Khamis, 15 September 2016

Umur Nabi Allah Nuh:


Kemusykilan: Umur Nabi Allah Nuh:


Kemusykilan ini bermakna: jangka hayat jasad manusia yang dikenali dan ditentukan secara genetik, bagaimana jasad Nuh yang hidup di dalam kehidupan kebendaan ini sepanjang masa yang disebut oleh Al-Quran atau nash (teks) agama?


Menjawab Kekeliruan:

Seperti yang telah kita buktikan kemestian wujudnya Tuhan dengan dalil-dalil ilmiah, dan kita membincangkan ilmu-ilmu atheisme dalam kacamata sains, pada lazimnya mana-mana orang yang berfahaman atheis membataskan dan mengingkari dengan kewujudan Tuhan berdasarkan alasan saintifik untuk menolak perbahasan saintifik dan dalil-dalil ilmiah dan dengan gambaran saintifik (ilmiah) yang sahih dan tepat, atau yang diakui kerana apa yang dibuktikannya adalah benar, jika tidak ia akan berkeras (tidak tunduk) dalam berhujah bukan untuk mencari kebenaran pengetahuan sebagaimana sepatutnya, bahkan ia adalah orang yang sia-sia, tidak lebih dari itu.

Bagi umur manusia pada masa lalu adalah diketahui secara saintifik (ilmiah) dan dengan tepat; di mana gen-gen manusia yang dikenali secara terperinci hari ini agak sedikit, Ahli-ahli sains mengetahui disebabkan faktor genetik, mengapa dan bila sel-sel itu uzur dan merosakkan tubuh manusia, dan mereka telah menjalankan penyelidikan dalam usaha untuk mewujudkan genetik mutasi untuk memanjangkan jangka hayat manusia, ia mungkin akan dicapai suatu hari nanti. Dan oleh itu mereka tahu tanpa ragu-ragu bahawa manusia pada zaman Nuh dan sebelumnya tidak hidup seribu tahun, dan walaupun bilangan umur yang hampir dengan angka ini, ia benar-benar seperti yang anda tahu panjang sebatang kayu yang ada di tangan anda.

Tetapi persoalan umur Nuh, atau masalah-masalah lain yang bertentangan dengan fakta sains, bukan sesuatu yang sesuai untuk dimusykilkan atas apa yang kita buktikan tentang kewujudan tuhan, kerana kita boleh katakan dengan sangat ringkas: Tidak ada masalah bagi Allah mengurniakan mukjizat-mukjizat walaupun sebahagian daripadanya bertentangan dengan fakta sains, kerana ianya adalah hal-hal keperibadian yang bertujuan untuk meletakkan manusia keturunan Adam pada permulaan jalan iman dengan Tuhan yang menciptakan alam semesta, ini sudah tentu sebahagian daripadanya bukan mukjizat, tetapi ia adalah persoalan yang sukar untuk difahami bagi orang-orang yang tidak mengerti bahasa percakapan mengenainya, sedangkan bahasa Al-Quran tidak dapat difahami bagi orang yang tidak mengerti alam-alam yang tinggi, yang diturunkan pada Al-Quran
.
Untuk menjelaskan masalah ini secara ilmiah dan dengan kata-kata ringkas bahawa apa yang dilihat oleh pemerhati dari luar bagi satu sistem fizik adalah berbeza daripada apa yang dilihat oleh pemerhati dari dalam. Oleh itu, apabila anda dapat memperbanyak atau mengurangkan contoh-contoh dalam satu sistem fizik akan meletakkan ukuran pemerhati dalam sistem adalah sama sekali berbeza dari ukuran pemerhati luar, kerana pemerhati dalaman adalah sebahagian daripada sistem itu, oleh itu ia diliputi oleh limpahan pengurangan sistem, serta peralatan untuk mengukur limpahan termasuk pengurangan sistem dan ini menjadikan dia tidak berupaya mengetahui atau mengukur apa-apa perubahan yang menyeluruh untuk setiap sistem.

Ini tidak ada halangan - jika dia mempunyai keadaan pemikiran jangka hayat seperti keadaan kita - bahawa pemikiran yang dialaminya mengalami perubahan pemikiran dalam sistem, atau terdapat pecutan atau nyahpecutan, sebagaimana yang dialami kebanyakan orang hari ini dengan pecutan masa walaupun apabila mereka mengukurnya mereka tidak menemuinya apa-apa perubahan.

Sebagai contoh untuk menggambarkan kata-kata ini, kita menganggap bahawa seorang lelaki yang tinggal di sebuah bilik dan mempunyai alat untuk mengukur panjang (contohnya pembaris), dan kita meminta kepadanya untuk mengukur panjang meja di dalam bilik itu, dan membuat perbandingan panjang, lebar dan ketinggian meja. Kemudian jika kita menganggap bilik dan segala isi yang terdapat di dalamnya terletak secara teratur, semuanya dalam kadar yang sama. Sekarang, jika kita meminta dia membuat perbandingan ukuran panjang meja, anda akan dapati bahawa panjangnya tidak berubah. Jika kita bertanya kepadanya untuk membandingkan panjang dengan lebar dan ketinggian meja anda tidak akan melihat apa-apa perubahan, disebabkan ia terhampar, dan begitu juga perbandingan pembaris yang mengukur kadar yang sama pada permukaan meja.

Jika ini telah menjelaskannya; anda boleh memahami bahawa mana-mana pemerhati boleh melakukan pemantauan dari luar sistem alam semesta di mana kita hidup di dalamnya akan menjadi ukuran yang berbeza dengan ukuran kita yang hidup dalam sistem. Jika perjalanan alam semesta fizikal secara keseluruhannys telah berubah dalam bentuk tidak sengaja pada masa dimensi keempat terjadi meregang atau mengecut - atau dalam bahasa yang mudah, perlahan atau cepat - secara keseluruhannya dalam sistem, kita tidak boleh mengukurnya dan tidak boleh mengenal akan perubahan ini, tetapi pemerhati boleh melihat dari luar sistem alam semesta di mana kita hidup ini dan boleh mengukur perubahan ini, dan apabila bercakap, ia memberikan angka-angka yang berbeza daripada apa yang kita salurkan. secara ringkasnya ini menerangkan bahawa pemerhati dari luar sistem (contohnya Allah SWT atau malaikat) apabila anda bertanya atau bercakap tentang umur Nabi Nuh dan kaumnya akan diberikan angka yang berbeza daripada ukuran anda yang tinggal dalam sistem, dan apabila diminta untuk membandingkan umur manusia hari ini pada usia lima belas ribu tahun maka akan diberikan kepada anda angka-angka yang berbeza, walaupun anda tidak mendapat apa-apa perbezaan ketara yang boleh diukur dalam had fizikal (benda) di mana anda tinggal di dalamnya.




Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya



Tiada ulasan: