Halaman

Isnin, 22 Disember 2014

Soalan 86: Satu soalan mengenai Barzakh

Soalan 86: Satu soalan mengenai Barzakh
Soalan 86: Salam dan sejahtera, pada Al-Safir (pengantara yang dihargai dan dimuliakan

Soalan saya adalah mengenai Al-Barzakh, bagaimanakah kehidupan orang yang mati di dalam Barzakh? Adakah mereka bertemu dengan orang lain dan menziarahi orang mati dan yang hidup? Dan adakah mereka makan makanan dan minum air? Dan bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan baik yang kita hadiahkan untuk mereka? Terima kasih banyak-banyak.

Penghantar: George Buthrus


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Golongan manusia dari berbagai golongan (kelas) yang berbeza, dan mempunyai Barzakh mereka sendiri. Maka lainlah pula keadaan para Nabi, Aushiak, dan Auliyaa Allah SWT, yang tidak sama keadaan yang berlaku pada orang-orang mukmin yang melakukan perbuatan maksiat. Dan lainlah pula keadaan yang berlaku pada orang-orang kafir seperti keadaan para pemimpin kufaar dan perosak seperti Namrud yang menentang Nabi Allah Ibrahim (as), dan Firaun yang menentang Nabi Allah Musa (as), dan seperti Hananiah (Chananyah) dan Kayafa (Caiaphas) ulama orang-orang Yahudi yang tidak beramal yang menentang Nabi Allah Isa (as).

Dan mungkin mereka yang mati dalam Barzakh boleh menziarahi orang hidup dan yang mati dengan izin Allah, dan mereka makan dan minum apa yang sesuai dengan alam mereka yang diturunkan (diberikan) dan yang sesuai dengan amalan mereka sebelumnya. Dan orang yang beriman sebahagian mereka mendapat manfaat daripada kerja-kerja baik (kebajikan) yang dilakukan kepada mereka oleh orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini. Dan saya secara peribadi melawat pusara bapa saya tahun lalu dan beliau bercakap kepada saya dari kubur dan saya mendengar suaranya.

Dan banyak orang hidup melihat orang mati menziarahi mereka dalam rukya, iaitu semasa tidur.

Bagi para nabi dan Aushiak di Barzakh pasti mereka terus bekerja pada apa yang telah diperintahkan Allah kepada mereka, dan mereka mempunyai amalan-amalan dan kesan di dunia ini dan di alam yang lain. [154]


✡✡✡✡✡
                                       
______________________________
[154] – Bahawa dalam perkara sebegini ada banyak riwayat daripada hadits Al-3itrah Al-Thahirah (as): Diriwayatkan dari Amir Al-Mukminan (as) dalam khutbahnya, beliau berkata, "... Wahai manusia ambillah (kata-kata) ini daripada penutup Nabi-Nabi (S) , bahawa orang-orang yang mati di antara kita sedangkan mereka tidak mati, dan orang-orang yang reput di antara kita sedangkan mereka tidak reput. Jadi jangan bercakap tentang apa yang kamu tidak tahu, kerana kebanyakan kebenaran terletak dalam apa yang kamu nafikan alasan yang tiada hujjah bagi kamu padanya, dan aku adalah... "Nahjul Balaghah Jilid 1, halaman. 154.

Dan dari Ammar bin Marwan dari Sama3ah, beliau berkata, ""Saya telah memasuki rumah Abi Abdillah (as) dan beliau melihat saya bercakap pada diri saya, lalu dia berkata,"Apakah kamu bercakap pada dirimu, kamu (rindu) untuk melihat Aba Jafar (as)? "Lalu aku berkata , "Ya" Beliau berkata, "Kalau begitu masuklah ke dalam rumah" Ketika itu ada Abu Jafar (as). "Bashair Al-Darajat oleh Al-Saffar halaman 295.


Ada sekumpulan dari Syiah datang menemui Al-Hassan bin Ali (as) selepas pembunuhan Amir Al-Mukminan (as) untuk bertanya kepadanya soalan, maka dia berkata, "Adakah kamu mengenali Amir Al-Mukminan (as) jika kamu melihatnya?" Mereka berkata, "Ya." Maka beliau (as) berkata, "Angkatlah tirai itu." Lalu mereka mengangkatnya, dan mereka dapati Amir Al-Mukminan (as) dan tidak menafikarinya. Dan Amir Al-Mukminan (as) berkata, " orang-orang di antara kami mati sedangkan mereka tidak mati, dan orang-orang di antara kami kekal sebagai Hujjah terhadap kamu." Bashair Al-Darajat oleh Al-Saffar halaman 295. (Pengulas)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan