Halaman

Ahad, 14 Julai 2019

Soalan 384: Soalan penjelasan - mengenai peribadi Al-Yamani


Soalan 384: Soalan penjelasan - mengenai peribadi Al-Yamani

بسم الله الرحمن الرحيم،
والصلاة والسلام على محمد الخاتم وآله الأطهار.
.

Salah seorang dari orang-orang mukmin menunjukkan kepada saya laman web anda dan mengarahkan saya ke acara hebat ini dengan memberi saya keterangan bercetak mengenai Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan yang merupakan Al-Yamani yang dijanjikan. Saya mendapat banyak manfaat dari keterangan dan laman web ini, Semoga Allah memberi ganjaran kepadanya dengan kebaikan.
                     
Sehak itu, saya dengan memuji Allah telah meneliti dakwah Imam Mahdi, yang jiwa-jiwa kita menjadi persembahan tanah tebusan. Terdapat beberapa masalah yang tidak jelas yang tidak menyenangkan hati saya terhadap penjelasan dari sebahagian syeikh-syeikh dan ulama. Masih banyak pertanyaan mengenai  tanda-tanda (alamat) pada saya termasuk peribadi Al-Yamani.

Selepas melihat keterangan dan melayari laman web, banyak dari kebimbagan dan kekeliruan saya yang hilang dan meletakkan banyak titik-titik kebenaran terhadap penyimpangan dari pencarian dan penelitian.

Masih ada lagi sedikit penyelidikan, kerana keterangan itu tidak termasuk perkiraan persoalan pribadi Al-Yamani, tetapi juga banyak kesan sampingan lain, seperti hubungan yang jauh atau dekat di hauzah ilmiah, para marajik terkemuka, dan terutama Al-Syed Al-Sistani. Apakah dia benar-benar tidak mempercayai Imam al-Mahdi dan keghaibannya? Saya harap saya dapat lebih banyak maklumat mengenai hauzah ilmiah dan para marajik dan mengenai Al-Syed Al-Sistani.

Soalan lain saya ialah: Di manakah Al-Syed Ahmad Al-Hassan sekarang, apa yang dia lakukan, dan apabila ia tampak di tempat keraian untuk memimpin orang ramai ini mencintai Imam, dan mengapa dia tidak mempunyai gambar untuk mengenalinya?

Sila hantar kepada saya semua jawapan ke alamat surat saya. terima kasih atas kerjasama anda dan saya mendoakan anda semoga berjaya dan mencapai tujuan.

Pengirim: Abdel Sattar / Sepanyol – Madrid

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Jawab pada titik-titik:

Oleh kerana anda berhasil mendapat ilmu dan menjelaskan kepada anda banyak titik-titik perkara yang benar, tidak kurang pula anda kini dapat ketenangan menghadap kebenaran,, dan kemudian siapa yang memenuhi dan menghadap kebenaran dan dengan itu menentangnya adalah kebatilan.

Dakwah Al-Yamaniyah tidak bermusuhan dengan mana-mana peribadi, tetapi permusuhannya dengan kebatilan (kepalsuan) dan yang mendakwannya.

Bagi Al-Sistani sendiri, dia diseru untuk beriman dengan Dakwah Al-Yamaniyah seperti orang lain.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) wujud, dan berada di antara orang yang melihat dan mendengar daripadanya, dan apa yang dia lakukan? Dia (as) tahu tentang tangging jawabnya.

Mengadakan diri di tempat keraian untuk memimpin orang ramai selepas selesai mencapai bilangan (313) dan sepuluh ribu.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) tidak datang untuk bergambar, kerana dia menyeru manusia kepada Allah SWT dan kepada Al-Tauhid yang sebenar dan bukan kepada dirinya sendiri, dan dia tidak datang untuk dilihat manusia dan dijadikan untuknya tabir di antara mereka dan Allah SWT.

Saudaraku yang mulia diriwayatkan dari Ahl Al-Bait (as) yang bermaksud: (Kenal kebenaran adalah mengenal ahlinya) dan gambar bukan sumber mengenal kebenaran dan ia tidak berguna dalam mengenal ahli kebenaran.

                   
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)

Profesor Zaki Al-Ansari
15 / Ramadhan / 1430 H


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan