Halaman

Selasa, 13 Januari 2015

Soalan 62: Pengajaran dari Lebah


Soalan / 62: Dia SWT berfirman:


﴿وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ﴾

{Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",} [44].  





﴿ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ﴾

{kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.} [45].

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat yang mulia tersebut, dan lebah dihubungkan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul dan para Imam dan Yang disucikan dan khususnya Al-Syed (as)?

Penyoal: Ibrahim Raghil

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Tuhan tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia, tetapi semuanya dengan kadar dan ketentuan bijaksana secara menyeluruh; supaya manusia merenungkan ciptaan Allah, maka mengenal melalui hakikat pertimbangan ini, dan bagaimana Dia SWT mendorong manusia untuk merenungkan penciptaannya supaya mereka dibimbing kepada kebenaran
           
﴿أَوَلَمْ يَنْظُرُوا فِي مَلَكُوتِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ وَأَنْ عَسَى أَنْ يَكُونَ قَدِ اقْتَرَبَ أَجَلُهُمْ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ﴾

{Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan mereka? Maka kepada berita manakah lagi mereka akan beriman sesudah Al Quran itu?} [46].  

﴿هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الْآياتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ﴾

{Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.} [47].


Pada lebah ada tanda-tanda bagi manusia mengenali melalui kebenarannya, kerana lebah mengumpul madu dari tumbuh-tumbuhan ... Dan madu dapat menyembuh dan menyehatkan tubuh badan, dan begitu juga para Nabi dan Aushiak dan pengikut (Syiah) mereka ... Mereka mengumpul pengetahuan dari pokok yang baik dan diberkati, dan dalam pengetahuan (ilmu) untuk merawat ruh-ruh (kehidupan).

Dengan itu kerajaan lebah akan musnah apabila ia kehilangan Ratunya. Pada mulanya kumpulan Ratu-ratu terdiri dari Ratu-ratu palsu sepenuhnya seperti keadaan para ulamak yang tidak beramal. Untuk mereka menghasilkan telur yang tidak boleh disenyawakan agar semua lebah akan tertipu dengan pengeluaran khayalan yang palsu ini. Dalam usaha bahawa takdir kehancuran kerajaan adalah selepas ia beransur-ansur hancur.


Ratu-ratu palsu dalam sebuah Kerajaan yang hilang adalah lebih daripada satu Ratu dan mereka tidak bersetuju dengan satu gerakan terancang untuk membuat sarang. Setiap Ratu itu juga dikelilingi oleh sekumpulan lebah selepas menipu yang dia adalah Ratu sebenar. Dan pembahagian kerajaan ini disebabkan oleh Ratu-ratu palsu.

Jika kamu mengikuti keadaan Ratu-ratu palsu dalam Kerajaan lebah ... Kamu akan dapati ia sangat serupa dengan keadaan para ulama yang tidak beramal yang membawa pengetahuan yang merosak selepas mereka minum air yang menjijikkan yang menyebabkan perpecahan umat selepas ia kehilangan Nabi dan Imamnya.

Dan pada lebah terdapat tanda menebus dan pengorbanan diri apabila musuh menyerang Kerajaan lebah  Maka jika lebah-lebah menyerang musuh untuk mempertahankan Kerajaan dan Ratu serta seluruh warga lebah,. setiap ekor lebah yang menyengat musuh pasti kehilangan hidupnya; namun lebah keluar tanpa teragak-agak untuk mengorbankan diri mereka sendiri. Dan dalam hal ini adalah tanda dan pengajaran dalam menjauhi Keakuan (al-Ana –ego).

Di dalam jawapan yang ringkas ini saya cuba menerangkan kepada anda cara yang mudah, untuk anda sendiri mengesan keadaan lebah dan kerajaannya; untuk menemukan sejauh mana persamaannya dengan ahli-ahli agama, persamaan dari segi kejujuran dan kesesatan dan pembohongan, maka kenalilah darinya kerana Allah berbicara kepada manusia melalui segala sesuatu, melalui batu, pokok dan haiwan. [48].



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[44] – Al-Nahl 16:68.
[45] -  Al-Nahl 16:69.
[46] – Al-A3raaf 7:185.
[47] – Yunus 10:5.
[48] – Oleh kerana itu anda dapati Ahl al-Bayt adalah seperti diri mereka sendiri dan Syiah mereka yang jujur seperti lebah, Dari Abi Abdillah (as) pada mengatakan firman Allah Taala:
(وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ)
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:
) - [Al-Nahl 16:68] berkata: (Kamilah lebah yang Allah wahyukan kepadanya itu
(أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتاً)
("Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit.") menyuruh kami mengambil daripada orang Arab Syiah,
(وَمِنَ الشَّجَرِ)
(dan dari pokok-pokok)
Mengatakan: dari orang bukan Arab
(وَمِمَّا يَعْرِشُونَ)
(dan di tempat-tempat yang dibikin manusia) dari hamba yang dibebaskan, dan minum dari air yang berbeza warnannya:

 Ilmu yang datang daripada kami kepada kamu) Bihar Al-Anwar: J 42 h 110.. (Pengulas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan