Halaman

Ahad, 26 Oktober 2014

Bebaskan Diri Anda

Post FB Sayed Ahmad AS: Bebaskan Diri Anda
 OLEH ABU ALI AL ANSARI OCTOBER 25, 2014 

                          
Salam dan rahmat Allah buat anda semua.

Setiap orang, kecuali sesiapa yang Allah mengasihaninya,  dibebankan dengan mengunci dirinya sendiri dalam kotak ingatannya. Ingatan ini selalunya bersifat sementara, jadi anda akan mendapati orang itu mengunci dirinya di dalam kotak sempit yang mempunyai beberapa masalah atau isu yang dihadapi orang tersebut di setiap fasa hidupnya. Oleh kerana masalah dan isu yang dihadapi oleh orang itu hanya berakhir dengan kematiannya, kamu akan mendapati yang setiap orang (kecuali orang yang dikasihi Allah) akan sentiasa berfikir tentang apa yang berada dalam kotak(fikirannya) yang mana beliau mengunci diri di dalamnya, walaupun waktu bersolat. Malah, dia mati dalam keadaan terpenjara di dalam kotak yang sempit lagi menyesakkan ini.

 Bulan Al Hussain semakin menghampiri, bulan kebebasan yang sebenar, bulan Muharam al Haram, ini adalah seruan kepada manusia untuk memecahkan kotak tersebut dan keluar darinya. Kebebasan yang berada di luar kotak masalah dan isu yang kamu hadapi di dalam dunia ini adalah berbaloi (dikecapi). Malah, yakinlah bahawa di dalamnya ada kebebasan; ada penyelesaian untuk semua masalah dan isu (yang kamu hadapi) dengan cara terbaik.

Pecahkan kotak tersebut dan keluarkan diri kamu dari kurungan yang kamu pilih untuk diri kamu buat seumur hidup kamu pada masa lalu.


Bersamalah Allah dan ingatilah Allah sentiasa. Bergeraklah secara bebas di dalam ruangan kasih sayang Allah, ruangan yang sangat luas dengan kebebasan sebenar. Musnahkan kotak tersebut, dan setiap kali idea, masalah dan isu yang kamu hadapi di dunia ini memanggil agar kamu masuk semula ke dalam kotak kurungan tersebut, hadapilah mereka dengan mengingati Allah, dan cuba untuk tidak memasuki kotak itu semula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan