DIA
MEMBAWA NASH LANTIKAN DARI ALLAH DAN RASUL
DIA MEMBAWA  ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH
MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH
MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI
Peraturan
  Mengenal Hujah Allah 
c. Seruan Mentaati Khalifah Allah. – Bai’atu Lillah 
بسم الله
  الرحمن الرحيم 
والحمد لله
  رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً. 
Syed
  Ahmad Al-Hassan datang dengan membawa dalil-dalil perlantikan atau wasiat
  Rasulullah dan beliau memiliki Ilmu dan Hikmah untuk disebarkan kepada semua manusia dari
  riwayat-riwayat (hadits-hadits) dan apa yang dinyatakan dan diturunkan di
  dalam kitab Allah, Taurah dan Injil dan Al-Quran dan Suhuf Ibrahim dan Nuh
  (as) dan datang dengan ilmu dalam teori-teori saintifik (ilmiah), untuk
  menghujjah atheis yang tidak percaya kepada tuhan. 
Kemudian Allah mengarahkan
  mereka yang menyembahNYA pada waktu tersebut iaitu para Malaikat dan Iblis
  untuk sujud kepada Adam a.s, sepertimana dalam firmanNYA:  
﴿فَإِذَا
  سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾ 
“Kemudian apabila Aku sempurnakan
  kejadiannya, serta Aku tiupkan padaNya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah
  kamu sujud kepadanya”
  (Al-Hijr 15:29),  
 | 
  
 
c.   
  Seruan mentaati khalifah Allah. – bai’atu Lillah 
6.   
  Siapa yang menyeru supaya beriman dengan Al-Mahdi dan apakah tindakan
  penyeru (Al-Mahdi) dan umat manusia. 
 | 
 
Dan 
﴿وَإِذْ قُلْنَا
  لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ
  الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ
  أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ
  بَدَلًا﴾ 
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami
  berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud
  melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka
  terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis
  dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah
  musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang
  mereka pilih itu”. (Al-Kahf 18:50) 
Ketiga-tiga syarat ini adalah
  peraturan yang ditetapkan Allah SWT dalam mengenali hujahNYA atas umat
  manusia dan khalifah Allah SWT di muka bumiNYA. Ianya adalah Sunnah Allah
  (Aturan Allah) yang telah ditetapkan dalam mengenali khalifah Allah sejak
  dari hari pertama penciptaan Adam a.s lagi. Ianya akan terus berkekalan
  sehingga pengakhiran dunia iaitu hari Kiamat, sebagaimana firmanNYA: 
﴿سُنَّةَ اللَّـهِ
  فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ
  تَبْدِيلًا﴾ 
“Yang demikian adalah menurut
  "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang berlaku kepada
  orang-orang yang telah lalu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati
  sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu”. (Al-Ahzab 33:62) 
﴿سُنَّةَ اللَّـهِ
  الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ
  تَبْدِيلًا﴾ 
"Sunnatullah" (peraturan Allah)
  yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati
  sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu”. (Al-Fath 48:23) 
Peraturan Ilahi Dalam
  Penentuan Imam, Ketua Dan Khalifah Allah Adalah Bersesuaian Dengan Fungsi
  Akal Yang Sihat.  
Secara logiknya mana-mana
  insan yang memiliki kilang, ladang, kapal atau apa sahaja yang melibatkan pekerja
  yang bekerja untuknya. Hendaklah dia menentukan salah seorang daripada
  pekerja-pekerjanya untuk menjadi ketua dan dijelaskan namanya agar tidak
  berlaku anarki. Perlantikan ini juga perlu ditetapkan pada orang yang paling
  tahu dan berkelebihan, serta diarahkan semua pekerja agar mentaati ketua
  tersebut dalam melaksanakan apa yang diinginkannya. Kegagalan pemilik untuk
  berbuat demikian pasti akan mengakibatkan impiannya hancur musnah kerana
  ketiga-tiga aspek ini menggambarkan kebijakan seseorang. Oleh itu, sekiranya
  kita berkeyakinan bahawa kesemua aspek ini adalah keperluan bagi manusia yang
  bergelar pemilik, bagaimana pula kita mengharuskan salah satu dari tiga aspek
  ini ditinggalkan Allah SWT, sedangkan DIA SWT adalah Pemilik dan Penguasa
  mutlak buat semesta alam ini?  
Pelbagai contoh pemilik bot,
  kilang, ladang atau apa sahaja yang memerlukan sekumpulan orang yang bekerja
  untuknya, bukankah dimestikan padanya untuk menentukan kapten botnya,
  pengarah kilangnya atau ketua bagi mereka? Jika dia meninggalkan perkara
  tersebut sehingga menyebabkan tenggelamnya bot atau musnahnya kilang atau
  berlaku sesuatu yang berbahaya, maka sudah tentu pemilik itu dianggap bodoh
  atau tidak bijak. 
Tetapi setelah ditetapkan
  kapten bot, pengarah kilang atau ketua dan ternyata bukanlah yang paling
  berkebolehan dalam bidangnya. Ini pasti mengakibatkan kekurangan dalam
  pengeluaran kilang atau berlakunya sesuatu yang menyebabkan bahaya tertentu
  seperti tenggelamnya bot disebabkan kejahilan ketua ini dalam mengendalikan
  prosedur-prosedur dan operasi berkaitan botnya. Sudah tentu pemiliknya akan
  dipersalahkan dan dicop sebagai bodoh atau tidak bijak. Ianya adalah satu
  kemestian dan keperluan untuk memilih yang paling tahu di kalangan pekerjanya
  atau melengkapkannya dengan ilmu sepatutnya agar berkelayakan dan
  berkemampuan dalam memimpin bot untuk kembali semula ke darat dengan aman dan
  mengoperasikan kilang sehingga memperolehi pengeluaran terbaik. 
Setelah itu, pemilik tersebut
  perlu mengarahkan pekerja-pekerjanya untuk mematuhi orang yang dilantiknya
  itu. Jika tidak ianya akan menyebabkan pekerja-pekerjanya bertindak sesuka
  hati mereka setelah tidak diarahkan untuk berbuat demikian?. Bila berlakunya
  anarki, maka sudah tentulah pemiliknya akan dianggap sebagai kurang bijak
  atau bodoh kerana tiada faedahnya menetapkan kepimpinan atau ketua yang
  berkelayakan, sekiranya tidak diarahkan mentaatinya. Tidak akan ada orang
  yang berakal lagi bijaksana akan berpendapat selain daripada ini iaitu wajib
  ditentukan ketua yang mempunyai ilmu atau kepandaian yang mencukupi serta
  diwajibkan untuk mematuhi arahannya. 
Ini semua dibuktikan di dalam
  Al-Quran bilamana Allah SWT menetapkan peraturan ini bersama-sama dengan
  penentuan Adam a.s sebagai khalifah Allah yang pertama di atas muka bumiNYA.
  Ini adalah peraturan dalam mengenali khalifah Allah atau hujahNYA ke atas
  hamba-hambaNYA, sekaligus peraturan dalam mengenal Allah SWT kerana dengan
  mengenali khalifah Allah ini, maka akan dikenali Allah SWT. Peraturan Ilahi
  ini disebutkan dalam firmanNYA seperti berikut: 
﴿وَإِذْ قُلْنَا
  لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ
  الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ
  أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ
  بَدَلًا﴾ 
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
  malaikat: SesungguhNya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka
  bertaNya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau
  (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana
  dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih
  dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: SesungguhNya Aku
  mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah 2:30) 
﴿وَعَلَّمَ آدَمَ
  الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ
  أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾ 
"Dan Dia telah mengajarkan Adam,
  akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkanNya kepada
  malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini
  semuaNya jika kamu golongan yang benar”.
  (Al-Baqarah:31) 
﴿فَإِذَا
  سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾ 
“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,
  serta Aku tiupkan padaNya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud
  kepadanya”. (Al-Hijr:29) 
Malahan terdapat banyak teks
  di dalam kitab Taurat dan Injil yang menerangkan hal yang serupa iaitu
  peraturan dalam mengenali khalifah Allah atau peraturan dalam mengenal Allah
  SWT, sepertimana yang telah diterangkan. 
Persoalannya, siapakah
  pemegang wasiat (Washiy) Rasulullah (S)? siapakah orang yang paling alim
  selepas Rasulullah (S) ? Siapakah yang diarahkan oleh Rasulullah (S)
   dengan perintah Allah SWT supaya ditaati selepasnya? Peribadi yang
  melengkapi ketiga-tiga peraturan Ilahi ini mestilah wujud pada setiap zaman.
  Jika ada yang mengatakan ianya tidak wujud, maka dia telah menuduh Allah SWT
  sebagai tidak bijaksana? Siapakah yang ingin berkata sedemikian? Soalan ini
  hendaklah dijawab dengan hati yang insaf dalam mencari kebenaran. 
Di samping itu, jika kita
  renungi mereka yang menolak untuk tunduk kepada perintah Allah SWT, tidak
  menerima kewujudan perantara antaranya dan Allah SWT, dan membantah untuk
  menjadikan Adam a.s sebagai kiblatnya kepada Allah SWT adalah Iblis
  Laknatullah (Tawus Al-Malaikah) sejak dari mula lagi. Ya, diulang sekali lagi
  bahawa yang membantah untuk sujud kepada Adam a.s adalah Tawus Al-Malaikah
  iaitu yang paling alim dan paling banyak ibadahNya kepada Allah SWT di
  kalangan Malaikat. Seharusnya kita mengambil iktibar dan bertadabbur dalam
  dalam menjawab persoalan yang telahpun disebutkan Allah SWT dalam
  firmanNYA:  
﴿وَإِذْ قُلْنَا
  لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ
  فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ
  أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ
  بَدَلًا﴾ 
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman
  kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan
  iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap
  perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan
  keturunanNya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain
  daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi
  orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu”. (Al-Kahf:50) 
Perincian Peraturan Ilahi
  Bagi Mengenal Khalifah Allah 
Peruntukan Ilahi ke atas Adam
  a.s berubah ke dalam bentuk wasiat disebabkan wujudNya khalifah terdahulu
  bilamana dinaskan atau diperuntukkan ke atas orang selepasnya dengan perintah
  Allah SWT berdasarkan kewajipannya sebagai khalifah Allah di muka bumiNYA,
  sebagaimana yang difirmankan:  
﴿إِنَّ اللَّـهَ
  يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم
  بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا
  يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴾ 
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
  menyerahkan segala jenis amanah kepada ahliNya (yang berhak menerimanya) dan
  apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
  menghukum dengan adil. sesungguhnya Allah itu memberi pengajaran yang
  sebaik-baiknya kepada kamu. sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi
  sentiasa Melihat”. (Al-Nisa’:58) 
Tujuan Allah SWT mengajarkan
  Adam a.s nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkannya akan hakikat sebenar
  nama-nama ketuhanan, memperelokkan dia dengannya dan memanifestasikanNya pada
  dirinya sebelum bergelar khalifah Allah di muka bumiNYA. Maka tindakan Adam
  a.s menerangkan kepada para Malaikat nama-nama tersebut adalah untuk
  mengenalkan mereka akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, yang mana
  diciptakan mereka daripadanya. Oleh itu Allah SWT mengenalkan Adam a.s akan
  kesemua Nama-nama ketuhanan bersesuaian dengan kedudukannya sebagai khalifah
  Allah. Adapun di kalangan Malaikat tiada satu pun yang tahu melainkan hanya
  satu atau beberapa nama yang diciptakan mereka daripadanya. Dengan ilmu dan
  hikmah ini, maka terbuktilah hujah Adam a.s sebagai khalifah Allah SWT ke
  atas para Malaikat. 
Perkara
  ketiga di dalam peraturan Ilahi ini ialah arahan Allah SWT kepada para
  Malaikat dan Iblis untuk sujud kepada Adam a.s. Ini bagi mempraktikkan
  perbuatan yang perlu dilakukan oleh khalifah Allah selaku individu yang
  diamanahkan khilafah padanya. Ia juga bagi mempraktikkan peranan yang perlu
  dimainkan oleh wakil-wakil (Malaikat) Allah SWT selaku pekerja dan penuntut
  di sisi khalifah Adam a.s. Sekaligus menetapkan bahawa Ketuanan dan Kekuasaan
  Allah SWT di atas muka bumiNYA hanya dapat direalisasikan dengan mentaati
  khalifah Allah di muka bumiNYA. Hal yang sama juga berlaku pada semua Rasul
  termasuk Nabi Muhammad (S) , di mana mereka a.s membawa panji yang sama iaitu
  kepatuhan (Bai’ah) hanya kepada Allah
  atau Ketuanan dan Kekuasaan hanya untuk Allah SWT. Kesemua mereka a.s
  berhadapan dengan tentangan orang-orang yang ingin mengekalkan status quo
  iaitu Ketuanan Manusia dan sekaligus menolak Ketuanan dan Kekuasaan Allah
  SWT, sehinggakan mereka a.s sentiasa dicurigai disebabkan tuntutan dan
  pertentangan ini. Isa a.s dikatakan datang untuk menuntut pemerintahan Bani
  Israel, sepertimana yang dituduhkan musyrikin Quraysh kepada Nabi Muhammad
  (S)  : “bukan Syurga dan bukan
  Neraka tetapi kekuasaan yang diinginkanya”
  atau dengan kata lain Muhammad (S)  diutuskan untuk menuntut kekuasaan
  bagi diri dan keluarganya. Tuduhan yang sama juga dilemparkan kepada Ali a.s
  sebagai gilakan takhta kekuasaan. 
Namun bagi pengkaji-pengkaji
  sirah, hakikat sebenar yang berlaku adalah sebaliknya kerana penolakan mereka
  a.s terhadap dunia serta segala perhiasan yang ada di dalamnya samada berupa
  harta benda atau pangkat kekuasaan adalah amat nyata sekali. Mereka a.s hanya
  melaksanakan perintah Allah SWT supaya menuntut pengembalian Ketuanan dan
  Kekuasaan Allah SWT di muka bumiNYA. Malah mereka a.s mengetahui bahawa
  manusia tidak akan sekali-kali menyerahkan kekuasaan tersebut kerana akan
  ditentang dengan cara diperlekeh, dihina, dikeji, cubaan bunuh dan
  dipenjarakan. Inilah yang berlaku kepada pengganti serupa Isa a.s bilamana
  dipakaikan mahkota duri dan diperlekehkan sebelum dia disalib. Hal sedemikian
  juga berlaku kepada Ali a.s bilamana dipecahkan pintu rumahnya sehingga
  menyebabkan remuk tulang rusuk isterinya Fatimah a.s, serta diheret keluar
  secara paksa sedang pedang-pedang berkilauan di mukanya. Musa ibnu Jaafar
  Al-Kadzim a.s juga dipenjarakan sehingga maut bilamana dia a.s menetapkan
  sempadan Fadak sebagai Kekuasaan dan khilafah Allah di muka bumiNYA. 
Beginilah
  tanggapan biasa orang-orang jahil yang sentiasa beranggapan bahawa tuntutan
  empunya sebenar kekuasaan Ilahi sebagai alasan untuk menjatuhkan mereka,
  sambil meneriakkan di muka empunyanya bahawa kedatangannya untuk menuntut
  kekuasaan bagi kepentingan dirinya sendiri. Hakikat sebenarnya bukan itu yang
  diinginkan oleh khalifah Allah ini dalam menuntut kekuasaan dunia, kerana dia
  sedia maklum bahawa tuntutannya ini akan menjadi sebab utama kehormatannya
  dicela dan diperlekehkan serta bakal ditentang hebat oleh mereka yang jahil
  ini. Malahan mereka yang jahil ini akan menggunakan cara yang biasa digunakan
  oleh kebanyakan manusia iaitu jalan tipu daya dan pemalsuan atau pembunuhan
  dan ancaman ketakutan untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Ini terbukti
  bilamana Ali a.s menuntut kekuasaan dan berkata “aku adalah pemegang wasiat Rasulullah (S)
   dan aku adalah khalifah Allah di muka bumiNYA”, Namun hakikat sebaliknya yang berlaku iaitu Abu
  Bakar bin Quhafah yang mendapat kekuasaan duniawi, yang kemudiannya berkata “perbetulkanlah aku kerana aku bukanlah yang
  terbaik di kalangan kamu”.
  Dalam situasi ini, Adakah Ali a.s yang tamakkan dunia atau Abu Bakar yang
  zuhud akan kekuasaan dunia? Sedangkan Abu Bakarlah yang mengingkari hak Ali
  a.s sebagai khalifah Allah dan mengingkari wasiat Rasulullah (S)  kerana
  berkehendakkan kekuasaan dunia? Apakah rasionalnya??? 
Secara
  khususnya wasiat didatangkan bersama-sama dengan pemegang-pemegang wasiat
  (Aushiak) a.s sebagai menguatkan tuntutan mereka a.s di masa yang paling
  sukar. Sebagai contoh Hussain a.s dalam peristiwa karbala berkata kepada
  mereka yang memeranginya: ”carilah
  di muka bumi ini orang yang paling hampir dengan Muhammad (S)  nescaya
  kamu tidak akan menjumpaiNya selain aku”
  (انا سبط محمد
  الوحيد على هذه الأرض). seterusnya Hussain a.s menguatkan tuntutannya dengan wasiat dan nas
  Ilahi:  
                                               ﴿ذُرِّيَّةً
  بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾          
“Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal
  dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi
  sentiasa Mengetahui”
  (Ali-Imran:34).  
Mereka yang memahami ayat ini
  akan cepat mengetahui bahawa Hussain a.s hendak memberitahu tentang wasiat
  yang ada berserta dengannya a.s kerana dia a.s adalah satu-satunya zuriat
  yang diamanahkan khilafah dan masih hidup.  
Peraturan Ilahi Di Zaman
  Kemunculan Imam Mahdi a.s 
Setelah kita mengetahui
  kewujudan peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah di muka bumiNYA
  sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga ditunjukkan oleh para
  Nabi dan Rasul Alaihimussalam. Maka perlulah kita memanfaat dan beramal
  dengan peraturan Ilahi di zaman kemunculan yang suci ini iaitu zaman keluarga
  Muhammad kerana mereka yang tidak mempraktikkan peraturan ini adalah terdiri
  daripada pengikut-pengikut Iblis LA sepertimana yang diterangkan sebelum ini.
  Di dalam kitab injil juga diterangkan tentang Nabi Isa a.s telah menguatkan
  dakwaannya bahawa Nabi-nabi terdahulu di kalangan Bani Israel telah
  menyebutkannya, memberi khabar gembira tentangnya dan berwasiat tentangnya
  dan disebut namanya dalam kitab Taurat. Dia a.s datang untuk mengajarkan
  Al-kitab dan hikmah sambil menegakkan panji Ketaatan kepada Allah dan
  menuntut kekuasaan dan ketuanan Allah SWT di atas muka bumiNYA. 
Begitu juga terdapat banyak
  riwayat di kalangan Ahli keluarga Muhammad (Aali Muhammad) a.s yang menyokong
  fakta berkaitan dengan peraturan Ilahi ini supaya pendokong-pendokong (Syiah)
  mereka tidak tersesat. Tetapi amat malang sekali kerana mereka yang mendakwa
  diri mereka sebagai pendokong-pendokong Ahlulbayt a.s di akhir zaman memilih
  untuk mengingkari dan menentang riwayat-riwayat ini dan juga Al-Quran yang
  mulia. Seterusnya mengikuti jejak langkah Ulamak Pasif (Ghayru Amilin) yang
  menyesatkan mereka serta mencampuradukkan yang hak dengan yang bathil sehingga
  mereka gagal untuk kembali kepada peraturan Ilahi dalam mengenali hujah Allah
  dan khalifahNYA. Peraturan Ilahi ini juga adalah merupakan ujian Allah SWT ke
  atas umat manusia keseluruhannya sepertimana terdapat dalam Al-Quran dan
  telah diterangkan sebelum ini. Semoga mereka yang mendakwa diri mereka
  sebagai pendokong-pendokong Ahlulbayt (Syiah ahlulbayt) dan juga
  penganut-penganut agama yang lainNya dapat memberi perhatian kepada peraturan
  Ilahi ini dan seterusnya dapat menyelamatkan diri mereka dari siksa api
  neraka. 
Oleh itu, sekiraNya datang
  pemilik kebenaran Ilahi iatu pemegang wasiat dan pembawa berita gembira yang
  dikhabarkan oleh para Nabi Allah dan juga rasul-rasul terdahulu, maka akan
  diketahui peribadi tersebut melalui tiga perkara ini: 
 | 
 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan