Halaman

Isnin, 9 Mac 2015

Soalan 232: Keakuan (al-Ananiah) dan kehinaan (malu)


Soalan 232: Keakuan (al-Ananiah) dan kehinaan (malu)

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وآله الطيبين الطاهرين الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad yang baik dan disucikan,  para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                
Salam atas tuan, Saidi dan Maulai, Wahai Utusan Imam Mahdi (as) kepada kamu, wahai Nabi Allah, Salam atas kamu wahai yang memberi kepada manusia lain kelebihannya, Salam atas kamu wahai yang membuat dirinya  di hina di bumi kerana pembinaannya, Salam atas kamu wahai yang menjadi penebus Isa, Salam atas kamu wahai anak Nabi Al-Mustafa, anak Ali Al-Murtada dan anak Fatimah Al-Zahraa’, aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dari dosa dan kesalahan yang besar yang menghitamkan wajahku di sisimu wahai tuan pemilik kedudukan, dan dari dosa yang sangat besar yang melemahkan hak tuan, maka ampunilah aku.

Saidi, Ya Yusuf Aali Muhammad, Allah menunjukkan kepada saya rukya dan tuan bercakap dengan saya Ya Maulai dan memberitahu saya sesuatu apakah maksudnya: daripada kami kepada tuan dan betapa senangnya kami melihat tuan, seperti rukyanya orang-orang mukmin, singkirkanlah saya dari Ananiah.

Saidi dan Maulai, saya tahu bahawa tidak ada di muka bumi ini pesuruh yang berani atas tuannya, kerana saya terlalu banyak dosa dan saya tidak layak untuk bercakap dengan tuan, tetapi saya sentiasa berharap agar Allah mengampuni saya, dan saya menyeruNya melimpahkan ketenangan di hati saya, dan yang membuatkan saya ikhlas menjadi pengikut dan khadam-khadam tuan yang taat.

Saidi, saya ingin tahu bagaimanakah saya boleh menyingkirkan dari sifat Ananiah (keakuan)?

Saya bertawassul kepada tuan, Maulai, menjadi umat yang paling mulia dan menahan diri daripada tidak berwaliykan Dia Yang Sempurna. Maulai,Ya Maulai, tuan adalah Maula dan saya seorang hamba, tidak berbelas kasihan pada hamba melainkan maulanya, dan segala puji bagi Allah sahaja, semata-mata dan keesaanNya

Dihantar oleh: YA MAHDI
     
Jawapan:
         
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Manusia boleh menyingkirkan Al-Ana (Aku) apabila mereka tidak melihat dirinya dan tidak melihat selain Tuhannya yang mendahului segala suatu, pada segala suatu dan melepasi segala suatu. Dan sentiasa berwaspada kepada syaitan dan kejahatan yang mempengaruhi dalaman kita, supaya kita melakukan dengan segala daya upaya kita untuk membunuhnya kerana yang menjadi musuh kita adalah diri kita yang ada di sisi kita [46]. Diri jenis ini yang berdiri dengan keangkuhan dan malu untuk memperakui bahawa kewujudannya di hadapan kewujudan Allah SWT, mungkin pergerakan manusia ke arah ini dengan mengawasi dan menentang musuhnya tetapi musuh ketatnya adalah dirinya sendiri untuk sampai kepada Allah dari makrifah yang dikehendaki Allah pada manusia.

Tetapi jika anda mahukan kebenaran seluruhnya, maka kebenarannya, aku katakan kepadamu bahawa kita perlu malu dengan apa yang kita ada, apa yang kita mahu lagi?? Kita mahukan akhirat, kita mahukan syurga, kita mahukan kekal dan kekal abadi dan kesempurnaan dan ...dan ...... .., tetapi siapakah dari kalangan kita yang malu dengan Kemuliaan Allah, dan apabila melihat kepada kewujudannya tidak mahu dan tidak redha menjadikan kewujudannya itu di hadapan Allah SWT, maka janganlah memilih untuk tinggal dan kekal abadi begitu juga di akhirat dan syurga, tetapi carilah (mintalah) tenggelamya malu (fana') dari Allah??


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡

_________________
[46] - petikan (as) dengan kata-kata datuknya Rasulullah (as): (Yang menjadi musuh kamu adalah diri kamu yang ada di sisi kamu) 3awali Al-Litsaliy: Jilid 4, halaman 118, Bihar Al-Anwar: Jilid 67, halaman 36..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan