihat bahawa tidak ada kesamaan antara kedua nama itu walaupun perbuatan mereka benar-benar satu (sama). Dan kemudian dikatakan, bahawa teks Taurat yang membahas Nabi ketujuh (Henokh) sangat ringkas. Dia berkata: (Dan Henokh berjalan bersama Tuhan dan ia tidak wujud kerana Tuhan yang membawanya.) Henokh menjadi pahlawan lingkaran legenda yang menjadikannya pelopor penulisan dan pengarang buku pertama yang mencipta ilmu bintang-bintang dan peredarannya: ilmu Falak (peredaran bintang) dan semua bintang-bintang. Dia kelihatan seperti (Fedoranke) dan kami dapat menerimanya dengan senang hati. Bahawa legenda orang Yahudi ini tidak lain hanyalah perpindahan atau pengembangan legenda 0kuno orang Kaldea, yang lebih tua.

 

Dan di antara raja-raja dan para nabi yang lain - nenek moyang Henokh Enam dan tiga penggantinya - adalah sifat yang umum, dan itu tidak menjadi masalah bagi kita kecuali watak kesepuluh yang hidup semasa banjir.) [Legenda Babel: hlm. 28]

 

Dan kisah-kisah orang-orang Sumeria dibicarakan dengan jelas - seperti agama-agama ilahi yang lain - mengenai kehidupan selepas kematian, iaitu orang-orang yang baik dan yang soleh akan ke Syurga dan yang jahat akan ke Neraka.

 

(Mereka telah memastikan bahawa mereka akan hidup selepas mati - tetapi dalam penuh kegelapan dan tidak mendapat pahala, kecuali mereka melakukan tingkah laku terbaik di dunia, iaitu dengan ketakwaan seperti yang berlaku (Lawam Nabeshti) (iaitu, Nuh as), Atau dengan menerapkan dua kata di antara orang, seperti yang dilakukan oleh Hamorabbi (Legenda Babel: ms 38.)

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 20 Disember 2012:

 

Marasi ketiga: Adakah kisah tentang Nabi Allah Ayub yang diceritakan oleh orang-orang Sumeria sebelum peristiwa itu terjadi?

 

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kisah-kisah orang-orang Sumeria hanyalah perkhabaaran mistik (khabar-khabar Ghaib) untuk menceritakan kebenaran yang muncul setelah orang-orang Sumeria berada di jalan agama ilahi. Mana-mana pembaca batu bersurat tanah liat Sumeria akan melihat bahawa mereka menceritakan tentang nabi-nabi dan rasul-rasul yang datang terkemudian darinya, seperti apa yang disebutkan dalam kisah Nabi Ayub (as) sebelum kedatangan Ayub (as) dan kisah Ayub (as) dicatat dalam Taurat dan Al-Quran.

 

(Bahawa semua batu bersurat dan kepingan batu bersurat dicatatkan di dalamnya bahawa artikel Sumeria itu berpanjangan pada masa pemerintahannya hingga lebih dari seribu tahun sebelum mencatat perjalanan Ayub. [dari Batu Bersurat Sumer - Kremer].

 

Ini adalah petikan dari kisah Ayub seperti yang dicatat pada batu bersurat Sumeria, dan jauh sebelum Ayub dilahirkan:

 

Aku pemerintah yang bijak. Mengapa aku bergabung dengan pemuda-pemuda yang jahil?

Aku adalah orang yang bijak mengapa aku mengira bersama orang yang jahil?

Makanan banyak dan ada di mana-mana dan makananku untuk kamu yang lapar.

Pada hari ketika tilikan (tenung) nasib dibahagi-bahagi, bahagianku adalah khusus untuk azab dan kepedihan.

Ya Tuhanku, aku mahu berdiri di hadapanMu,

Aku ingin bercakap denganMu... dan kata-kataku sungguh-sungguh dan penuh penyesalan ,

Aku ingin menunjukkan urusanku padaMu dan meratapi pahitnya jalanku.

Aku ingin meratapi kebimbanganku ...., pada ibuku yang melahirkanku, aku tidak boleh berhenti mengadu kepadaMu.

Untuk menghentikan kakakku dari menyanyikan lagu gembira supaya jangan mendendangkannya

Untuk menangisi dan meletakkan musibahku di tanganMu,

Agar isteriku berteriak kerana aku terseksa,

Dan biarkan penyanyi yang paling bagus meratapi nasibku yang menyedihkan ...

Air mata, suka, duka, dan ranjau yang menghantuiku.

Menatap perit pedih yang tidak dapat ditahannya selain air mata.

Penyakit ganas melanda tubuhku...,

Ya Tuhan, Engkaulah bapaku penyebab kelahiranku, bantulah aku bangkit ...

Berapa lama Engkau akan tinggalkan aku dan tetap tanpa hidayah?

Mereka mengatakan kalimat yang betul lagi benar: anak tidak dilahirkan oleh ubu tanpa dosa,

Bahawa anak-anak tidak bersalah tidak wujud sejak mula ………………….

Seseorang itu – akan didengar tuhannya akan teriak tangisnya,

Pemuda itu - keluh dan dukanya akan dapat redha Tuhannya, ..........

Penyakit syaitan telah diusir yang  merenungnya dan melebarkan sayapnya,

Dan penyakit yang menimpanya adalah seperti .... telah hilang dan diusirnya,

Dan nasib buruk yang kadarnya digantikan dibalas dengan bijaknya,

Siksaan orang itu digantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan.) [dari Batu Bersurat Sumer - Dr. Kramer].

 

Marasi keempat:

 

Negara Sumer dan Akkad, yang menangisi Damouzi, dan sekarang menangisi Al-Hussein (as)?!

Akan datang tidak lama lagi, insya Allah.

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan