Halaman

Sabtu, 7 Mac 2015

Soalan 153: Antara bertawakkal dan sebab musabab


Soalan 153: Antara bertawakkal dan sebab musabab

Terdapat kekeliruan yang kita alami, sebahagiannya bertawakkal kepada Allah dalam satu cara, dan bekerja (melakukan sesuatu) bersama sebab musabab; sebagai satu cara yang lain . Apa yang akan dikatakan mengenainya?

Abdul Razak Hashim - Basrah

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.    

Tidak terdapat percanggahan antara bertawakkal kepada Allah, dari segi sebab musabab dengan sebab-sebab perlakuan. Bagi orang mukmin, mereka melihat Allah adalah penyebab segala alasan sebelum dan sesudah penyebab itu; kerana sesungguhnya tiada kekuatan melainkan dangan Allah.

Ini adalah alam (perihal) sebab musabab, adalah dusta sesiapa yang mengatakan saya bertawakkal kepada Allah kemudian dia tidak beramal (melakukan sesuatu); kerana Allah menyuruh kita bekerja, Dia berfirman:

﴿هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولاً فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ﴾

Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. [297].

Allah SWT berfirman berjalanlah di segala penjurunya, iaitu berkerjalah (beramallah) dengan apa jua alasan yang dengannya kamu mengurus dengan jayanya.
والحمد لله وحده
dan pujian kepada Allah semata-mata.

                         
Al-Syed Ahmad Al-Hassan      
Washiy dan utusan Imam Mahdi (as)



✡✡✡✡✡


___________________
[297] – Al-Mulk 67:15.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan