Halaman

Selasa, 14 Oktober 2014

Soalan 435: 3qad perkahwinan saksi dan mengumumkan

Soalan 435: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Saya memohon maaf dan pengampunan dari Maulai hujjah Allah atasku dan atas ciptaanNya Imam Ahmad Al-Hassan (as), dan memohon maaf padamu Maulai kerana mempemanjangan dalam surat ini.

Secara ringkas Ya Maulai, saya kenal seorang wanita penduduk dalam negara ini di suatu tempat, yang telah bercerai dengan seseorang dan hidup keseorangan di negara Barat yang rosak ini, saya mengenalinya sudah lama dan saya temuinya hari ini mengeluh mengenai sara hidup yang dialaminya oleh kehadiran binatang liar, dia kurus dibandingkan dengan kebanyakan wanita penduduk di sini dan saya rasa dari kata-katanya bahawa dia mahu berkahwin dengan seseorang yang bertaqwa kerana dia menganali saya seorang beriman, seorang Syiah tetapi dia hanya seorang janda, dan meminta saya untuk berkahwin dengannya secara sembunyi, untuk melindungi mereka ia suatu perkara besar pada saya dan bukan sesuatu yang senang. Saya memberitahunya bahawa saya mahu berkahwin lagi, tetapi tidak akan berkahwin melainkan dengan yang mukminah, dan dia berkata dia memerlukan seorang yang beriman untuk kembali kepada Allah, dan dia tidak terbuka dengan dakwah, kerana dia buta huruf tidak tahu apa-apa, saya memberitahunya bahawa, Allah melarang, saya mengahwini kamu jika tidak beriman dan berpegang teguh dengan semuanya, saya bersetuju bahawa dia mahu kembali kepada Allah dan dia bosan dengan kehidupan yang kotor ini dan mahu membersihkannya, kerana dia tahu bahawa saya sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak, saya memberitahunya semuga Allah memberi kebaikan dan melimpahkan kurnia kepadanya, Saya beristikhaarah pada Allah: Adakah wanita ini adalah baik untuk dunia dan Akhiratku, dan mengurniakan nasib yang baik dan kebahagiaan.

Satu lagi perkara ya Maulai ialah kaedah perkahwinan di negara ini adalah di antara pasangan itu di masjid melalui kedua-dua saksi; kerana ia masjid masyarakat Al-Sunnah. Berakhir.

Ya Maulai, saya pohonkan nasihat dan perhatian tuan, kerana tuan lebih arif. Selawat Allah ke atas tuan dan atas bapa-bapa tuan, anak-anak tuan orang-orang yang baik lagi disucikan.

Penghantar: Dari Sepanyol

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Jika Allah memilih untuk kamu, maka kebaikan adalah apa yang dipilihNya. Berkenaan dengan 3aqad itu, semoga Allah memberikan kamu kejayaan. Kamu berdua boleh menyempurnakan 3aqad di antara satu sama lain dan disaksikan dua saksi bagi pihak kamu atau umumkan kepada beberapa orang selepas kamu menyempurnakan 3aqad tersebut; seperti menjemput beberapa orang yang kamu kenali untuk sebuah kenduri agar orang ramai tahu tentang perkahwinan kamu. Sehingga menyempurnakan 3aqad di masjid yang lain untuk tujuan dokumentasi atau apa jua sebab. Kamu boleh melakukan semula sighah (kenyataan) 3aqad, jika ada sebarang Khalal (kesilapan)

Dan 3aqad itu mencukupi jika si wanita mengatakan kepada kamu:  
(زوجتك نفسي بمهر قدره – كذا - وتذكر المهر)
(Zawijutuka nafsi bi mahar qadarahu-kazha-wa tazhkur al-mahar) -  Aku kahwinkan diri ku pada mu dengan mahar sebanyak ini… dan sebutkan mahar). Dan tidak perlu pihak ketiga untuk menyebutkan kepada kamu, yang perlu hanyalah dua orang saksi ketika 3aqad tersebut. Jika tiada, maka selepas 3aqad, jadikan ia diketahui ramai dengan memberi tahu beberapa orang bahawa kamu sudah berkahwin dengan fulan binti fulan, dan kamu boleh mengumumkannya dnegan cara apa pun seperti kenduri atau dengan apa cara yang sesuai dengan situasi kamu. 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Ahmad Al-Hassan
lewat Shafar / 1431
           


✡✡✡✡✡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan