Amalan
Hari Kelahiran Al-Rasul Yang Mulia (S).
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على محمد وال
محمد الائمه والمهديين وسلم تسليما
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dan Curahan selawat Allah ke
atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam
dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.
Setinggi-tinggi keberkatan dan selamat datang kepada
Maulai Muhammad bin Al-Hassan (as) dan washinya Ahmad Al-Hassan (as) pada ulang
tahun kelahiran Al-Nur, daruk mereka sebaik-baik penciptaan Allah, Nabi
teragung, Muhammad (S), dan kelahiran cucu baginda, Imam Jaafar Al-Shadiq (as).
Kita bermohon kepada Allah agar menjadikan kita
orang-orang yang mengenal hak mereka dan beramal menurut manhaj mereka.
Dan menjadikan kita tetap dengan mereka.
Pada hari kelahiran Al-Rasul yang mulia (S)
Hari ke 17 (Rabi3ul Awwal): Kelahiran Penutup
Nabi-nabi, Muhammad bin Abdullah(S) yang terkenal di kalangan Imamiyah dan
diketahui bahawa kelahirannya adalah di Mekah di rumahnya pada ketika terbit
fajar hari Jumaat pada Tahun Gajah dalam pemerintahan Anusyirwan
yang adil dan pada hari yang mulia ini juga pada tahun
Lapan puluh tiga H Imam Ja'far Al-Shadiq (as) dilahirkan yang
meningkatkan keutamaan dan kemuliaannya.
Kesimpulannya ialah hari ini adalah sangat mulia
dan mempunyai beberapa amalan:
Pertama: Mandi.
Kedua: Puasa mempunyai banyak kelebihan. Telah
diriwayatkan bahawa sesiapa yang berpuasa ditulskan baginya ganjaran berpuasa
selama satu tahun, dan hari ini adalah salah satu dari empat hari yang
dikhaskan untuk berpuasa antara hari-hari dalam setahun.
Ketiga: Ziarah
Nabi (S) dari dekat atau jauh.
Keempat: Ziarah Amir
Al-Mukminin (as), termasuk menziarahi
Al-Shadiq (as) dan diajarkan oleh Muhammad ibn Muslim dari lafaz Ziarah tersebut.
Kelima: Sholat pada ketika menaik hari dua raka'at,
dibaca pada setiap raka'at selepas Al-Hamd Surah Inna Anzalnah sepuluh
kali dan Surah Al-Tauhid sepuluh kali dan kemudian duduk di tempat sholat dan
berdoa kepada Allah
اَللّـهُمَّ
اَنْتَ حَىٌّ لا تَمُوتُ,
Allahumma Anta Haiyun La Tamut
dan sebagainya;. Ia adalah doa sederhana yang
saya tidak dapati sanadnya dari Al-Maksum. Oleh itu, saya melihat ia patut dibiarkan
untuk lebih ringkas, Sesiapa yang mahu bolehlah mendapatkannya dari berbagai
tempat.
Keenam: Orang-orang Islam memuliakan hari ini,
mempercayainya, berbuat baik dan menyenangkan orang-orang
mukmin dan mereka menziarahi orang yang menggembirakan yang mulia dan ketua
yang mengambil bahagian. Ia mungkin dikatakan tidak perlu untuk membesarkan hari
ini dan berkata: Saya telah menemui orang Kristian dan sekumpulan umat Islam
yang memuliakan kelahiran Isa (as) dengan sambutan yang tidak pernah disambut kemuliaannya
di mana pun di dunia ini. Amat menghairankan bagaimana umat Islam bersetuju membesarkan
sambutan hari kelahiran itu bagaimana mereka bersetuju bahawa kelahiran Nabi
mereka yang lebih besar daripada setiap Nabi berbanding kelahiran mana-mana nabi.
(Dari Kitab Mafatih Al-Jinan)
Semoga anda berdoa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan