Halaman

Ahad, 10 Ogos 2014

Soalan 30: Dakwah

Soalan 30: بسم الله العزيز الحكيم

Kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan ... Apakah pendapat anda terhadap Al-Syed Al-Wali Al-Muqaddas Muhammad Al-Shadr (ra)?
Apakah risalah ilmiah keagamaan anda. yang dengannya menjadi bukti kepada orang yang beriman?

jika cara anda untuk membuktikan hujjah anda pada mreaka yang mendustakan dari Marajik tanpa perlu anda pergi kepada mereka, tetapi mereka datang kepada anda, kerana menurut dakwaan anda, anda adalah seorang Rasul dari Al-Imam (aj)?

Sila jawab soalan saya.

PS: Saya tidak menafikan sebarang campur tangan bagi Imam; kerana Imam itu hadir sekarang dan kita sedang menunggu untuk dia muncul dengan kemunculan Terbesar beliau.

Namir
7 / Rabi3 Al-Tsani / 1426 H

Jawapan: بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله على بلائه وعظيم نعمائه … اللهم صلِّ على محمد وآل محمد.

Segala puji adalah bagi Allah atas ujianNya dan nikmat yang besar dariNya.... Ya Allah selawat atas Muhammad dan Aali Muhammad
.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Pendapat Al-Syed Ahmad Al-Hassan terhadap Al-Syahid Al-Syed Muhammad Muhammad Shadiq Al-Sadr adalah bahawa dia adalah salah satu daripada pengislah (reformis) dan dia dianggap sebahagian dari mereka yang banyak membuka jalan kepada Imam Al-Mahdi (as), Semoga rahmat Allah ke atasnya dan keberkatanNya.

Risalah ilmiah Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan bukti ke atas manusia bahawa dia seorang Rasul (utusan) dari Imam Al-Mahdi (as) adalah untuk menyatukan kembali umat daripada perselisihan, kesesatan dan perpecahan, dan untuk menyatukan mereka di bawah panji-panji Imam Al-Mahdi, dan untuk menyingkirkan dan menentang pelantikan manusia (Kekufuran Demokrasi ala Barat) dan berikrar (mewujudkan) dengan Hakimiyah Allah Ta3ala; di mana beliau telah menjelaskannya di dalam Kitabnya (حاكمية الله لا حاكمية الناس - Hakimiyah Allah, Bukan Ketuanan Manusia), jadi sila rujuk kembali kepadanya dan memikirkannya.

Pembuktian (dalil-dalil) kejujuran (kebenaran) Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah banyak jadi sila rujuk di laman web yang dinyatakan di atas dan kami membuat pernyataan khas (Al-Balagh Al-Mubin Jilid 1), (Al-Rad Al-Qashim -The Shattering reply - jawapan penamat) dan (Al-Rad Al-Hasym - Jawapan Tegas), dan lain-lain penerbitan Ansar Al-Imam Al-Mahdi (as).

Sunnah Allah Ta3ala kepada pemegang dakwah Al-Ilahiyah adalah untuk menyampaikan kepada manusia dan menegakkan hujjah ke atas mereka di hadapan Allah Yang Maha Tinggi. Jadi jika manusia atau ulamak berpaling dan mengabaikan seruan-seruan ini, maka adalah satu kemestian untuk mengetuk pintu mereka dan mengajak mereka mendengar hujjah dan penjelasan, kerana ini adalah sirah perjalanan dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan para Imam yang suci, seperti yang diterangkan Rasulullah (S): (Doktor perayauan (Tabib bergerak) bersiap sedia dengan salap (ubat sapu) dan telah dipanaskan ubat-ubatannya), dan pada awal baginda diutus, baginda (S) menghantar utusan kepada raja-raja seperti raja Rom dan raja Parsi dan lain-lain, menuntut mereka supaya beriman dengan risalah baginda dari Allah Yang Maha Tinggi, dan Allah Ta3ala dengan sunnah (cara) ini telah menyebut dalam banyak keadaan dalam Al-Quran Al-Karim, sebahagian dari firmanNya yang Maha Tinggi dalam menerangkan dakwah Nabi Allah Nuh (as), firmanNya:

﴿قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلاً وَنَهَاراً * فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائي إِلَّا فِرَاراً * وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَاراً * ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَاراً * ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَاراً﴾

Nuh berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, (5) maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari. (6) Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan takbur diri dan sangat sombong. (7) Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka dengan cara terang-terangan, (8) kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam, (9). [71

.
Nadzim Al-3uqaili
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (a.s).
  


✡✡✡✡✡

---------------------------
 [71] – Nuh 71:5-9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan