Halaman

Isnin, 16 Februari 2015

Soalan 92: Penghibur Yang Dijanjikan dan dalil Washiy dan Utusan Nabi Isa (as)

Soalan 91: Kedudukan (status) Kitab Taurat dan Injil sekarang
السلام عليكم
Salam atas kamu,


Adakah tuan percaya bahawa Taurat dan Injil yang wujud pada masa ini, keduanya masih yang sebenar atau ada sesuatu yang dipalsukan dan diselewengkan atau kedua-duanya telah diselewengkan. Sila jawab dengan jelas..

Dihantar oleh: 3adil Al-Muwahid

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Taurat dan Injil yang wujud pada masa ini terdapat pada keduanya bahagian-bahagian yang diselewengkan  


✡✡✡✡✡


Archbishop's Libya visit in pictures


Soalan 92: Penghibur Yang Dijanjikan dan dalil Washiy dan Utusan Nabi Isa (as)
السلام عليكم
Salam atas kamu, terima kasih terima kasih atas perhatian tuan dan jawapan tuan, dan saya mahu untuk berhubung dengan tuan untuk mencari kebenaran dan yang saya akan beriman dengannya, dan itu adalah: Penyelewengan yang dilakukan oleh Gereja Katolik dan Paus selama beratus-ratus tahun dahulu, dan kemudian Gereja Protestan dan disokong oleh Gereja Sedunia Zionis untuk mengaburkan agama Kristian yang sebenar, yang tidak percaya pada Triniti, sesungguhnya Allah Maha Esa lagi Maha Tunggal yang telah mengutus Yesus – Al-Masih - Kristus - dan setelah menjalankan kewajipanya, dia bangkit untuk menghadapi raja, yang hampir akan menegakkan Keadilan selepas menghapuskan agama-agama palsu dan menyempurnakan kehendak Allah, iaitu bahawa manusia hidup di syurga, dan yang telah membawa kita keluar darinya kerana dosa Adam dan Hawa.

Saya berharap dengan hubungN INI tuan mempunyai maklumat tentang di manakah penyelewengan di dalam Al-Kitab yang suci itu; kerana kami mempunyai Kitab Suci yang agak berbeza daripada yang sedia ada di kalangan semua gereja-gereja.

Dihantar oleh: 3adil Al-Muwahid

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Hantarkanlah apa yang saudara ada. Seperti yang saya telah ditunjukkan dan saya akan tunjukkan dengan lebih jelas, InsyaAllah.

Saya adalah Utusan penghibur kepada nabi-nabi Allah dan Rasul-rasulNya dan yang dijanjikan oleh Isa (as).

Isa (as) berkata: (Tetapi sekarang Aku pergi kepada Dia yang telah mengutus Aku, dan tiada seorangpun di antara kamu yang bertanya kepada-Ku: Ke mana Engkau pergi?. Tetapi karena Aku mengatakan hal itu kepadamu, sebab itu hatimu berdukacita. Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu. Dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman;

Akan dosa, karena mereka tetap tidak percaya kepada-Ku; Akan kebenaran, karena Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak melihat Aku lagi;
Akan penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum.

Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya. Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya ) ([159]).         




✡✡✡✡✡
                                                           
__________________________
[159] - Injil Yohanes, bab XVI: 5-13


Tiada ulasan:

Catat Ulasan