Halaman

Isnin, 9 Mac 2015

Soalan 231: Waham-Waham (Delusi-Delusi) Mencapai Hakikat Kewujudan .. Dan Hijab Akal

Soalan 231: Waham-Waham (Delusi-Delusi) Mencapai Hakikat Kewujudan .. Dan Hijab Akal
Apakah penjelasan bagi kata-kata Amir Al-Mukminin (as) dalam satu dari khutbahnya: (Segala puji bagi Allah, yang menghalang waham-waham (delusi-delusi) yang mencapai kewujudannya .. dan akal dihijab oleh bayangan ZatNya yang sama ada untuk menghalang dari menyamakan atau mengelirukan) [43]?

Dihantar oleh:Ustaz Zaki


Jawapan:
         
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Makrifah (mengenal) (Huwa - DIA) Yang Maha Suci adalah ketidakupayaan untuk mengenalNya Yang Maha Suci, iaitu: bahawa hakikat makrifat bagi manusia itu tercapai apabila ia tahu dia tidak berupaya mengenaliNya SWT, dan hakikat ini dicapai apabila seseorang manusia itu menjalani jalan menuju Allah SWT sehingga sampai kepada makrifah ketidakupayaan untuk mengenalNya.

Ketidakupayaan ini pada makam hakikat (Huwa - DIA) dan Zat (Allah), maka pada makam hakikat untuk memastikan bahawa ketidakupayaan terbesar adalah tidak tahu, melainkan kewujudanNya dan sehingga kewujudan ini menghalang pencapaian dan kesedaran (mengetahui). Maka menyedari (mengetahui) (Huwa - DIA) SWT adalah terhalang, begitulah juga menyedari (mengetahui)  kesanNya [44], iaitu Zat Ketuhanan (Allah) sehingga makrifah yang wujud adalah makrifah yang tidak lengkap dan tidak sempurna; kerana ia tidak berdasarkan kepada kesan, mahu pun kesan kepada kesanNya dan tajalli kepada tajalliNya SWT.

Dan berkenaan menyedari kewujudan Zat Ketuhanan (Allah), ia adalah mungkin; kerana adalah menyedari kesan [45] mungkin sebagai kesan diri (zat) makhluk mengelilingi kewujudan dan hakikatNya; kerana ia adalah sama, tetapi ketidakupayaan adalah menjadikan kesedaran zat atau bentuk rupa kenyataan (hakikatNya) yang sempurna mutlak (Allah), atau kenyataan (hakikat) kesempurnaan mutlak rahmatNya (Al-Rahman Al-Rahim), atau hakikat kesempurnaan mutlak KudratNya, hakikat kesempurnaan mutlak QahharNya........,

Maka makrifah yang hakiki pada apa sahaja kesan adalah masih tidak lengkap dari hakikat kesempurnaan zat, maka mengenal Al-Rahmah adalah anda mengenal makrifah yang masih tidak lengkap dalam penciptaan - kerana anda berada dalam penciptaan - bukan dalam Al-Lahut (Alam Ketuhanan), tidak mewakili kenyataan sifat Al-Rahmah pada Al-Lahut, dengan itu makrifah di sini adalah ketidakupayaan untuk mengenal kesempurnaan.


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡


_________________
[43] – Al-Kafi:Jilid 8, halaman 18, Mishbah Al-Balaghah: Jilid 1, halaman 172.
[44] - kesan di sini bukan dalam erti kata terbit darinya, tetapi apa yang Dia Yang Maha Suci tunjukkan untuk ciptaan-Nya untuk mengenal Dia SWT.
[45] - kesan di sini dalam pengertian yang terbit dari Allah Yang Maha Suci atau makhluk yang dicipta oleh Allah SWT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan