Halaman

Selasa, 17 Februari 2015

Soalan 93: Rahasia Aushiak dan Anbiak



Soalan 93: Rahasia Aushiak dan Anbiak
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Saya berharap balasan dari Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) secara peribadi Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan.
      
Saidi Al-Fadhil. Saya baru-baru ini belajar mengenai dakwah tuan yang mulia, dan saya melakukan Istikharah meminta petunjuk bagi menjelaskan lagi dan mendapat hidayah dengan dakwah tuan dan jawapanya adalah supaya mengikutinya. Kemudian hati saya suka krpada tuan dan maafkan saya kerana tidak dapat turut serta dan berkhidmat kepada tuan; kerana pencarian itu masih berlangsung untuk lebih memastikannya lagi. Sebilangan besarnya mendatar, dan saya berdoa kepada Allah untuk melihat tuan dalam rukya (mimpi) tidak berapa memuaskan. Oleh itu, saya berharap tuan, dapat berdoa kepada Allah untuk membimbing saya dan dapat melihat tuan .
Saidi Al-Fadhil, Saya ada beberapa pertanyaan yang dijawab oleh ansar. Ini sebahagian daripadanya, dan sedang menunggu jawapan beberap bahagian yang lain, dan saya kini ada beberapa soalan yang saya harap tuan dapat jelaskan:

1. Bilakah tuan belajar kerana tuan adalah  Al-Yamani (as)?
2. Sebabnya tuan pergi untuk belajar di sekolah, universiti dan Hauzah? Adakah tuan mencari Ilmu atau atas sebab lain?
3. Adakah tuan mempunyai pengetahuan tentang semua ilmu dan bahasa yang kini beredar di kalangan masyarakat?
4. Saya telah mengetahui dari salah seorang Ansar tuan bahawa tuan menerima peranan Nabi Isa (as) diseksa dan disalib, dan orang yang menceritakan itu telah melihat kesannya pada tangan tuan yang mulia, Adakah ia dengan keseluruhan jasad sekarang ini? Atau Allah SWT mengembalikan tuan ke zaman itu dan tuan mempunyai peranan dan kemudian memulihkan tuan?

5. Ia adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah SWT untuk menghadkan sebahagian ciptaan-Nya dan menghidupkan mereka selepas suatu tempoh masa seperti Ashab Al-Kahf (Penghuni Gua), Adakah ia berlawanan, iaitu mereka kembali ke akhir zaman ini dan dengan siapa? Jika jawapannya tidak, mengapa?

Maaf kerana menyusahkan tuan, tetapi saya mempunyai pertanyaan iaitu semasa mengerjakan tawaf di Bait Al-Haram pada tahun ini dalam Tawaf Umrah Tamattu3, iaitu Tawaf Al-Nisaa’ najis burung jatuh di bahu saya buat yang pertama, dan yang kedua di kepala saya, adakah apa-apa makna khusus mengenainya?

Saya harap Al-Syed Al-Fadhil dapat mengajar saya satu doa mustajab dari Allah untuk orang yang mentah (keanak-anakan) seperti saya, yang bergelumang dengan maksiat dan dosa-dosa kepada hidayah, untuk menyempurnakan agama dan memudahkan kehidupan, saya berhsrsp doakan saya supaya mendapatkannya dan membimbing saya ke jalan yang benar, kerana tuanlah yang mulia daripada anak-anak yang mulia dan doakan saya supaya tidak akan dikembalikan semula kepada kehidupan seperti kebanyakan manusia.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته              
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Dihantar oleh: Ahmed Karim Al-Hiyali

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Allah SWT berfirman:

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوراً نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Roh) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikannya cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. [160].

[Diriwayatkan] dari Abi Hamzah yang berkata:

("Aku bertanya Abu Abdullah (as) tentang ilmu, adakah ia merupakan ilmu yang dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari mulut manusia, atau adakah ia di dalam Kitab yang bersamamu, kamu membacanya dan kemudian mempelajari darinya? Dia (as) berkata, 'Perkara ini adalah lebih besar dari itu, dan amat penting, tidakkah kamu mendengar Allah Azza wa Jalla berfirman,

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ﴾

{Dan Kami wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu}

Kemudian beliau (as) berkata, 'Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah mereka setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan Iman itu?" Lalu aku berkata, "Aku tidak tahu, semoga aku menjadi tebusanmu, apa yang mereka katakan." Maka dia (as) berkata kepadaku, 'Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu, maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia telah mengajarnya kefahaman' ") [161].

Kita adalah anak-anak Adam, Allah telah menurunkan kita ke alam duniawi yang serba gelap ini untuk Ujian Yang Kedua. Kita dihijab (dilindungi) oleh jasad dan kita lupa apa yang telah terjadi dari Ujian Yang Pertama dalam Alam Al-Zarr, yang sebelumnya kita pernah berada di sana. Dalam Alam Al-Zarr ditentukan hal setiap orang daripada kita. Maka kecelakaan demi kecelakaan dari kerana ia gagal melihat ke atas dirinya lalu ia tidak melihat melainkan Al-Ana (keakuan). Pemenang pertandingan, (Al-Rasul Muhammad selawat Allah atas baginda dan keluarga baginda) daripada yang gagal melihat kepada TuhanNya dan baginda tidak mempedulikan kepada dirinya sendiri seperti yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada kita.
Allah berfirman:

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ﴾

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap diri mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Bahkanl (Engkau Tuhan kami), kami saksikan". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lupa pada perkara ini", [162

Antara kedua-dua makam mengikut tertib seluruh anak-anak Adam. Tidaklah terjadi Ujian Kedua ini melainkan untuk Allah menghalang manusia dari mengatakan tidak diberi peluang kedua. Tidaklah terjadi Ujian Kedua ini melainkan untuk kemuliaan Allah SWT. Akan ada pula Ujian Ketiga untuk menguji ketulenan iman mereka yang benar-benar beriman dan mereka yang benar-benar kufur; kerana balasan kepada auliak Allah sangat besar dan azab seksa kepada musuh-musuh Allah sangat dahsyat. Maka akan masuk Ujian Ketiga untuk menunjukkan hasil usaha mereka iaitu,

﴿بَلْ بَدَا لَهُمْ مَا كَانُوا يُخْفُونَ مِنْ قَبْلُ وَلَوْ رُدُّوا لَعَادُوا لِمَا نُهُوا عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ﴾

Tetapi (sebenarnya) telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu selalu menyembunyikannya. Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta belaka. [163

Allah menyempurnakan hujahNya atas penciptaanNya dengan mengutamakan auliakNya dan membalas bela pada musuh-musuh Nya (orang-orang yang benar-benar beriman dan orang-orang yang benar-benar kufur), maka tidak seorang pun berkata tidak diberi peluang mencapai makam yang hebat ini, dan tidak (diperingatkan) dengan azab ini, azab yang tidak pernah disiksa sesiapa pun di seluruh alam??

Mereka diberi peluang berulang-ulang kali oleh Allah. namun walaupun Allah adakan ujian semula mereka tetap tidak akan berpuas hati, bahkan mereka akan berkata:

﴿رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَى خُرُوجٍ مِنْ سَبِيلٍ﴾

"Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar?" [164

Allah memberi amaran kepada manusia yang dihukum selepas kematiannya dengan mempunyai penyesalan ini yang mengatakan:

﴿رَبِّ لَوْلا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ﴾

"Ya Tuhan-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" [165

Maka diharap dapat difahamkan bahawa kelahiran manusia di alam ini tidak bermakna awal penciptaanNya, tetapi apa yang dimaksudkan adalah awal kemasukannya ke dalam Alam Jasmani ini untuk Ujian Yang Kedua. Selepas itu Allah melupakan ujian yang pertama itu dan natijahnya.

Firman Allah SWT:

﴿نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ * عَلَى أَنْ نُبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ وَنُنْشِئَكُمْ فِي مَا لا تَعْلَمُونَ * وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَى فَلَوْلا تَذَكَّرُونَ﴾

Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan, * untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu dan menciptakan kamu kelak dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. * Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran? [Al-Waqi3ah 56:60-62] 


Iaitu: bahawa Kami menghidupkan kamu dalam kehidupan yang baru di alam baru, bahkan kamu pernah berada dalam kehidupan yang sebelumnya, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran. Namun manusia tidak mengingatinya melainkan kehendak Allah dan iradah-Nya Yang Maha Suci.

Saya rasa dalam ucapan ini bahawa jawapan kepada kedua-dua soalan itu supaya saudara merenungnya, dan begitulah perbandingannya pada sebahagian jawapan dari contoh ucapan ini:

(Saya mengetahui bahawa saya adalah Al-Yamani sebelum saya dilahirkan, saya tidak mengetahuinya di Alam Jasmani ini, sehinggalah Allah mengingatkannya dan memberitahu kepada saya).

(Saya belajar sebahagian ilmu Alam Jasmani ini seperti yang diajarkan kepada para Nabi (as) sebelum saya. Nabi Isa (as) adalah seorang tukang kayu, dan belajar pertukangan kayu dari Yusuf seorang tukang kayu).

(Banyak yang saya ketahui, tetapi saya tidak akan mengetahuinya sesuatu sehingga Allah mengingatkan saya kepada apa yang ada pada halaman kewujudan).

Ia juga mengingatkan saudara bahawa tidaklah ilmu yang ada di langit itu turun kepada saudara di bumi ini dikeluarkan untuk saudara, melainkan di dalam dada yang difahamkan Allah lalu sudara memahaminya.

﴿وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾

Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [167].

Saudara dan saya serta kita semua manusia perlu kembali kepada Allah untuk diberitahu kepada kita siapa kita, dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi.

Ketahuilah bahawa manusia tidak akan mendapatkan ketenangan melainkan ia menyahut (seruan) Allah dan mengenal kebenaran dari Allah, maka saya tidak keberatan jika didatangi kematian atau kematian itu berlaku, maka kehidupan akan menjadi lebih berharga kepadanya daripada kematian atau dan dia tidak mencintai kematian berbanding kehidupan, bahkan akan menjadi kekasih Allah, dan tidak akan mempunyai kemahuan atau kehendak, melainkan kemahuan dan kehendak kekasihnya Yang Maha Suci. Akan bangun malam manakala orang lain tidur, kerana kekasihnya tidak pernah tidur, mendirikan solat dan membaca Al-Quran yang membawa keyakinan bahawa kekasihnya mendengar dan memerhatikanya, maka akan tergenanglah matanya dengan linangan air matanya

﴿وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ﴾

Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui; seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi  [168].

Bagi apa yang berlaku kepada saudara di Rumah Suci (Bait Al-Haram) itu, ketahuilah bahawa burung merpati dikenali sebagai penghantar mesej dan menjatuhkan sesuatu kepada saudara bermakna mendatangkan pesanan, dan hakikat bahawa apa yang berlaku di Baitu Allah bermakna bahawa ia adalah risalah (pesanan) dari Allah, dan saya bermohon kepada Allah supaya memberi taufik (kejayaan) kepada saudara kepada kebenaran selepas mencarinya, dan mengurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat, Dialah Waliy dan kepada Dialah berpaling (menghadap) orang-orang yang soleh.

Dan tentang doa untuk hidayah dan rezki, maka saya nasihatkan supaya mendirikan solat malam, berdoalah dengan doa ini selepas solat itu. Ia adalah doa Zain Al -Abidin Ali Bin Al-Hussein (as):

اِلهِي غَارَتْ نُجُوْمُ سَمَائِكَ وَ نَامَتْ عُيُوْنُ اَنَامِكَ  وَ هَدَاَتْ اَصْوَاتُ عِبَادِكَ وَ اَنْعَامِكَ
وَ غَلَّقَتِ الْمُلُوْكُ عَلَيْهَا اَبْوَابَهَا وَ طَافَ عَلَيْهَا حُرَّاسُهَا وَ احْتَجَبُوا عَمَّنْ يَسْئَلُهُمْ حَاجَةً
اَوْ يَنْتَجِعُ مِنْهُمْ فَائِدَةً وَ اَنْتَ اِلهِي حَيٌّ قَيُّوْمٌ لاَ تَاْخُذُكَ سِنَةٌ وَ لاَنَوْمٌ وَ لاَ يَشْغَلُكَ شَيْئٌ عَنْ شَيْئٍ اَبْوَابُ سَمَائِكَ لِمَنْ دَعَاكَ مُفَتَّحَاتٌ وَ خَزَائِنُكَ غَيْرُ مُغَلَّقَاتٍ وَ اَبْوَابُ رَحْمَتِكَ غَيْرُ مَحْجُوْبَاتٍ وَ فَوَائِدُكَ لِمَنْ سَأَلَكَ غَيْرُ مَحْظُوْرَاتٍ بَلْ هِيَ مَبْذُوْلاَتٌ اَنْتَ اِلهِي اَلْكَرِيْمُ الَّذِي لاَ تَرُدُّ سَائِلاً مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ سَأَلَكَ وَ لاَ تَحْتَجِبُ عَنْ اَحَدٍ مِنْهُمْ اَرَادَكَ لاَ وَ عِزَّتِكَ وَ جَلاَلِكَ وَ لاَ تُخْتَزَلُ حَوَائِجَهُمْ دُوْنَكَ وَ لاَ يَقْضِيْهَا اَحَدٌ غَيْرُكَ اَللّهُمَّ وَ قَدْ تَرَانِي وَ وُقُوْفِي وَ ذُلَّ مَقَامِي بَيْنَ يَدَيْكَ وَ تَعْلَمُ سَرِيْرَتِي وَ تَطَّلِعُ عَلى مَا فِي قَلْبِي وَ مَا يَصْلِحُ بِهِ اَمْرُ آخِرَتِي وَ دُنْيَايَ اَللّهُمَّ اِنَّ ذِآْرَ الْمَوْتِ وَ اَهْوَالِ الْمُطَّلِعِ وَالْوُقُوْفَ بَيْنَ يَدَيْك نَغَّصَنِي مَطْعَمِي وَ مَشْرَبِي وَ اَغَصَّنِي بِرِيْقِي اَقْلَقَنِي عَنْ وِسَادِي وَ مَنَعَنِي رُقَادِي كَيْفَ يَنَامُ مَنْ يَخَافُ مَلَكَ الْمَوْتِ فِي طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَ طَوَارِقِ النَّهَارِ بَلْ آَيْفَ يَنَامُ الْعَاقِلُ وَ مَلَكُ الْمَوْتِ لاَ يَنَامُ لاَ بِاللَّيْلِ وَ لاَ بِالنَّهَارِ  وَ يَطْلُبُ رُوْحَهُ بِالْبَيَاتِ وَ فِي آنَاءِ السَّاعَاتِ اَسْأَلُكَ الرَّوْحَ وَ الرَّاحَةَ عِنْدَ الْمَوْتِ  وَ الْعَفْوَ عَنِّي حِيْنَ اَلْقَاك
                                                                                            
(Tuhanku, sebanyak bintang di langitMu telah katub mata hamba-hambaMu, terhenti suara hamba-hambaMu serta ternakan, dan raja-raja telah mengunci pintu-pintunya, penjaga-penjaganya bergerak berkeliling, dan tertutuplah daripada sesiapa yang mahu meminta keperluannya atau untuk mendapatkan manfaat dari mereka, tetapi Engkau Tuhanku, Yang Maha Hidup, lagi Bersedia Yang tidak mengantuk dan tidak pula tidur, dan ia bukan sesuatu yang Engkau sibukkan; pintu langit Mu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang mencari Mu dan khazanah Mu tidak pernah dikunci, dan pintu-pintu rahmatMu tidak pernah ditutup dan manfaat Mu bagi orang yang meminta padaMu tidak pernah diharamkan bahkan mereka diberikan dengan murah hati. Engkaulah Tuhanku Yang Maha Mulia yang tidak menolak orang-orang mukmin yang meminta dari Mu dan Engkau tidak menyembunyikan dari seseorang di antara orang yang beriman yang berharap pada Mu. Tidak demi Kemuliaan dan KebesaranMu. Tuhanku tidak ada yang menghilangkan keperluan mereka yang lain dari Engkau, dan tidak ada yang memenuhi keperluan mereka selain Engkau. Lihatlah diriku, dan aku berdiri dihadapan Mu dan di hadapan KuasaMu dan Engkau tahu rahsia ku dan apa yang ada dalam hatiku dan apa yang akan memperbaiki urusan ku di dunia dan Akhirat

Ya Allah, mengingat kematian dan syarat-syarat yang menakutkan dan berdiri di hadapan Mu membuat ku menjauhkan diri dari makanan dan minuman ku dan membuatkan ku tercekik, membuat ku jauh dari bantal ku dan menghalang ku dari tidur.  Bagaimana seseorang boleh tidur kerana takut malaikat maut? Dalam bencana malam dan bencana siang, bahkan bagaimana boleh seorang yang berakal boleh tidur sementara malaikat maut tidak tidur pada waktu malam magupun pada waktu siang, yang mencari nyawanya berkeliling pada ketika dan saatnya (dan adalah dia (as)) sujud selepas doa ini dan menempel dahinya ke tanah, (dengan berkata): Aku mohon padaMu Roh dan kerehatan apabila mati dan maafkan aku sehingga menemuiMu).




✡✡✡✡✡
                                                           
__________________________
[160] - Surah Al-Syura 42:52'.
[161] - Al-Kafi: Jilid 1, halaman 274.
[162] - Al-A3raaf 7:172.
[163] - Al-An3aam 6:28
[164] - Ghafir 40:11..
[165] - Al-Munafiqun 63:10
[166] - Al-Waqi3ah :60-62.
[167] - Al-Baqarah 2:282.
[168] - Al-Maidah 5: 83.                   





Tiada ulasan:

Catat Ulasan