Halaman

Selasa, 14 Oktober 2014

Soalan 410: Bagaimana Menolak Jauh Dengki Dan Sihir


Soalan 410:
Salam atas kamu.

Saudara Ahmad Al-Hasan,

Saya meminta saudara untuk beberapa ayat-ayat al-Quran yang saya boleh membaca setiap hari yang menolak jauh dengki atau sihir yang merosakkan saya dan keluarga saya, semoga Allah memberkati saudara dan menyokong saudara.

Pengirim: N H     

Jawapan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.


Untuk menghilangkan kedengkian dan sihir, ambil sedikit kunyit dan campurkan dengan sedikit air supaya warnanya cecair menjadi hampir merah, dan di atas air ini, bacakan Surah Al-Fatihah, Al-Tawhid, Al-Falaq, An-Nas Dan Al-Kafirun, dan dengan menggunakan ranting (kayu) yang bersih dan kunyit itu [sebagai dakwat], tulis di atas sekeping kertas putih,

·        Ayat Al-Kursiy, [Al-Baqarah 2:255] 
·       كهيعص
·       حمعسق
·       ن والقلم وما يسطرون
·       يس
·       حم
·       ألم
·       ألر
·       سورة الفلق  - (seluruh Surah Al-Falaq)
·       سورة الناس، - (seluruh Surah An-Nas)
               
Selepas itu, letakkan kertas ini dalam kira-kira tiga liter air dan bersih diri anda (mandi) dengan air ini, dan (jangan lupa) kumpulkan (tadah) air yang telah digunakan untuk mandi ini dan buangkan di tempat yang suci.

Dan Insya Allah, dan dengan berkat ayat-ayat Allah, orang yang melakukan dengan cara ini akan dapati ia menjadi sebab untuk sihir itu disingkirkan darinya.

Selepas itu, bacalah
سبحانه هو الله الواحد القهار
[Subhanahu Huwa Allah Al-Wahid Al-Qahhar]
{Maha Suci Allah, Allah, yang Esa, yang Menakluk} sepuluh ribu kali dalam masa kurang daripada tiga hari, dan

Selalu membaca "Ayat Kerusi" dan Surah al-Falaq untuk menolak (hasad) dengki, terutama pada waktu- subuh dan matahari terbenam, supaya Allah memberi taiifiq (menyokong) kepada anda untuk mengetahui kebenaran dan menuju padanya.

Dan Salam atas kamu Rahmat Allah dan keberkatan-Nya


Ahmed al-Hasan

Zhul Hijjah, 1430 A.H.



✡✡✡✡✡
                                                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan