Halaman

Selasa, 10 Februari 2015

Soalan 225: Penangkis Was-Was Dari Syaitan


Soalan 225: Penangkis Was-Was Dari Syaitan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
الحمد لله رب العالمين، اللهم صلى على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Salam atas mu Ya Saidi wa Maulai, Ya Walidaiy Ahmad. Selawat Tuhan atas kamu dan atas bapa-bapa kamu Al-Aimmah dan anak-anak kamu Mahdi-mahdi.

Maulai, apakah tafsiran ayat-ayat ini:

﴿إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ * وَإِخْوَانُهُمْ يَمُدُّونَهُمْ فِي الْغَيِّ ثُمَّ لاَ يُقْصِرُونَ﴾

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. * Dan saudara-saudara mereka (orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan). [33]?.

Dihantar oleh: Umm Zainab ini – Maghribi

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

.Allah Taala berfirman:

﴿خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ * وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ * إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكّـَرُواْ فَإِذَا هُـم مُّبْصِـرُونَ * وَإِخْوَانُهُمْ يَمُدُّونَهُمْ فِي الْغَيِّ ثُمَّ لاَ يُقْصِرُونَ﴾

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. * Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui* Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. * Dan saudara-saudara mereka (orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan). [34].

Allah SWTmemerintahkan Al-Rasul (S) berpaling dari orang yang jahil dan jangan berhujah (berdebat) dengan mereka, kerana mereka tidak terdedah kepada kebenaran, tetapi mereka terus-menerus dengan kejahilan mereka apabila membincangkannya dengan syaitan-syaitan (saudara-saudara mereka) yang bersubahat dan menolak mereka untuk lebih maju, maka akan lebih dalam lagi pertembungan yang merugikan ini, Kejahilan dan saudara-saudara Syaitan bersatu dalam kegelapan.

Allah Taala berfirman:

﴿وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ @ إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ﴾

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui* Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. [35].

Orang mukmin adalah cahaya dan dari cahaya, dan syaitan pula adalah kegelapan dan dari kegelapan, orang mukmin jika tersentuh bayangan kegelapan dan was-was akan mengganggu penglihatannya(mata hatinya):

[Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan.............. bila mereka ditimpa was-was dari syaitan] akan mendapatkan perlindungan kepada CahayaNya SWT dengan mengingatinya (berzikir) dan berlindung (berta3uz) dengan cahayaNya dari kegelapan yang menyentuhnya, maka kandungan cahayanya dan kegelapan yang menyentuhnya membuat dia kembali ke pengelihatannya (mata hatinya),

 [......... maka berlindunglah kepada Allah, Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui........... mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.], dan tidak masuk kita ke dalam kehidupan di dunia ini melainkan peringkat demi peringkat-peringkat sentuhan kegelapan dan Syaitan kepada kita, Maka orang-orang bertakwa akan beringat (berzikir) dan kembali kepada permulaan cahaya yang darinya mereka datang.

﴿الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ﴾

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [36].



                            
Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡


________________
[33] Al-A3raaf 7:201-202.
[34] Al-A3raaf 7:199-202.
[35] Al-A3raaf 7:200-201.

[36] Al-Ra3d 13:28.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan