Halaman

Isnin, 11 Ogos 2014

Soalan 31: Cara mencari kebenaran Al-Syed

Soalan 31: 
السلام عليكم
Salam atas kamu...
Saya ingin tahu Susur galur penuh keturunan (full family tree) Al-Syed.
      
Ahmad
8 / Rabi3 Al-Awwal / 1326 H.

Jawapan: 
بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله على بلائه وعظيم نعمائه … اللهم صلِّ على محمد وآل محمد.


Segala puji adalah bagi Allah atas ujianNya dan nikmat yang besar dariNya.... Ya Allah selawat atas Muhammad dan Aali Muhammad

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Pertama: Permintaan saudara Ahmad untuk mengetahui Susur galur penuh keturunan Al-Syed Ahmad Al-Hassan tidak membawa manfaat dalam apa jua cara untuk mengenali kebenaran Al-Syed Ahmad Al-Hassan; kerana nasab keturunannya terputus hingga datuk kelima.

Kedua: saudara harus menyelidik: Adakah dia benar-benar seorang Utusan dari Imam Al-Mahdi [as] atau tidak? Jika telah terbukti bahawa beliau diutus dari Imam [as], segala sesuatu yang lain dia katakan akan menjadi bukti juga, dan akan menjadi hujjah kepada manusia. Dalam hal membuktikan keturunan Imam Mahdi ini tidak dapat dicapai kecuali melalui jalan Allah Taala dan Imam Al-Mahdy [as] sendiri, kerana manusia tidak diberitahu apa-apa dan kerana dia yang tersembunyi daripada mereka. Jika saudara mahu mengetahui lanjut mengenai [hal] keturunan Imam [as], saya menasihati saudara untuk mengkaji semula buku [Al-Rad Al-Hasim 3ala munkiri zhuriah Al-Qaim - Jawapan yang tegas kepada mereka yang menafikan keturunan Qai'm] -Satu daripada penerbitan Ansar Imam Mahdi [as].

Semoga Allah memberikan taufiq kepada saudara untuk mengenali kebenaran, disokongNya dan diabsahkanNya padanya ...
والسلام عليكم  … والحمد لله وحده.


dan salam atas kamu ... dan pujian bagi Allah semata-mata.

.
Nadzim Al-3uqaili

Ansar Al-Imam Al-Mahdi (a.s).



✡✡✡✡✡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan