Halaman

Khamis, 5 Mac 2015

Soalan 152: Mengapa Disebur Bumi Tidak Bumi-Bumi Dalam Al-Quran


Soalan 152: Dalam Al-Quran menyebut langit-langit dengan kata ganda (secara jamak) dan menyebut bumi secara tunggal! Kita tahu bahawa ada tujuh lapis langit-langit dan tujuh lapis bumi-bumi (Al-Samawaat dan Al-Ardhiyin). Apakah rahsianya dan mengapa?

Mukhtar Yusuf - Basrah

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.    

Bumi-bumi (Al-Ardhun) yang enam lagi (selebihnya) adalah di bawah bumi ini dan ia sangat gelap dan sangat sedikit cahayanya. Apabila diberitahu:

(إنّ الله لا ينظر إلى عالم الأجسام منذ خلقه)

(Allah tidak melihat Alam Ajsam sejak Dia menciptanya)

Sepertimana Rasulullah (S) bersabda, bagaimanakah ia di bawahnya?! Kerana di sana tidak ada sesuatu yang dianggap mempunyai iktibar kepada kamu (Dunia yang tidak bernilai di sisi Allah walaupun sehelai sayap nyamuk) dan hanya cukup menyebutnya secara menyeluruh, dan saya tidak fikir anda akan mengatakannya secara terperinci.

Dan Al-Quran adalah jalan hidayah bagi manusia untuk naik ke tingkatan yang lebih tinggi dan tidak menjunam jatuh ke bawah, Maka langit-langit adalah jalan peningkatan, dan Al-Quran menyebutnya secara terperinci, adapun jalan bumi-bumi menurun merendah bagi yang menyalahi peraturan dari tingkah laku yang tidak diperlukan kenyataan secara terperinci [296].

                         
Al-Syed Ahmad Al-Hassan      
Washiy dan utusan Imam Mahdi (as)



✡✡✡✡✡


___________________
[296] - dan juga kita dapati bahawa Allah menerangkan kisah-kisah para nabi dan orang-orang sholeh lebih daripada kisah-kisah firaun penzalim dan taghut (pelampau), serta perihal yang menerangkan syurga (Al-Jannah) dan syurga (Al-Naim) lebih banyak bilangannya daripada keterangan tentang api neraka dan Al-Jahim.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan