Halaman

Isnin, 9 Februari 2015


Soalan 224: Zikir Yang Mendapat Kesan Cepat

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
الحمد لله رب العالمين، اللهم صلى على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
.

Soalannya adalah: Apakah ciri-ciri khusus-nama batin dan ia adalah salah satu daripada nama-nama Allah Taala? Saya pernah mendengar bahawa sesiapa yang mengulangi nama Ya Bathin (nama tersebut) dalam bilangan tertentu akan mengetahui apa yang ada dalam hati kecil (dhamir) manusia, adakah nama-nama ini mewakili mereka para malaikat atau jin-jin yang soleh? Apakah nama yang mewakili dengan nama ini yang merupakan wakil untuk berkhidmat dari yang meminta dengan mengulangi beberapa kali nama tertentu? Ia mengatakan sebanyak 62 kali selama empat puluh hari.

Dihantar oleh: Khadam mu 3azam Aal-3ubaidi – yang menolong Al-Yamani


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Seorang mukmin tidak patut dengan berzikir (mengingati) Allah SWT untuk mencari sesuatu selain redha Allah.

Nama-nama Allah SWT boleh memberi kesan kepada manusia; kerana ia adalah fitrahNya yang mempunyai kecenderungan semula jadi padanya, iaitu bahawa manusia adalah makhluk pertama dengan nama-nama Allah SWT, dan tajalli (perwujudan) nama-nama Allah Yang Teragung di dalam penciptaan adalah seorang manusia.

Bagi yang menyebut nama ini dengan ditentukan beberapa kali, maka ia mengetahui apa yang ada dalam hati-hati kecil manusia, maka ia dilarang Allah SWT kerana ia memalukan penciptaanNya dan mendedahkan tirai yang mengharap taubat mereka. Jika anda ingin dibangkitkan dari orang-orang yang menerima nikmat Allah dari para nabi, para washiy dan para syuhada maka ingatilah Allah (berzikir) dengan ikhlas dalam segala keadaan tanpa mencari atau berharap pahala atau ganjaran akhirat atau dunia.

Jika anda ingin mengetahui (dapat makrifah) sebahagian hakikat-hakikat dan dibalas cepat dariNya SWT, bacalah Surah Al-Nur (Surah 24) tujuh puluh kali berulang-ulang tanpa henti kecuali untuk keperluan, seperti makan, minum atau tidur (solat dsb), dan selepas selesai (habis 70 kali) Bacalah firman ini:

﴿نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ﴾
                                                        
NabbaAniya l-3alimu  l-khabir

Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal [31]
sepuluh ribu kali (10 000 X) dalam masa tiga hari atau kurang,

dan kemudian bacalah firman ini:


﴿ادْخُلُوهَا بِسَلامٍ آمِنِينَ﴾

Udkhuluha Bisalamin Aminin

"Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman" [32]

juga sepuluh ribu kali (10 000 X) dalam masa tiga hari atau kurang.

                
                            
Ahmad Al-Hassan






✡✡✡✡✡


________________
[31] – Al-Tahrim 66:3.
[32] – Al-Hijr 15:45 
.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan