Halaman

Isnin, 1 Julai 2019

Soalan / 290: Menghadapi Kerenah Dakwah


Soalan / 290: Menghadapi Kerenah Dakwah

Saya mendapat tahu mengenai anda melalui salah seorang daripada saudara - orang Mesir. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenainya. Kerana saya rasa bahawa kebenaran bersama anda. Saya telah mencari selama bertahun-tahun, Sekarang saya bermasalah dengan tuan-tuan Al-Marajik, dengan itu saya meminta jawapan dari anda.

Pengirim: Abu Fatimah – Mesir

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Saudara Abu Fatimah ...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudara, dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah lanjutan kepada dakwah daripada para Nabi dan Rasul serta Imam-imam (as), dan pendekatannya adalah Tsaqalan (Tsaqalain – dua rujukan utama) Al-Quran dan Sunnah suci Al-Rasul Muhammad (S) serta keluarga suci baginda (as), yang menolak semua penyelewengan dari Manhaj Ilahiyah yang suci ini yang dinashkan Al-Rasul Muhammad (S) dalam beberapa tempat kepada mereka yang meninggalkan kedua-duanya atau salah saru daripadanya tidak dapat tidak akan binasa. Dengan dakwah yang mulia ini ia adalah untuk mempersiapkan bangkitnya Imam Mahdi (as), ianya tidak mengenal tenang, pujian dan tawar-menawar selamanya. serta tidak sempat meletakkan titik-titik pada huruf-huruf, dan tidak berhenti dalam menghadapi semua penyelewengan tanpa mengira dibenci oleh orang yang melihat atau mendengar. Kebenaran adalah yang benar untuk diikuti dan tidak ada selepas kebenaran itu, melainkan kesesatan yang nyata. Janganlah merasa sedih dengan jalan kebenaran oleh sedikitnya pengikut, seperti yang diriwayatkan dari para imam (as) [364].

Adalah lumrah ditemui bahawa kebanyakan ulama akhir zaman berdiri di hadapan dakwah yang benar ini, yang tidak terhad kepada sirah perjalanan hidup para nabi dan Imam-imam (as); kerana ia diberitahu oleh Al-Rasul Muhammad (S) dan Imam yang ma'sum (as), di mana mereka (as) memberi khabar penderitaan Imam Mahdi (as) dari para ulama akhir zaman yang tidak beramal, yang takut demi kedudukan mereka dan pengaruh mereka ... dan lain-lain, dan ini adalah apa yang berlaku kepada para nabi (as) dan Imam-imam (as); berapa ramai yang menderita oleh ulama di zaman mereka [365].

Kettahuilah bahawa para Imam (as) telah menggambarkan zaman ini, zaman di mana kebenaran adalah dusta dan pendusta itu diperakui dan bahawa manusia menyebelahi orang biadab yang rendahan yang melaungkan segala yang tidak berguna, Agama mereka adalah wang, kiblat mereka dan isteri-isteri yang mabuk kebingungan, mereka bukan Muslim mahupun Kristian, dan orang-orang yang mencintai kebenaran sangat sedikit dan dianggap seperti orang-orang asing yang terbuang di hadapan orang ramai..... dan lain-lain

Anda seharusnya melihat kitab-kitab Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan kitab-kitab ansar Imam Mahdi (as), nescaya kita tidak kekal dalam masalah yang tidak terjawab dan dengan bukti-bukti yang paling jelas, kerana ilmu dan makrifah adalah senjata orang mukmin dalam meneguhkan aqidah dan kebenaran.

Sekiranya terdapat masalah-masalah baru dan tidak terdapat dalam sumber-sumber terbitan kami, maka hantarkanlah kepada kami dan kami sedia berkhidmat, Insyaallah.

Semoga Allah meneguhkan kita dan semoga kamu menolong Muhammad dan keluarga Muhammad (as).

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy




✡✡✡✡✡


---------------------
[364] - Amirul Mukmin Ali bin Abi Talib (as) berkata: (Wahai manusia janganlah kamu merasa sedih dengan jalan bimbingan (Al-Hadi) kerana sedikit pengikutnya) Nahj Al-Balaghah dengan ulasan Muhammad Abduh: J 2 hal 181.
[365] - Lihat beberapa jawapan ansar Imam Mahdi (as) yang dikemukan untuk menegakkan hakikat dakwah, ia telah menyebutkan banyak riwayat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan