Halaman

Isnin, 26 Januari 2015

Pada saya semuanya untuk kamu - Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)

Dan pada saya semuanya untuk kamu, jadi jangan sedih atau berada dalam kesakitan.

Kedudukan Syeikh 3alaa’ Al-Salim (yang diharap) bersama Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)

Ia disalin daripada paltalk

Syeikh 3alaa’ Al-Salim melaporkan:

Pada suatu hari salah seorang saudara ansar datang dan saya adalah salah seorang daripada pemegang amanah dari Al-Syed (as) ke atas Bait Al-Mal di suatu tempat.

Ketika saudara itu tiba, beliau menyerahkan kepada saya beberapa hak-hak Ilahiyah yang ada padanya dan saya telah dibenarkan dari beliau (as) untuk menerimanya. Dan perjalanannya beliau (as) telah jelaskan bahawa orang-orang yang berada pada keutamaan teratas adalah anak-anak yatim. Beliau  (as) berkata: Ketahuilah bahawa ini adalah perjalanan Ali bin Abi Talib (as) dengan hamba-hamba Allah.

Beramal dengannya atau selainnya adalah api neraka. Ketika saudara itu datang dan menyerahkan urusan ini, saya telah menunjukkan kepada beliau (as).

Dan saya tidak pernah melihat dia selama bertahun-tahun lamanya memegang sesuatu daripadanya di tangannya. Beliau (as) pernah berkata: Edarkanlah segala-galanya sebagaimana saya telah jelaskan kepada kamu. Saya pernah berkata kepada beliau (as): Adakah tuan tetap hanya untuk bertanya tentang kami dan berfikir tentang kami semua, dan kami tidak bertanya tentang tuan dan berfikir tentang tuan?

Beliau berkata: Di sisi saya semuanya adalah baik dan saya tidak memerlukan sesuatu kecuali doa kalian. Dan perjalanannya (as) ialah dia bekerja dengan tangannya.

Saya kembali kepada saudara tadi ..

Apabila beliau menyerahkan urusan ini dan kemudian pergi, selepas dia pergi saudara yang lain dari kumpulannya tiba dan pada tangannya ada minyak wangi berbotol kecil.

Beliau berkata: Orang yang menghantarnya pada kamu tetapi ia terlupa untuk memberikannya kepada kamu.

Saya bayangkan pada mulanya bahawa ia adalah untuk saya sebagai hadiah misalnya. Jadi saya membukanya dan meletakkan sebahagian daripadanya pada tapak tangan saya untuk menciumnya.

Kemudian saya teringat bahawa mungkin untuk Bait Al-Mal dan bukan untuk saya, jadi saya menutupnya kembali dalam ketakutan.

Jadi apabila ansar tersebut sampai di rumahnya dan menghubungi saya untuk menanyakan jika botol kecil berisi minyak wangi diserahkan kepada saya.

Dia berkata: Adakah kamu menerimanya?
Lalu saya katakan: Ya.
Maka dia berkata: Ia adalah hadiah untuk Al-Syed (as) ...
Pada masa itu saya berharap supaya bumi menelan saya.

Saya berkata kepada diri saya sendiri: Saya telah mengkhianati amanah ini dan mulai berbicara kepada diri saya sendiri.
Bagaimana Al-Qaim (as) boleh menjadikan kamu seorang pemegang amanah dan kamu terburu-buru untuk membuka sesuatu yang bukan untuk kamu dan Bait Al-Mal adalah hak-hak anak-anak yatim dan fakir miskin dan.. dan.. dan..Saya berkata kepada diri saya sendiri, dan saya mesti melaporkan kepada beliau (as) tentang musibah yang saya telah buat ini sebelum malaikat menghantar kepadanya laporan yang telah terdedah ini.

Saya telah menghubungi beliau dan melaporkan kepada beliau (as). Saya berkata: Saya memohon maaf terlebih dahulu atas apa yang berlaku.

Beliau berkata: Apa yang berlaku? Dan mengapa kamu meminta maaf?
Jadi saya kemudian mula menjelaskan masalah itu dan selepas kenyataan itu, saya masih ingat dia (as) berkata:
Dan kamu sekarang berada dalam kesakitan kerana sesuatu yang dikhususkan untuk saya?
Saya berkata: Ya.
Beliau berkata: Bukankah urusan untuk Ahmad Al-Hassan? Saya berkata: Ya.
Beliau (as) berkata: Dan pada saya semuanya untuk kamu, jadi jangan sedih atau berada dalam kesakitan.


والحمد لله وحده وحده وحده
والسلام على يماني آل محمد ع ورحمة الله وبركاته

Segala puji tertentu bagi Allah sahaja, bagiNya sahaja dan bagiNya sahaja

Salam sejahtera ke atas Yamani Aali Mohammed (as) dan rahmat Allah dan keberkatanNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan