Rabu, 14 September 2016

Akhiran


Allah berfirman :

﴿بَلْ قَالُوا مِثْلَ مَا قَالَ الْأَوَّلُونَ ۞ قَالُوا أَإِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ ۞ لَقَدْ وُعِدْنَا نَحْنُ وَآبَاؤُنَا هَـٰذَا مِن قَبْلُ إِنْ هَـٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ ۞ قُل لِّمَنِ الْأَرْضُ وَمَن فِيهَا إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ۞ سَيَقُولُونَ لِلَّـهِ ۚ قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ۞ قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ۞ سَيَقُولُونَ لِلَّـهِ ۚ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ ۞  قُلْ مَن بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ۞  سَيَقُولُونَ لِلَّـهِ ۚ قُلْ فَأَنَّىٰ تُسْحَرُونَ ۞ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِالْحَقِّ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ۞ مَا اتَّخَذَ اللَّـهُ مِن وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَـٰهٍ ۚ إِذًا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلَـٰهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ سُبْحَانَ اللَّـهِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ﴾

Bahkan mereka mengatakan sebagaimana perkataan orang terdahulu. * Mereka berkata: "Apakah sesudah kami mati, dan menjadi tanah dan tulang, kami akan dibangkitkan? * “Sesungguhnya kami dan bapa-bapa kami telah diancam (dengan) ini dahulunya. Ini tidak lain hanyalah dongengan orang dahulu kala!" * Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" * Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak (mahu) ingat?" * Katakanlah: "Siapakah Rab (Pemelihara) langit yang tujuh dan Rab (Pemelihara) 'Arash yang agung?" * Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak (mahu) bertakwa?" * Katakanlah: "Pada tangan siapakah kekuasaan atas segala sesuatu, sedang Dia melindungi, tetapi tidak (ada yang dapat) dilindungi daripada-Nya, jika kamu mengetahui?" * Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Justeru, bagaimanakah kamu tertipu?" * Bahkan Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, tetapi sesungguhnya mereka (sendiri) yang mendustakan. * Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada Ilah (Tuhan) beserta-Nya. Kalau demikian, nescaya setiap Ilah (Tuhan) itu akan membawa makhluk yang masing-masing menciptakannya, dan sebahagian daripada Ilah (Tuhan) itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Subhana’llah (Maha Suci Allah) daripada apa yang mereka sifatkan. * Al-‘Alim (Yang Maha Mengetahui) akan perkara ghaib dan yang nyata; maka Al-Muta’al (Maha Tinggi) Dia daripada apa yang mereka persekutukan. [Al-Mu’minun 23: 81-93]

Dan firman Allah lagi

﴿وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَن شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ۞ وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّـهُ ۖ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ﴾

Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memberi syafa'at; akan tetapi orang yang mengakui yang hak dan mereka meyakini(nya).* Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan?, [Al-Zukhruf 43: 86-87]

Oleh itu didapati para Imam (as) telah mengumpulkan penerangan yang berkenaan, berkata Al-Shadiq (as) (sekiranya bukan kerana Allah, kami tidak akan dikenal, dan sekiranya bukan kerana kami, Allah tidak akan dikenal.)

وعن أبي جعفر (ع)  ،قال: (إنما يعرف الله عز وجل ويعبده من عرف الله وعرف إمامه منا أهل البيت، ومن لا يعرف الله عز وجل و ]لا[ يعرف الامام منا أهل البيت فإنما يعرف ويعبد .) غير الله ، هكذا و الله ضلالا

Dan Abi Ja'far (as), beliau berkata: (Sesungguhnya mereka yang mengenal Allah AWJ dan menyembah-Nya adalah orang yang mengenal Allah dan mengenal imamnya dari kalangan kami Ahl Al-Bait, dan sesiapa yang tidak mengenal Allah AWJ dan tidak mengenal imam dari kalangan kami Ahl Al-Bait, maka sesungguhnya telah mengenal dan menyembah (selain Allah, dengan demikian demi Allah telah tersesat.)

Dan demikianlah juga sekiranya bukan kerana Al-Rasul tidak akan dikenal Al-Hujah dan sekiranya bukan kerana Al-Hujah tidak akan dikenal Al-Rasul, dalam erti kata lain: Sesungguhnya kerana kami mengetahui bahawa kekuasaan dan pelantikan di tangan Allah Taala; dan bahawa Al-Rasul (S) apabila baginda akan pergi kembali kepada Tuhannya tidak akan meninggalkan umat baginda tanpa gembala yang meletakkan tangannya di atas jalan yang lurus dan memelihara apa yang dibawa Al-Rasul agar tidak menjadi pertikaian pendapat (pandangan) dan pencapaian cita-cita baik bagi seseorang dan keinginan untuk menguasai perkara yang perlu dilakukan, hendaklah diketahui bahawa Al-Rasul (S) akan melantik pengganti selepasnya dengan perintah Allah dan pilihanNya, Maka sekiranya bukan kerana mengenal Al-Rasul, tidak akan dikenal Al-Hujah selepas baginda, dan sebagai Al-Hujah dialah yang akan memelihara dan menyimpan risalah Al-Rasul yang diberikan kepadanya.  Maka sesiapa yang tidak mengenal Al-Hujah, akan tersesat dari agamanya, dan didapati orang-orang yang tidak membimbing diri mereka untuk mengenal Al-Hujah yang sebenar selepas Rasulullah (S) telah tersesat dari agama mereka, mereka tidak mengenal Al-Rasul tidak mengenal Allah dengan makrifah yang sebenar, Maka nasab (keturunan) Al-Rasul (S) adalah perkara yang salah dan sebahagian daripada mereka mengaitkan nasab (keturunan) kepada Allah Taala yang berjisim, menyerupakan denganNya dan penyerapan ketuhanan (hulul), pemaksaan (jabbar) dan mandat (perlantikan) kepada kepalsuan-kepalsuan yang lain.

Maka sesiapa yang tidak mengenal Al-Hujah, akan tersesat dari agamanya, tidak mengenal Al-Rasul (S) dan tidak mengenal Allah Jalla Jalalah, dan sesiapa yang tidak mengenal Allah, tidak akan mengenal Al-Rasul (S), tidak akan mengenal Al-Hujah, dan akan tersesat dari agamanya.

(Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan)  diriMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah diriMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, akan tersesatlah aku dari agamaku. )

Oleh itu untuk menerangkan kesalahan atas kesimpulan yang dibuat oleh Syeikh Ahmad Al-Baghdadi dengan riwayat: (Ya Allah kurniakanlah aku makrifah diriMu.....) walaupun hal itu jelas menunjukkan bahawa Allah tidak dikenal dengan hujah-hujahNya (as), dan tidak kurang pula dari dalil-dalil andaian mereka yang bertentangan dengan dalil-dalil mutawatir dan qath’ei, dan darinya dapat dilihat riwayat-riwayat yang lain yang dianggap sebagai dalil yang tidak kukuh untuk membuat kesimpulan yang diperlukan dalam apa jua keadaan.

Pada perkataaan: (jika kami turunkan semua ucapan ini, apa yang ada di bawah bidang kuasa Imam Mahdi (semoga Allah segerakan kelapangannya) - iaitu ungkapan -: mengenal Allah dengan Allah - terutamanya kerana ucapan ini adalah menyeluruh pada Imam-imam Al-Anwar yang lain: mereka menjadi sebab dalam mengenal Allah SWT, maka sesungguhnya kita maksudkan pada zaman ini, kita katakannya, walaupun kamu tidak mematuhi tetapi sehingga......)........

Aku katakan: Bahawa ia dikhususkan kepada percakapan pada Imam Mahdi (as) kerana ia adalah Imam zaman, dan ini jelas melalui hubungan keadaannya. Tsmbahan pula bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan telah menerangkannya dalam Jilid pertama Kitab Al-Mutasyabihat, kesemuanya meliputi bagi setiap Imam (as) dalam setiap zamannya, maka tiadalah dirugikan bagi seseorang itu dan tidak mendustakan apa yang belum diketahuinya, maka benarlah firman Allah Taala:

﴿بَلْ كَذَّبُوا بِمَا لَمْ يُحِيطُوا بِعِلْمِهِ وَلَمَّا يَأْتِهِمْ تَأْوِيلُهُ ....﴾

Bahkan yang sebenarnya, mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya dengan sempurna padahal belum datang kepada mereka penjelasannya.....  [1]

Dan janganlah mengikut percakapan yang samar kerana akan tersesat sesiapa yang belajar atau tidak belajar dan terlibat dengan kebiasaan auliak Allah Taala dan kamu menyangka kepura-puraan yang kamu lakukan itu baik, dan berhati-hatilah dengan petunjuk untuk kebenaran dari mana ia wujud.

Nash para Imam (as), yang setiap orang dari mereka adalah jalan untuk menganal Allah Taala kepada penduduk di zamannya: Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Al-Hussein bin Ali (as) keluar kepada para sahabatnya dan berkata: Wahai manusia, sesungguhnya Allah mengingatkan, tidak mencipta hamba-hamba melainkan untuk mengenalNya, jika mereka mengenalNya mereka akan menyembahNya, jika mereka menyembahNya mereka akan berurusan dengan beribadah kepadaNya daripada yang lain, maka berkata seorang lelaki: Wahai anak Rasulullah, demi bapa dan ibu tuan, apakah dia mengenal Allah? Dia pun berkata: Penduduk setiap zaman mengenal imam mereka yang diwajibkan mereka taat kepadanya.) [2]

Semoga Allah merahmati sesiapa yang mendengar kebenaran dan menyeru kepada Perwakilan jalan yang lurus.

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam dan selawat Allah aras Muhammad dan keluarga baginda, para imam dan mahdi-mahdi dan pada mereka salam pengiktirafan


Syeikh Nadzim 3uqaili

1428 H

------------------------------
[1] - Yunus: 10:39
[2] - 3ilal Al-Syarai3 - oleh Al-Syeikh Al-Shaduq: Jilid 1 halaman  4.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Seterusnya

Tiada ulasan: