Kelalaian Dan Kelupaan: 
  
Masalah kelalaian dan
  kelupaan pada manusia adalah umum, ia dikaitkan dalam satu bahagian diri
  manusia, di sisi lain, pada otak, alat biologi )kehidupan) yang berfungsi dalam tubuh
  seseorang manusia yang lengkap. alat biologi ini mempunyai keupayaan terhad, misalnya
  keupayaan otak untuk memberi tumpuan, otak mempunyai keupayaan yang terhad
  untuk menumpukan perhatian dan mengingat,  Sifat  otak sangat
  semula jadi, ia tidak dapat memberi tumpuan dan membuat susulan kepada
  beberapa perkara sekaligus untuk meneliti, maka ia akan  lupa dan terlalai - terutamanya
  dalam berfikir atau terdapat pertindihan atau penerusan (berturut-turut) -  Keadaan semula jadi (tabi’ei)
  manusia tidak bebas darinya (tidak cukup untuknya),  Kerana krisis yang wujud
  di dalam otak fizikal kita tidak boleh menyingkirkannya, perkara begini banyak
  terdapat pada manusia yang cuba untuk mengawal diri mereka daripada kelupaan
  dan kelalaian dengan mencatat nota dalam kertas-kertas sebagai panduan dan pengurusan yang harus mereka dilakukannya, tetapi terdapat
  juga di kalangan mereka yang mempunyai kerja-kerja penting meletakkan orang
  lain untuk mencatat panduan dan pengurusan sebagai susulan (ikutan) dan
  mengingatkan mereka mengenainya, dan terdapat juga pengeluar yang
  mengeluarkan beberapa peralatan yang digunakan oleh manusia dengan meletakkan
  Rangsangan optik (isyarat cahaya) atau alat tiruan; Kerana ada banyak
  bahagian yang memerlukan kawalan, dan mereka tahu melalui pengalaman bahawa
  manusia lalai dan lupa untuk mengawal sebahagian dari sebahagian yang lain. 
Ramai orang yang pergi untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya,
dan kemudian apabila ia sampai di tempat tersebut dia dapati dirinya telah lupa
mengapa dia telah datang ke tempat itu, kerana dalam perjalanannya banyak
perkara yang memenuhi otaknya dari memberi tumpuan kepada perkara yang pertama
yang dicarinya. Orang-orang yang sedang bercakap dalam perkara tertentu tiba-tiba
fikirannya beralih kepada perkara lain dan hanya memberi sedikit tumpuan,
kemudian mahu kembali kepada perkara yang dicakapkannya, dia dapati dirinya
telah lupa apa yang dia cakapkan, dan meminta orang-orang yang ada bersamanya untuk
mengingatkan perkara yang dia  cakapkan.
Ataupun dia mahu bercakap mengenai sesuatu perkara tiba-tiba seseorang   mengalihkan
untuk bercakap perkara lain, lalu dia dapati dirinya telah lupa apa yang ingin dikemukakannya.
Kelupaan dalam semua keadaan ini adalah disebabkan oleh keupayaan otak manusia
untuk memberi tumpuan kepada beberapa perkara pada masa tertentu adalah terhad,
dia sibuk memberi tumpuan kepada perkara tertentu dari perkara lain, ini adalah
satu masalah yang biasa dalam tubuh manusia, bukan  berkenaan dengan roh atau dirinya (nafsnya)  sehingga dipertingkatkannya dan ditinggikan kedudukan rohaninya menyertainya. Hakikat bahawa sifat manusia itu lupa dan lalai
terbina atas masalah pengalaman praktikal, semua orang memandangnya dan mereka akan berusaha
untuk menyedari dengan mengawal keadaannya dan keadaan-keadaan
seluruh manusia yang telah terbukti secara ilmiah, dan manusia yang maksum menyedari keadaan tabi’ei
(semula jadi) dan mengalaminya seperti manusia yang lain, dan dengan itu
menganggap ia terpelihara dari lupa sama ada secara mutlak
atau dalam beribadah memerlukan dalil qat’ei (muktamad), ia mestilah ayat muhkam
atau riwayat-riwayat dan dalil-dalil dari sumber yang sahih atau dalil akal yang
sempurna, ini semua tidak ditemui pada orang-orang yang mendakwa untuk
mempercayai terpeliharanya  orang yang maksum
dari lupa dan lalai secara mutlak atau dalam beribadah. 
 
  
               
Dan terdapat ahli kalam [33] Syiah dan fuqaha’
  mereka yang tidak bersetuju [34] untuk mengatakan mengenai masalah
  lupa dan lalai orang maksum.  Apatahlagi
  yang mempersetujuinya semua ahli kalam dan ulama Islam, Insya
  Allah, akan keluar dari orang mukmin dan pencari kebenaran dalam perkara ini
  dengan hakikat keputusan yang jelas dan nyata kepada masalah lupa dan lalai. Hakikat
  atau kebenaran tidak bersalahan dengan yang muhkam dan keterangan Al-Quran
  yang dinyatakan dalam nash pada Musa dan Yusya’ (as) terlupa akan ikannya:
 
  
  
﴿فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا
  فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا﴾ 
  
 | 
  
 
 
 
 
 
 
Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua
buah laut itu, mereka terlupa akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil
jalannya ke laut itu.[Al-Kahf 18:61],  
  
Iaitu teringgal ikannya; kerana mereka tidak mengingatnya dan lalai
mengenainya, dan demikian juga memelihara maqam (martabat) Khalifah Allah
sebagai ikutan dan penyampai dari Allah SWT, ia mestilah melindung seorang
pemberi peringatan luaran dalam beberapa perkara.  
 
  
  
Pada permulaan
  menyampaikan apa yang saya tulis dalam buku "Perjalanan Nabi Musa, (as)"
  dalam masalah kelalaian, ia pengenalan berguna sebelum membincangkan mengenai
  perkara ini: 
  
  
Kelalaian:: 
  
Kita mesti tahu bagaimana terjadinya
  ingatan dan maklumat pada manusia untuk mengetahui apa yang disebabkan oleh kealpaan
  atau kelalaian pada sesuatu atau sebahagian darinya. 
 
  
  
  
Pengetahuan (maklumat) manusia
  sebahagiannya datang dari alam jasmani ini dari penglihatan dan pendengaran contohnya.
  Sebahagiannya datang dari Malakut Al-A’la (kerajaan langit), seperti apa yang
  datang dari (alam) atas adalah wahyu daripada Nabi-nabi (as) dan mimpi yang
  benar. 
  
Maklumat ini terukir di halaman
  manusia, atau anda boleh memanggilnya tempat ingatan atau maklumat, dan ia ada
  pada nafs (jiwa-diri) manusia iaitu [Roh] dan tidak pada jasad seperti yang
  disangka oleh kebanyakan manusia bahawa ia di dalam otak, tetapi otak betul-betul
  seumpama mesin faks atau telefon, ia bukan tempat menghafal maklumat yang
  berterusan, tetapi ia adalah alat yang menghubungkan maklumat dari dan ke
  hadapan manusia dalam alam jasmani ini. 
  
Maklumat ini terus menerus
  berlaku pada manusia di dalam alam ini, dan ia terus bertambah, sebagai
  contoh, apa yang anda lihat dengan mata dan menyedarinya, apa yang anda dengar
  dengan telinga dan apa yang dibaca, ia adalah maklumat-maklumat yang  terkumpul di dalam nafs (jiwa-diri)
  manusia, dan mengingatnya adalah mengeluarkan maklumat ini dan menghadirkannya
  pada manusia di dunia ini apabila ia menginginkannya. 
  
Apa yang memberi kesan
  pada proses mengingat ini atau pengumpulan maklumat dan mengeluarkannya dari
  ingatan, antara lain; termasuk: 
  
Pertama: Berapa Banyak
  Maklumat, dan berapa banyak kesan maklumat yang perlu diingat di antara
  melalui tempat di mana kita tinggal, keupayaan seorang kanak-kanak, sebagai
  contoh, menghafal yang lebih besar daripada yang lebih utama, dan menghafal (memelihara)
  hanya mengingat maklumat, punca keupayaan kanak-kanak yang
  tinggi untuk mengingat adalah kosong ingatannya dari maklumat terdekat pada mula
  ia mengingatnya. Oleh itu berapa banyak maklumat yang dia telah kumpulkan
  dari masa ke masa pada permulaannya akan berada di bawah kawalan, di mana ia
  mudah untuk disusun dan mendapatkan maklumat tidak seperti yang
  besar yang telah terkumpul maklumat pada jumlah besar yang sukar untuk
  mengawalnya. Dan untuk menjelaskan masalah terkumpul yang besar, saya katakan:
  jika anda mempunyai sesuatu yang sedang anda cari, maka akan menjadi lebih
  mudah anda berhasil jika mencarinya di antara sepuluh perkara daripada jika
  anda mencarinya sehingga seratus perkara. 
  
Kedua:  Nilai Atau Jenis Maklumat, Apa saja maklumat
  di bumi (dunia) tidak seperti maklumat ruang angkasa dan kecanggihan (kompleks),
  Yang terakhir ini boleh diletakkan di dalam ingatan dalam bentuk yang tidak
  teratur dan rawak akibat daripada belum matang sepenuhnya untuk
  melengkapkannya. Oleh itu sukar untuk mengingatinya atau hasilnya dalam
  bentuk yang betul atau semua pecahannya dan kelengkapannya, tetapi walaupun
  ketika menyedarinya dan meletakkannya dengan lebih teratur dan tepat maka untuk
  mengingatnya lebih sukar daripada maklumat bumi; kerana mengingatnya perlu
  ingat semua bahagian yang dikeluarkannya.. 
. 
Ketiga: Jasad (tubuh), ia
  adalah hijab yang memberi kesan  mengingat
  bagi manusia dan bertindak sebagai penutup kepada maklumat yang bertambah tebal
  jika semakin sibuk dengannya untuk membawa perangkap kepadanya dan menolak
  yang bertentangan dengannya, dan menyembunyikan sebagai penutup kepada
  maklumat setiap kali lalai terhadapnya  dikira tumpuan kepada maklumat, tetapi ia
  adalah penting ditinggalkan terus menutup (menghijab) dan ia mempunyai kesan apa
  saja yang terdapat yang diperlukan darinya seperti makan untuk kekuatan. 
  
Keempat: Cahaya Dan
  Kegelapan Dalam Diri Manusia. Maka semakin banyak cahaya akan meningkatlah
  keupayaan untuk mengingat, dan juga semakin kurang cahaya dan semakin meningkatlah
  kegelapan lalu semakin kuranglah keupayaan untuk mengingat, dan kerana inilah
  Yusya’(as) Nabi yang suci (as) apa yang kita harapkan daripada beliau supaya
  tidak menuduh dirinya dengan kelemahan dan kekurangan: 
 
  
  
  
﴿قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي
  نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ
  أَذْكُرَهُ ۚ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا﴾ 
  
 | 
  
 
 
Katanya: "Tidakkah kamu lihat, tatkala
kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa ikan
itu dan tidaklah aku melupakan dari mengingatnya kecuali syaitan dan ikan itu
mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali".[Al-Kahf 18:63]  
  
Itulah kegelapan. 
Kelima: Otak Sebagai Alat Pemindahan Ke Alam Ini Dan Darinya,  Ia mempunyai pengaruh yang besar pada masalah mengingati
pergerakan jiwanya yang betul dan mencapai pengasuhan yang sesuai untuknya,
sebagai contoh, Menjadikannya lebih cekap dan berlaku ketidakseimbangan padanya
atau penyakit yang boleh membawa kepada kehilangan keupayaan untuk mengingat
secara keseluruhan atau sebahagian. Sementara atau kekal. 
  
 
  
Terdapat juga perkara yang
  mesti diberi perhatian kepadanya iaitu  menjadikan maklumat hasil perbuatan di mana seorang
  manusia secara tidak sengaja menghasilkannya, contohnya telah melintas di telinganya
  tanpa mendengarnya,  sebenarnya ia
  mendengar tanpa menghiraukannya, seolah-olah dia telah meninggal tempat itu
  dan dia melihatnya, tetapi tidak mengambil berat untuk memahami butir-butir
  apa yang dilihatnya, ini tidak terletak dan termasuk di dalam masalah
  mengingat; kerana asalnya ia bukan maklumat dari suatu hasil untuk menolongnya
  mengingat atau disifatkan sebagai lalai mengenainya dengan ia melupakannya. 
  
Perkara-perkara yang dinyatakan
  ini mempunyai hubungan terus kepada mengingat secara positif atau negatif,
  tetapi menjadi kebiasaan - pada orang tertentu - semuanya yang tidak memberi
  kesan pada tahap dan arah yang sama: 
  
Sebagai contoh,  seseorang mungkin boleh menemui; disibukkan dengan jasad akan
  memberi kesan negatif kepada keupayaan manusia untuk mengumpul maklumat dari malakut
  lebih baik dari mengingatinya kemudian, dengan bertambahnya cahaya pada
  halaman kewujudan seorang manusia yang memberi kesan positif kepada keupayaan
  manusia untuk mengumpul maklumat, dan lebih baik dari mengingatinya, dan juga
  kadar kesibukan dengan kadar cahaya ini adalah bersesuaian dengan keseimbangan
  mengingat [35] 
  
Untuk itu masalah
  mengingat adalah formula (ibarat) dari  keseimbangan di mana beberapa pembolehubah,
  termasuk lima perkara yang disebutkan di atas, ia adalah amat sukar bahkan ia
  biasanya mustahil untuk mengetahui hasil daripada keseimbangan ini dengan
  mengetahui nilai sebenar atau anggaran kepada satu atau dua pembolehubah ini,
  tetapi mesti tahu nilai setiap  pembolehubah
  untuk mengumpul keputusan akhir, iaitu bahawa kita tidak boleh menilai pada seorang
  mukmin saleh hanya untuk kita mengetahui bahawa tahap ketinggian mengingat seorang
  mukmin saleh itu atau untuk menghakimi ia seorang mukmin tidak saleh (taleh)
  tidak hanya kerana tahap ketinggian seorang  mukmin saleh itu mengingat rendah. Mungkin
  saja terjadi seorang manusia tidak mukmin dan nilai pembolehubah cahayanya,
  lima peratus sebagai contoh, tetapi pembolehubah lain bernilai tinggi bagi
  kebaikan (saleh) mengingat, dan orang ini akan menjadi tidak beriman telah
  mencapai nilai yang tinggi dalam keseimbangan mengingat, dan menjadi pemilik berkeupayaan cemerlang untuk mengingat, walaupun ia seorang bukan mukmin. 
  
Perkara yang penting yang
  mana kita mesti memberi perhatian kepada berita kematian yang tepat, bahawa
  tidak mungkin bagi makhluk untuk mencapai dan mendapatkan daripada keseimbangan
  ini nilai penuh dan lengkap bagi menggambarkan bahawa tahap mengingatnya
  ialah seratus peratus, dan sebabnya tidak mungkin bagi makhluk untuk mencapai
  seratus peratus nilai semua pembolehubahnya, contohnya: pembolehubah cahayanya
  telah mencapai seratus peratus yang bermaksud bahawa cahaya makhluk ini tidak
  ada kegelapan di dalamnya, dan ini adalah mustahil kerana cahaya yang tidak
  ada kegelapan di dalamnya adalah Allah SWT. [36] 
  
Dengan penerangan ini membuktikan
  bahawa tidak ada makhluk mencapai keseimbangan mengingat seratus peratus
  untuk boleh disifatkan bahawa pengingatannya sebagai satu ucapan yang
  sempurna, dan dengan itu kelupaannya dan kelalaiannya sama dengan sifar
  iaitu, sesungguhnya Dia tidak lupa dan tidak lalai dan Allah SWT tidak mungkin
  mencipta makhluk yang mengingat seratus peratus serta lupa dan lalainya
  sifar, bukan kerana Allah tidak berkuasa dan tidak boleh mendatangkan keupayaanNya,
  tetapi kerana perkara ini adalah mustahil dan membawa makna berbilang-bilang ketuhanan
  mutlak (Al-Lahut Al-Mutlaq) Maha Tinggi Allah dengan Keringgian Maha Besar [37]. 
  
  
  
------------------------- 
[32] tidak ingat maklumat juga adalah meninggalkan sesuatu kerana kelalaian 
[33] Ulama aqidah. 
[34] Didatangkan kata-kata Al-Sheikh Al-Shaduq dan Sheikh bahi Syed Al-Khoei dan lain-lain. 
[35] Sebagai contoh: Seorang hamba beriman yang saleh dan ahli ibadah, tetapi dia perlu mengisi perutnya dengan makanan... Cahayanya dihasilkan dari iman dan kebaikan dan ibadah memberi kesan yang positif, serta apabila bertambahnya ibadah, misalnya,  cahayanya bertambah, masalahnya itu tidak ditetapkan pada satu titik tertentu ... ketika sedang mengisi perutnya dengan makanan sebahagian dari keperluan menjejaskan ingstsnnys, dan semakin banyak masa-masa di mana perut penuh akan meningkat kesan negatif, semakin besar jumlah mengisi perut meningkat kesan negatifnya juga 
[36] Dari Abi Abdillah (as) katanya: "Allah berilmu tanpa kejahilan padaNya, hidup dan tidak mati, cahaya tanpa kegelapan itu di dalamnya." Dan Yunus bin Abdul Rahman: Katanya, Aku berkata kepada Abi Al-Hassan Al-Redha (as) meriwayatkan bahawa Allah berilmu tanpa kejahilan padaNya, hidup dan tidak mati,  cahaya tanpa kegelapan itu di dalamnya, beliau (as) berkata: "Begitulah Dia" Al-Tauhid - Al-Shaduq:. halaman 137 . 
 [37] .kjtab "Perjalanan Musa” (as)."
 
 
 
  
 | 
  
 
 
  
 | 
  
 
 
  
 | 
  
 
 
  
 | 
  
 
 
  
 | 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan