Halaman

Ahad, 19 Oktober 2014

Soalan 536 Mengapa hanya empat wanita sahaja yang sempurna?

Soalan 536 Mengapa hanya empat wanita sahaja yang sempurna?

Soalan 536: Buat tuan dan anak Imam saya, Al-Sayyid Al-Imam Ahmad Al Hassan, semoga Allah melindungi dan meneguhkan jejaknya... Salam bagimu wahai keluarga Rasulullah, sumber ilmu dan rahmat.

Tuan, saya datang kepada tuan dengan satu persoalan yang selalu membingungkan fikiran dan saya telah menghabiskan banyak masa dan usaha untuknya namun tidak saya temui jawapan atau maknanya , dan persoalan itu adalah: "Mengapa hanya empat wanita sahaja yang sempurna!!! Mariam (as), Asiah (as), Khadijah (as), dan Fatimah Az-Zahra yang suci dan dimuliakan, selawat Tuhanku atasnya.

Sebagai anak kesayangan bonda Fatimah, bolehkah tuan beritahu secara saintifik dan bernas dari sumber ilmiah dan dari anak kepada Nabi Besar (selawat Tuhanku atasnya) supaya saya dapat kembali dengan gembiranya dan berpuas hati membawa jawapan tuan kepada rakan-rakan saya??

Saya menunggu jawapan dari tuan dan saya teringin sekali ingin bertemu serta berkhidmat dan meraih kemenangan Jihad di bawah panji tuan. Semoga Tuhan atas segala yang dipertuhankan (Rabb Al-Arbaab) dan sebab dari segala asbab melindungi serta merahmati dan meneguhkan langkah tuan, dan semoga tuan sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Pengirim: Al-Sayid Al-Imam- Al-Khalij

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, dan semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada Muhammad dan keluarganya, para Imam dan para Mahdi.

Adalah tidak benar bahawa hanya empat wanita sahaja yang sempurna dan maksud yang betul ialah setiap manusia, berdasarkan pengetahuan dan usaha mereka, mempunyai makam yang tertentu di sisi Allah, baik lelaki mahupun wanita. Adapun keutamaan bagi orang tertentu bahawa dia adalah lebih baik daripada semua orang yang mendahuluinya atau lebih baik daripada orang-orang di zamannya atau bahkan lebih baik daripada semua orang, ia tidak disahkan  melainkan dengan nash dari Allah SWT melalui Rasul-Nya, dan telah disahkan  bahawa Fatimah (as) adalah Penghulu bagi sekalian wanita berdasarkan perkhabaran Rasulullah (S) yang datang dari Allah yang mengetahui segala yang ghaib. Sungguhpun telah terbukti bahawa Mariam, Asiah dan Khadijah mempunyai keutamaan dan makam yang tinggi di sisi Allah SWT, namun ia tidak terhad kepada mereka sahaja melainkan terdapat ramai wanita yang dirahmati dan mempunyai makam yang tinggi di sisi Allah SWT, bahkan terdapat seorang wanita yang lebih baik daripada mereka ini (Mariam, Asiah dan Khadijah) iaitu Zainab (as) puteri imam Ali (as) yang merupakan wanita yang terbaik dari semua wanita setelah ibunya Fatimah (as).

Jadi ucapan anda bahawa wanita yang terpilih hanyalah empat orang sahaja adalah tidak tepat, dan ketahuilah bahawa pintu langit sentiasa terbuka sehingga hari kiamat untuk setiap wanita menjadi salah seorang wanita terbaik di seluruh alam dengan amal usaha dan keikhlasannya.

Salam sejahtera ke atas kamu beserta rahmat Allah dan keberkatanNya.

Ahmad Al Hassan
Muharram Al-Harram / 1432 H

Ihsan terjemahan: Muhammad Adli Abdul Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan