Halaman

Khamis, 4 Disember 2014

Soalan 61: Mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah mendatangkan ketakwaan hati?

Soalan 61: Mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah mendatangkan ketakwaan hati?
Soalan 61: Apakah tafsiran ayat yang mulia ini,

﴿ذَلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ﴾

{Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.} {Al-Hajj 22:32]

Apakah yang dimaksudkan dengan syi'ar-syi'ar Allah?

Penyoal: Zaid Safaa

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Pengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam penuh pengiktirasan.

Syi'ar-syi'ar Allah adalah dalil-dalil (tanda-tanda) kepada Allah SWT, dan di antaranya adalah Al-Shafa dan Al-Marwah; kerana di antara keduanya kudrat (kuasa) Allah SWT kepada Adam dan Hawa dan Ibrahim dan Hajar (as), dan seterusnya, kepada semua umat manusia. Untuk Ibrahim dan Hajar adalah di perigi (mata air) Zam Zam, dan untuk Adam dan
Hawa itu apabila Adam turun ke Bukit Shafa dan Hawa di Bukit Marwah, dan datang bersama-sama di kedua-dua bukit bagi Adam dan Hawa menjalani kehidupan manusia di muka bumi ini, sama seperti mengalirnya mata air Zam Zam setelah dijumpai kemudiannya.


Maka ketika mengerjakan Haji untuk mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, dan dalam mengagungkannya dengan mengagungkan kudrat (kuasa) Allah di hati manusia. Dan di antara syi'ar-syi'ar Allah adalah Bukit 'Arafah, Al-Masya’ir Al-Haram dan jejak (tinggalan) para nabi, rasul dan aushiak (as), dan diri-diri mereka sendiri (as) adalah syi'ar-syi'ar agung Allah AWJ. Oleh itu, dengan mengingati mereka adalah mengagungkan keagungan syi'ar-syi'ar Allah SWT.

Dan ianya dipanggil syi'ar-syi'ar; kerana manusia yang beriman akan menjadikan syi’ar kudrat (kuasa) Allah yang akan tampil meresap di dalam hatinya.




✡✡✡✡✡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan