Halaman

Khamis, 4 Julai 2019

Soalan 291: Persoalan Wasiat, Washi dan Bai’ah


Soalan 291: Persoalan Wasiat, Washi dan Bai’ah

Al-Salamu 3alaikum,
Apakah maksud kamu Imam Muhammad Ibn Al-Hassan Al-Askari mati dan anaknya berada di tempatnya?

Pengirim: Ali – Iraq

Jawab:

الجواب: بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Ia tidak bermaksud bahawa Imam Mahdi (as) telah mati dan anaknya (menggantikan) tempatnya, tetapi yang kami maksudkan adalah Imam Mahdi (as) masih hidup dan anaknya adalah utusan dari beliau dan untuk mempersiap kebangkitannya yang diberkati, dan kami telah huraikan kata-kata ini dalam berpuluh-puluh sumber-sumber terbitan ansar Imam Mahdi (as) yang anda boleh semak pada laman web ansar Imam Mahdi (as).

Saya akan menyebuttkan kepada anda sebahgian dari riwayat dan ulasan dari kitab (Al-Washiah Wal-Washi Ahmad Al- Hassan):

Dari Amirul Mukminin (as), beliau berkata: (Rasulullah (S) bersabda – oada malam kewafatan baginda - kepada Ali (as): ... Ya Ali, bahawa akan ada selepasku dua belas imam-imam, dan selepas mereka ada dua belas Mahdi-mahdi,., Engkau Ya Ali adalah yang pertama dari dua belas imam-imam... hingga sampai kepada sabda:  Dan apabila maut menghampirinya, (iaitu Imam Mahdi (as)) maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (dari Mahdi-mahdi). Baginya ada tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al-Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi as).

Di sini kita harus memberi perhatian kepada dua perkara:

Perkara pertama: yang sesuai dengan yang pertama dari Mahdi-mahdi dari keturunan Imam Mahdi (as) dengan Imam Ali (as), Maka sebagaumana Imam Ali (as) adalah washi pertama bagi Al-Rasul (S) dan yang pertama menerima wasiat dari baginda dan dimuliakan dengan tarbiyah Al-Rasul (S) begitu juga bagi Al Mahdi Pertama dia adalah washi pertama imam Mahdi (as), yang menerima wasiat langsung darinya - sebagaimana dinyatakan dalam riwayat - dan dimuliakan dengan tarbiyah Imam Mahdi (as) secara langsung, dengan seterusnya seluruh Mahdi-mahdi dari keturunan Imam Mahdi (as), Ini adalah penghormatan yang besar, penghormatan Allah kepada Mahdi pertama dengan menyerupai Amirul Mukminin (as), dan menjadikannya washi pertama bagi Imam Mahdi (as).

Perkara kedua: Berarti Mahdi pertama adalah orang yang pertama beriman dengan dakwan Imam Mahdi (as) kepada sabda Al-Rasul (S) mengenainya di dalam wasiat (Awwal Al-Mukminin - yang pertama beriman), dan dalam hal ini juga ia sama seperti Amirul Mukminin (as), sebagaimana Amirul Mukminin (as) adalah orang pertama yang beriman dengan Al-Rasul Muhammad (S) dan membantunya, begitu pula Mahdi pertama (as) diberi penghormatan oleh Allah sebagai yang pertama membenarkan Imam Mahdi (as) dan beriman kepadanya dan membantunya.

Menyedari perumpamaan (yang pertama beriman) menjelaskan, maksud Al-Rasul (S) bahawa dia adalah orang pertama yang beriman kepada Imam Mahdi (as) apabila dia bangkit, dan ini memerlukan kehadiran Mahdi pertama sebekum Imam Mahdi (as) untuk membenarkan beliau adalah orang pertama beriman; kerana jika ia tidak wujud sebelum bangkitnya Al-Qaim (as) maka tidaklah dia menjadi orang pertama yang beriman, bahkan ia membenarkan gambaran sebagai ansar pertama Imam Mahdi dari tiga ratus tiga belas orang, bahkan semua ansar Imam Mahdi (as) telah didahului oleh anaknya sebagai washi yang beriman kepada Imam Mahdi (as), maka mereka yang pertama dengan penerangan ini. Jadi mestilah washi pertama Imam Mahdi (as) dilahirkan sebelum dia (as) bangkit dan dari keturunannya, dan adalah diketahui bahawa makna anak terus kepada anak dari keturunan sebagai anak terus secara langsung, maka telah dibawakan berpuluh-puluh riwayat yang meneranglan imam-imam adalah dari keturunan Imam Ali (as) dan bahawa mereka adalah anak-anak Rasulullah (S) bukan kerana mereka adalah anak-anak baginda secara langsung, tetapi kerana mereka adalah dari keturunan anak perempuan baginda Fatimah Al-Zahra’ (as), dan ini adalah perkara yang jelas tidak perlukan keterangan yang lebih lanjut, dan sesiapa yang mahu keterangan lebih lanjut dia perlu rujuk pada kitab saya (Al-Rad Al-Hasim) dan (Samiri 3ashar Al-Dzuhur) telah menjelaskan masa;ah ini secara terperinci.

Jika washi Imam Mahdi (as) - yang pertama dari Mahdi-mahdi - wujud sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as) perlu ada yang menjadi Al-Hujah kepada manusia selepas Imam Mahdi (as) dan beliau adalah panji-panji hidayah yang mempersiapkan atau tidak ada hujah atasnya selain Imam Mahdi (as); Kerana mustahil seorang washi menjadi pengikut kepada seseorang atau dipegang oleh seseorang selain imam yang telah menerimanya  Perkara ini jelas kepada semua orang yang telah melihar aqidah Ahl Al-Bayt (as), dan oleh itu mesti ada washi Imam Mahdi iaitu Al-Yamani yang dijanjikan, yang membawa riwayat-riwayat kepada manusia untuk menyokong beliau dan pengikut-pengikutnya - Seperti yang akan diterangkan - dan sesiapa yang cuba mengubah perkataan dari kedudukannya dan berkata: bahawa ungkapam (orang yang pertama beriman) tidak bermaksud orang yang pertama beriman dengan Imam Mahdi sebelum bangkitnya. Ia mungkin mempunyai makna yang kedua.

Saya katakan kepadanya: Ini adalah bertentangan dengan zahir perkataan Rasulullah (S) dan bertentangan dengan maksud yang diperkenalkan dari Al-Maksumin apabila mereka memperkatakan ungkapam ini, dalam banyak riwayat, Tetapi sebaliknya maknanya bertentangan dengan sebahagian ayat Al-Quran dan di sini dinyatakan kepada anda:

Allah Taala menceritakan kisah Nabi Musa (as):
﴿... فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكّاً وَخَرَّ موسَى صَعِقاً فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ﴾

 ... Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman". [366],

dan untuk kita melihat maksud daripada (orang yang pertama beriman) dalam ayat yang mulia ini, Dan ia melalui riwayat-riwayat yang didatangkan dalam tafsirnya.

Dari Imam Ali (as): Dalam mentafsirkan kata-kata nabi Allah Musa (as): (Wa Ana Awwal Al-Mukminin - dan aku orang yang pertama-tama beriman).

Beliau berkata: (.....Wa Ana Awwal Al-Mukminin - dan aku adalah yang pertama mengikrarkan bahawa Engkau Melihat dan tidak dapat dilihat, dan Engkaulah tempat penglihatan yang tertinggi." ) [367].
                       
Daripada Imam Al-Ridha (as) di dalam hadits yang panjang, berkata tentang mentafsirkan kata-kata Nabi Musa (as): Wa Ana Awwal Al-Mukminin "...dia berkata aku telah kembali daripada kejahilan kaumku kepada makrifatku tentangMu Wa Ana Awwal Al-Mukminin dan aku adalah yang awal pertama beriman di kalangan mereka bahawa Engkau Melihat dan tidak dapat dilihat [368].

Apa yang dapat kita fahami daripada kedua-kedua riwayat berkenaan dengan tafsir Wa Ana Awwal Al-Mukminin, adalah mendahului dalam beriman kepada Allah Taala dan kembali kepadanya, terutamanya di dalam riwayat kedua apabila Imam Al-Ridha (as) berkata: "dan aku adalah yang awal pertama beriman di kalangan mereka bahawa Engkau Melihat dan tidak dilihat." Atau dengan kata lainnya aku adalah yang awal pertama beriman dari kalangan kaumku yang meminta untuk melihat Engkau dan yang pertama mengakui dan mendahului bahawa Engkau tidak dapat dilihat.

Dari Ibn Abbas pada firman Allah AWJ:
﴿فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ﴾
Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman". Katanya,
Musa berkata: Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman kerana sesungguyhna Engkau Melihat dan tidak dilihat) [369].

Dibawakan dari Rasulullah (S) mengenai makna ungkapan ini (Awwal Al-Mukminin) apabila baginda menyifatkan Amirul Mukminin, agar tidak berpaling darinya orang-orang yang iri hati terhadap Amirul Mukminin, diterangkan Al-Rasul (S) bahawa makna yang disifatkan kepada Amirul Mukminin sebagai orang yang pertama beriman, iaitu: orang yang pertama yang mendahului iman dan Islam dan berikrar dengan kenabian Nabi Muhammad (S), bukan makna yang lain seperti mana musuh Al-Syed Ahmad Al-Hassan cuba untuk mentakwilkan kata-kata Rasulullah (S) pada kebenaran washi Imam Mahdi sebagai orang yang pertama beriman. Mereka telah cuba mentakwilkannya dengan makna selain yang mendahuluui iman dan mengakui dakwah Imam Mahdi (as) !!!!

Dari Al-Rasul (S), baginda bersabda kepada Ali (as): (Engkau adalah orang yang pertama beriman dalam iman dan Islam) [370].

Dan dari Abi Zhar (rahimahu Allah) berkata: Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda kepada Ali: (Engkau adalah yang pertama beriman denganku dan membenarkanku) [371].

Dan Al-Rasul (S), bersabda kepada Ali (as): (Wahai Ali, engkau adalah orang-orang yang pertama beriman dalam iman, dan yang pertama dalam Islam, dan kedudukan engkau di sisiku seperti kedudukan Harun di sisiku Musa) [372].

Dan dari Abdullah bin Abbas, beliau berkata: Rasulullah (S) bersabda kepada Ali bin Abi Talib (as): (Wahai Ali, engkau dibandingkan dengan tujuh sifat perbandingan tiada yang seperti mereka: engkau orang yang pertama beriman denganku dalam iman, yang teragung dalam jihad, dan yang paling mengerti dari mereka dengan ayat-ayat Allah ... ) [373].

Dalam semua riwayat dan yang lain Al-Rasul (S) mengesahkan makna (Awwal Al-Mukminin) bahawa dia adalah yang mendahului kepada iman, membenarkan dan berikrar, dan ia selalu berkata selepas (Awwal Al-Mukminin): (dalam iman) atau (dalam iman dan Islam) atau (denganku dalam iman) atau (yang pertama beriman denganku dan membenarkanku), terutama dalam riwayat terakhir untuk Al-Rasul (S) menjadikan sifat (Awwal Al-Mukminin) daripada hujah-hujah yang dengannya dikatakan kepada Amirul Mukminin (as) tidak terkalahkan, adakah benar bagi orang yang mengatakan bahawa Amirul Mukminin yang dikatakan Al-Rasul pada anda bahawa anda adalah (Awwal Al-Mukminin) tidak menunjukkan anda adalah orang yang pertama beriman dengannya dan membenarkannya, adakah mungkin ia menunjukkan maksud lain? !!!

Apabila ia tidak sah sebagai mana bantahan kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan tidak benar bahawa kata-kata Rasulullah (S) terhadap washi pertama Imam Mahdi, dan menyifatkannya sebagai (Awwal Al-Mukminin) tidak menunjukkan kepada orang yang pertama beriman dan membenarkan Imam Mahdi (as) dan menyokong beliau, dan oleh itu ia adalah jelas bahawa anda mahu ungkapam (Awwal Al-Mukminin) dalam Al-Quran dan Sunnah adalah orang pertama yang mendahului dalam iman, pembenaran, ikrar dan pertolongan, tetapi siapa yang cuba untuk mencipta pentakwilan (tafsiran) batil dia telah mengikut orang-orang Yahudi dan Kristian yang mula-mula menyebut tentang sifat Al-Rasul (S) di dalam kitab kitab-kitab mereka, mereka tidak mengetahui dengan apa yang dapat digunakan kepada baginda atau seperti orang awam (ahli sunnah) yang mentakwil Kata-kata Al-Rasul (S) pada Hari Al-Ghadir: (Sesiapa yang aku adalah maulanya, maka Ali ini adalah maulanya) [374], mereka mengatakan ia tidak menunjukkan kepada Imamah dan khilafah, tetapi ia menunjukkan kepada sahabat dan kasih dan maula dalam agama kepada takwilan batil lain yang diilhamkan oleh bisikan syaitan (kita berlindung kepada Allah daripadanya).

Dan ini membuktikan bahawa pengertian sabda Al-Rasul (S) pada washi pertama bagi Imam Mahdi (as) adalah sebagai orang yang pertama beriman, iaitu: yang pertama beriman dan membenarkan bangkitnya Imam Mahdi (as) pada akhir zaman, dan ini mestilah kelahirannya sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as) untuk mengesahkannya penerangan ini sejajar.

Riwayat kedua: Hudzaifah bin Al-Yaman, berkata: Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda - menyebutkan Al-Mahdi-: (Bahawa ia akan membai’ah di antara rukun dan maqam, namanya Ahmad, Abdullah dan Al-Mahdi, dan ini adalah tiga nama-namanya) [375].

Hadits ini terpakai kepada washi Imam Mahdi (as) Mahdi pertama dari keturunannya, dan jelas ia boleh digunakan apabila membandingkan Hadits ini dengan wasiat Rasulullah (S) dalam menerangkan washi Imam Mahdi (as) di mana baginda bersabda: (...Baginya ada tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al-Mahdi, dia adalah yang pertama beriman.)
).

Ahmad adalah Muhammad kedua-duanya adalah satu nama, dan nama kedua Abdullah dan nama ketiga adalah Al-Mahdi, dalam ungkapan lain: baginda (S) bersabda: (dia adalah Abdullah dan Ahmad) penjelasan dan pecahan kata sebelumnya: (namanya seperti namaku dan nama bapaku).

Kesesuaian di antara kedua-dua riwayat jelas, terang, mempunyai maksud sejajar yang dibawakan oleh Al-Rasul (S), dan bukan secara kebetulan, kerana untuk mengatakannya secara kebetulan bukanlah dari prinsip-prinsip Islam, tetapi prinsip-prinsip materialis, atheis dan ahli bid’ah.

Dari Jabir Al-Ja’fi, katanya, Muhammad bin Ali (as) berkata kepadaku: (Wahai Jabir, Bahawa bagi Bani Al-Abbas ada panji dan bagi selain mereka ada panji-panji. berhati-hatilah dan kemudian berhati-hatilah - tiga kali - sehingga kamu melihat seorang lelaki dari keturunan Al-Hussein (as) berbai’ahlah kepadanya di antara rukun dan maqam, bersamanya ada senjata Rasulullah (S) dan pengampunan Rasulullah (S) dan perisai ...) [376].

Lelaki dari keturunan Al-Hussein dalam riwayat ini tidak mungkin adalah Imam Mahdi (as), jika ia dimaksudkan kepada Imam Mahdi (as) adalah dilarang mengikuti mana-mana panji sebelum bangkitnya Al-Qaim Al-Hujah Ibn Al-Hasan (as), dan pemahaman ini bercanggah dengan riwayat-riwayat yang memerintahkan supaya mengikut Al-Yamani dan membantunya, maka tentulah lelaki dari keturunan Al-Hussein orang yang dibai'ah kepadanya di antara rukun dan maqam dalam riwayat sebelumnya adalah Al-Yamani yang dijanjikan dan washi Imam Mahdi, Ahmad, yang mempunyai tiga nama: Ahmad, Abdullah dan Al-Mahdi.

Lelaki dari keturunan Al-Hussein ini yang disebut dalam riwayat sebelumnya dan diperintahkan untuk taat kepadanya sahaja dan diberi bai'ah kepadanya di antara rukun dan maqam adalah lelaki dari keturunan Al-Hussein yang sama dalam riwayat berikutnya yang digambarkan bahawa dialah yang diperintahkan untuk taat kepadanya sahaja tidak kepada panji-panji ganjil yang lain yang dilarang untuk diikuti, dan ia juga menerangkan bahawa dengan bersamanya adalah janji Rasulullah (S), iaitu: wasiat baginda diwasiatkan ketika baginda menghampiri kematian.

Dari Abi Jaafar dalam sebuah khabar yang panjang, dia berkata: "... Kepada kamu ada keganjilan dari keluarga Muhammad (as), bahawa bagi keluarga Muhammad dan Ali ada panji dan ada pula panji-panji yang lain yang diperlukan di bumi. Janganlah sekali-kali kamu mengikuti salah satu daripada mereka sehingga kamu melihat seorang lelaki anak Al-Hussein (as) kerana bersamanya ada janji, panji dan senjata Nabi Allah, Maka janji Nabi Allah pergi kepada Ali bin Al-Hussein, kemudian menjadi janji kepada Muhammad bin Ali, dan Allah melakukan apa yang Dia kehendaki  Maka sertailah mereka ini selamanya, dan kepada engkau dan kepada yang mengingatkan engkau... "[377]..

Demi Tuhan mereka mengatakan: bahawa ini adalah bertentangan dengan banyak riwayat, yang menyatakan bahawa yang dibai'ah di antara rukun dan maqam adalah Imam Mahdi, dan bukan Mahdi pertama dari keturunannya (washi).

Aku katakan: Tidak ada percanggahan antara riwayat ini dan riwayat-riwayat lain selepas memberi perhatian kepada gambaran mereka yang terlibat untuk  membai'ah washi Imam Mahdi (as) di antara rukun dan maqam dan kedua-duanya adalah benar dan tidak ada masalah atasnya:

Pertama, selepas melaksanakan bai'ah kepada Imam Mahdi (as) di antara rukun dan maqam bai'ah juga diambil dari ansarnya untuk washinya Mahdi pertama dari keturunannya. Ini adalah sunnah yang mengikuti satu kelangsungan yang sama dengan Imam Ali (as) washi Rasulullah (S) dan Mahdi pertama dan washi Imam Mahdi (as), maka Rasulullah (S) telah mengambil bai’ah umat Islam untuk washinya Ali bin Abi Talib (as) Dalam kejadian di rumah baginda ketika baginda memanggil kaum kerabatnya dan memasakkan mereka kaki kambing, serta pada hari Ghadir yang terkenal itu.

Dan ini tidak ada apa-apa percanggahan antara riwayat-riwayat terutamanya jika kita memperhatikan bahawa berlaku bai’ah washi tidak membatalkan bai’ah Imam Mahdi (as) dan tidak boleh mengatakan bahawa bai’ah washi adalah satu-satunya bai’ah atau memandang ringan bai’ah di antara rukun dan maqam, Fikirkanlah.

Kedua, Imam Mahdi (as) mewakilkan washinya untuk mengambil bai’ah bagi pihaknya dari Ansar di antara rukun dan maqam, dan dalam keadaan ini, bai’ah bergabung dengan Imam Mahdi (as), kerana seruan dan pengurusan mereka dan adalah bergabung kepada washi, ia diambil terus dari Imam Mahdi (as) [378].
                      
Dan makna ini terkandung dalam Al-Quran, kekerapan yang disebabkan oleh penangkapan kehidupan kepada Allah:
﴿اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا﴾
Allah memegang jiwa-jiwa (diri) ketika matinya, [379]

dan kadang-kadang mengaitkan mengambil nyawa kepada Malaikat maut:
﴿قُلْ يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ﴾
"Katakanlah: "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu) [380],

Dan ketiga kalinya dikaitkan mengambil nyawa oleh malaikat:
﴿تَوَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ﴾
malaikat mencabut nyawa mereka [381], dan Kalam Allah tidak bercanggah. Maka dikaitkan mencabut nyawa kepadaNya SWT kerana Dia pengatur dan Dialah yang mengawalnya, Malaikat dan Malaikat maut tentera di sisiNya, mereka tidak akan mendahuluiNya dengan perkataan atau dengan perintahNya, mereka bekerja dan pekerjaan mereka adalah pekerjaan Allah; kerana mereka ditugaskan kepadanya untuk mengambil nyawa, dan juga pekerjaan mereka dikaitkan dengan mereka untuk memindahkan tugas ini. Maka bai’ah di antara rukun dan maqam boleh menjadi satu perlakuan oleh washi Imam Mahdi (as) bagi pihaknya, maka ia adalah bai’ah kepada Imam Mahdi (as), kerana ia melaksanakan perintahnya, dan bai’ah kepada washinya adalah arahannya, terutamanya jika kita memperhatikan bahawa terdapat beberapa riwayat yang nashnya untuk itu.

Riwayat berikut menyatakan bahawa ada penolong kepada Imam Al-Mahdi (as) Dia menolong Imam Mahdi (as) menerima bai’ah dari manusia:

Dari Al-Baqir (as), dia berkata dalam satu hadits yang oanjang: (... dan kemudian bangkit seorang lelaki dari sulbi bapanya, Dia seorang manusia yang hebat tubuhnya dan hatinya memberi semangat kepada mereka yang bertentangan dengan pemilik urusan ini, dia berkata: Apa yang akan engkau perbuat, Demi Allah engkau akan mengejutkan manusia, mengejutkan binatang ternak, adakah ia janji dari Rasulullah atau apa?! berkata Maula, yang merupakan penguasa bai’ah,: Allah akan mendiamkan, atau untuk memberhentikan, yang ada pada kedua matamu . Lalu Al-Qaim berkata: Diamlah wahai Fulan, Demi Allah bahawa bersamaku ada janji Rasulullah (S) Lalu mereka berkata: Semoga Allah menjadikan aku tebusanmu, hulurkan kepalamu agar aku menciumya, maka dihulurkan kepalanya lalu aku mencium antara kedua matanya, kemudian berkata: Semoga Allah menjadikan aku tebusanmu, perbaharui bai’ah kamu, lalu mereka memperbaharui bai’ah...) [382].

Selepas melihat sesuatu yang penting dalam riwayat ini, saya tinggalkan pada waktunya yang saya katakan, Maula penguasa bai’ah telah menyebutkan bagi pihak Imam Mahdi (as) dan ia kelihatan bahawa perjanjian yang dikeluarkan oleh Imam Mahdi (as), bagi menunjukkan wasiat Rasulullah (S) pada malam kematian baginda; kerana ianya adalah perjanjian yang dinyatakan dalam kebanyakan riwayat.

Juga dinyatakan sebutan Maula ini di dalam beberapa riwayat, termasuk riwayat yang berikut, yang menerangkan keghaiban Imam Mahdi (as) dan mengarahkan satu-satunya Maula, yang menunjukkan kedudukan Imam Mahdi (as).

Riwayat ketiga: Dari Hazhlam bin Bashir katanya: Aku berkata kepada Ali Bin Al-Hussein (as): susunkan padaku keluarnya Al-Mahdi dan kenalkan padaku dalil-dalil dan alamat-alamatnya, beliau berkata: (akan berlaku sebelum kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah Auf Al-Silmy di bumi Al Jazirah (Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah di masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Shuaib bin Saleh dari Samarqand, dan kemudian Al-Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Wadi Al-Yabis dan beliau adalah anak kepada Utbah bin Abi Sufyan, apabila Al-Sufyani muncul, Mahdi akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu.) [383].

Imam Sajjad (as) mengatakan pada akhir riwayat ini: (apabila Al-Sufyani muncul, Mahdi akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu) tafsirannya menghangatkan sebahagian ulama dan para pengkaji, kerana ia tidak terpakai kepada Imam Mahdi (as), kerana riwayat ini yang menyatakan bahawa Imam Mahdi (as) telah wujud sebelum kemunculan Al-Sufyani, dan ini adalah bertentangan dengan banyak riwayat dan yang mutawatir, yang menyatakan bahawa Al-Sufyani keluar sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as) pada tempoh lima belas bulan atau sekurang-kurangnya lapan bulan, iaitu: Al-Sufyani adalah alamat dari alamat-alamat sebelum bangkitnya mam Mahdi (as) iaitu sebelum bangkitnya (as). Bagaimanakah Imam Mahdi muncul sebelum keluarnya Al-Sufyani dan kemudian menghilang ketika dia keluar dan kemudian muncul selepas itu? Sesetengahnya telah terpaksa mentakwilkan riwayat ini dengan cara yang jauh dari kenyataan.

Sebenarnya ini adalah perkara-perkara yang para imam cuba sembunyikan di dalam kata-kata mereka dan menyamarkan manusia sebagai dalil bahawa apa yang dimaksudkan dengan (Al-Mahdi) dalam riwayat ini dan seumpamanya bukanlah Imam Al-Hujah Muhammad bin Al-Hasan (as), kerana ia muncul selepas Al-Al-Sufyani bukan sebelumnya, tetapi maksudnya ia adalah Mahdi pertama dari keturunan Imam Mahdi (as) yang disebut oleh Al- Rasul (S) dalam wasiat baginda, menyifatkan orang yang pertama beriman dan Mahdi yang pertama, dan dialah yang menerima wasiat dari Imam Mahdi (as) apabila dia mati, dan beliau juga berkata bahawa dia dibai’ah di antara rukun dan maqam.

Dengan cara ini rahsia itu didedahkan dan percanggahan antara riwayat ini dengan riwayat-riwayat yang lain diselesaikan dan menjadikan maksudnya adalah washi kepada Imam Mahdi (as) dan Mahdi yang pertama dari keturunannya, yang akan keluar sebelum Al-Sufyani kemudian menghilang apabila keluar Al-Sufyani dan kemudian muncul semula selepas itu dan memerangi Al-Sufyani dan menolong dan membuka jalan bagi bangkit bapanya Imam Mahdi (as) .

Riwayat keempat: dikeluarkan oleh Al-Syeikh Al-Mufid (rahumahu Allah) dalam Al-Irsyad dari Al-Redha (as), beliau berkata: (Seolah-olah aku sedang melihat panji-panji berwarna hijau yang datang dari Mesir, sehinggalah kemudiannya akan keluar lelaki dari Shams, yang semakin mendekati anak Pemilik wasiat) [384].
         
Selepas menyedari apa yang dinyatakan sebelum ini kajian menunjukkan bahawa riwayat ini terpakai kepada washi Imam Mahdi (as), yang membuka persediaan negara bapanya, Imam Mahdi (as) tidak terpakai kepada orang lain, sebab ia adalah anak kepada Pemilik wasiat, iaitu: wasiat-wasiat para nabi dan imam-imam (as), yang ia dimantapkan oleh Al-Qaim Al-Hujah Ibn Al-Hasan (as), oleh itu yang dinyatakan dalam wasiat Al-Rasul (S) sebagai (Simpanan Aali Muhammad), dan dalam riwayat Imam Al-Shadiq (as): (Penyimpan belum diserahkan), iaitu Penyimpan (pemelihara) kepada wasiat-wasiat para nabi dan imam-imam (as), dia adalah pewaris mereka.

Disebutkan riwayat bahawa panji-panji petunjuk diberikan kepada anak Pemilik wasiat, iaitu dibai’ah anak dan washi Imam Mahdi (as), dan bai’ah yang ditekankan oleh Al-Rasul (S) dan para Imam (as) dalam beberapa riwayat yang dipetik sebahagian daripadanya sebelum ini (maka berbai’ah kepadanya kerana dia adalah Khalifah [Allah] Al-Mahdi) dan (Maka datanglah kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji). Sebagai tambahan kepada riwayat yang diwajibkan mengikut Al-Yamani dan menolongnya, Seperti yang akan dinyatakan, InsyaAllah, berakhir [385]-

Dan lebih banyak lagi terdapat dalam kitab ini dan kitab-kitab ansar Imam Mahdi (as) yang lain.


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy


✡✡✡✡✡


----------------------------
[366] - Al-A3raf 7:143.
[367] - Kifayat Al-Atsar, hal 262.
[368] – Al-Ihtijaj, jilid 2, hal 221].
[369] - Al-Amal oleh Al-Shaduq: hal 601, Al-Tauhid: hal 118.
[370] - Mishbah Al-Faqahah Al-Muhaquq Al-Khoei: J 2 hal 511 N. Kaki 2.
[371] - Dhakhair Al-3uqba: hal 58.
[372]- Al-Arba3un Haditsan oleh Muntajib Al-Din Bin Biabawaih: hal 20.
[373] - Al-Irsyad hal; 138.
[374] - Musnad Ahmad:.. J 1, hal 84, Sunan Ibn Majah: J 1, hal 45, Mujma3: Al-Zawaid J 7 hal 17, hakhair Al-3uqba: hal hakhair Al-3uqba: hal 67..
[375] - Ghaibah Al-Tusi: hal 305.
[376] – Al-Usul Al-Sitta 3asyr hal 79.
[377] - Ilzam Al-Nashib: J 2 hal 96.
[378] - Abu Abdullah (as), beliau berkata: (Bahawa Allah mewahyukan kepada Imran sesungguhnya Aku mengurniakan buat kamu zikir yang sama rata...sehinggalah kepada katanya: Apabila kami berkata mengenai seoarang lelaki dari kalangan kami, dan dia adalah anak atau anak kepada anaknya maka janganlah kamu ingkari yang demikian itu.) Al-Kafi : 1 hal. 535
Daripada Abi Abdillah (as) telah berkata: Apabila kami telah berkata pada seorang lelaki akan satu percakapan, yang tidak akan terjadi padanya melainkan pada anak atau anak kepada anaknya, maka janganlah kamu ingkari yang demikian itu, sesungguhnya Allah Taala berbuat apa yang dikehendakiNya.”) Al Kafi :. J 1, hal 535.
Dari al-Fadhil ibn Yasar, dari Abi Jaafar (as), katanya, dia berkata: Aku berkata kepadanya: Adakah ini masanya? Dia berkata: "Mereka mendustakannya, mereka mendustakannya, bahawa Musa (as) ketika dia pergi mengunjungi Tuhannya dan berjanji kepada mereka tiga puluh hari, Orang-orangnya berkata kepadanya: Musa telah meninggalkan kami, dan mereka melakukan apa yang mereka lakukan,, Maka apabila kami bercakap dengan kamu dan bercakap tentang apa yang berlaku kepada kami, mereka berkata: Maha benar Allah, dan jika kami bercakap dengan kamu, itu bertentangan dengan apa yang kami katakan kepada kamu, mereka berkata: Maha benar Allah, pahala mereka dua kali) Ghaibah Al-Nu3mani:. hal 305.
Dari Abu Jaafar berkata dalam hadith dia berkata: "Tetapi jika kita mengatakan sesuatu seperti itu, maka seperti yang kami katakan, mereka berkata: Maha benar Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya tidak, mereka berkata: Maha benar Allah dan Rasul-Nya pahala dua kali ....) Bihar Al-Anwar: J 4 hal 99..
Dan dari Abi Khadijah, berkata: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Barangkali lelaki itu menegakkan keadilan atau menganiaya dan dikaitkan dengannya dan dia tidak berbuat demikian, sehingga anaknya atau anak-anak selepanyas maka dia adalah dia,) Al-Kafi :. J 1, hal 535.
Dari Abi Hamza Al-Tsamali katanya, berkata Abu Jafar dan Abu Abdullah (as): (Wahai Aba Hamzah jika kami berbicara kepada kamu perkara yang datang dari sini lalu ia datang dari sini Maka sesungguhnya Allah menjadikan apa yang Dia kehendaki, dan jika kami berbicara kepada kamu hari ini dengan ucapan yang khilaf esoknya Maka sesungguhnya Allah berpaling dari apa yang Dia kehendaki dan meneguhkannya) Bihar Al-Anwar: J 4 hal 119.
Dan dari Abi Ubaydah Al-Hada’, beliau berkata: Aku bertanya kepada Aba Jaafar (as) mengenai perkara ini, bila akan terjadi? Beliau berkata: (Jika kamu berharap bahawa dia akan datang kepadamu dari muka kamu, maka dia akan datang kepadamu dari muka kamu, jadi janganlah kamu menafikannya) Al-Imamah Wal-Tabshirah:. hal 94.
[379] - Al-Zumar 39: 42.
[380] - Al-Sajdah 32:11.
[381] – Muhammad 47:27.
[382] - Bisyarah Al-Islam: hal.227
[383] - Ghaibah Al-Tusi: hal 294..
[384] - Al-Irsyad, hal 250.
[385] - berdasarkan dari buku Al-Washiah Wal-Washi
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan