Halaman

Ahad, 25 Januari 2015

Saudara-mara yang memusuhi Imam (a.s) dan dakwah


Saudara-mara yang memusuhi Imam (a.s) dan dakwah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya     

Saya akan cuba untuk menterjemahkan apa yang saya dapat dari seorang sheikh ansar dalam dakwah yang berkah ini . Dia adalah Al-Syeikh 3alaa’ Al-Salim.

Saya salin kata-katanya dari bilik paltalk ..
Saya tahu bahawa banyak Ansar mempunyai saudara-mara atau ibu bapa atau ahli keluarga menentang Imam (as) dan dakwahnya dan mereka mendengar banyak perkara yang lebih buruk dari mereka yang menentang dakwah ini.

Jadi insya Allah ia akan memudahkan Ansar dapat bersabar apabila mereka membacanya:

Seorang Ansar, Al-Syeikh Alaa Alsalem memohon maaf kepada Imam (as) pada suatu hari mengenai saudara mara yang memusuhi dakwah ini ..

Jadi Imam (as) menjawab: Mengapa kamu meminta maaf apabila kamu bukan dari kalangannya dan dia pula bukan dari kalangan kamu? Tidakkah kamu membaca firman Allah:

﴿فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلَا أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَتَسَاءَلُونَ﴾

''
Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak ada pula mereka saling bertanya.'' - [Surah Al-Mu'minuun 23:101] 

Oleh itu, jika Allah menjanjikan kepada kamu bahawa di hari kiamat mengapa kamu menunggu hari itu?? Yang difardhu adalah orang-orang yang rapat dengan kamu adalah orang-orang yang dekat dengan Allah SWT dan walaupun dia bukan dari saudara-mara kamu. Dan yang menjauhi kamu adalah orang yang jauh dari Allah SWT walaupun dia dari saudara-mara kamu.

Versi Arab


قال احد شيوخ هذه الدعوة المباركة وهو الشيخ علاء السالم:

عتذرت للسيد (ع) يوماً عن رجل تقريبا ابن عمي يكون لشدة عدائه للدعوة

فقال (ع) لم الاعتذار؟ فلا انت منه ولا هو منك، الم تقرأ قول الله ((فاذا نفخ في الصور فلا انساب بينهم يومئذٍ ولا يتساءلون)) المؤمنون : 101

واذا كان هذا ما وعدكم الله به يوم القيامة فلماذا تنتظرون ذلك اليوم ؟؟ المفروض يكون قريبكم القريب من الله وان بعد عنكم رحمه والبعيد عنكم هو البعيد عن الله وان قرب لكم رحمه

Tiada ulasan:

Catat Ulasan