Halaman

Sabtu, 9 Ogos 2014

Soalan 23: Siapakah Roh Kudus dalam al-Quran?

Soalan 23: Siapakah Roh Kudus dalam al-Quran? Dan yang ia turun? Dan apakah hubungan antara Fatima Al-Zahraa dan Roh Kudus?

Wael Sa3idah,
Safar / 1426 H

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين.

Jawapannya adalah di dalam Kitab Al-Mutasyabihat (Soalan 118), lebih-lebih lagi, Fatimah (as), Bapa beliau, Suaminya, Anak-anaknya, Imam dan Mahdi-mahdi adalah Roh Kudus Terbesar.

Ahmad al Hassan

Dan ia adalah seperti berikut:

Roh Kudus adalah roh yang suci atau yang maksum, apabila hamba itu beribadah dengan setia dan niat ikhlas kepada Allah SWT, dan mahu menghadap Allah dan rahmat, maka Allah mengasihi dia dan menyerahkan (mewakilkan) malaikat kepadanya danmemberika kepadanya setiap yang baik, dan menjauhkannya dari setiap kejahatan dan mendorongnya kepada berakhlak mulia, dan menjadikan Roh Kudus cara (pengantara) bagi menyampaikan ilmu kepada manusia yang diamanahkan kepadanya.

Dan Roh-roh Al-Kudus ada banyak dan bukan hanya satu, ada pada Jesus (as) dan pada Nabi-nabi dengan yang lebih rendah daripada yang ada pada Muhammad (S), Ali (as), Fatimah (as) dan Imam-imam (as) dan iaitu Roh Kudus Terbesar yang tidak turun melainkan pada Muhammad (S), dan selepas kematian baginda Roh Kudus Terbesar diserahkan kepada Ali (as), kemudian kepada Imam-imam (as) dan kemudian selepas mereka kepada Dua Belas Mahdi-mahdi (as).

[Diriwayatkan] dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah, Maha Pemberi Barkah, Maha Tinggi:

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ﴾

{Dan Kami wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} [59]

Maka beliau (as) berkata, "Ini adalah ciptaan dari penciptaan Allah Azza wa Jalla, yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail (as), ia ada bersama Rasulullah (S), yang memberitahu dan menegakkannya, dan ia ada bersama para Imam selepasnya.' "[60]

[Diriwayatkan] dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah Azza wa Jalla:

﴿وَيَسْأَلونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي﴾

{Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, "Roh itu adalah urusan Tuhanku."} [61].

Maka beliau (sawas) berkata, "Ini adalah ciptaan yang lebih besar dari Jibrail dan Mikail (as), ia ada bersama Rasulullah (S),  dan ia ada bersama para Imam dan ia dari Kerajaan Langit' (al-Malakut) " [62].

[Diriwayatkan] dari Abi Hamzah yang berkata: "Aku bertanya Aba Abdillah (as) tentang ilmu, adakah ia merupakan ilmu yang dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari mulut manusia, atau adakah ia di dalam Kitab yang bersamamu, kamu membacanya dan kemudian mempelajari darinya? Dia (as) berkata, 'Perkara ini adalah lebih besar dari itu, dan amat penting, tidakkah kamu mendengar Allah Azza wa Jalla berfirman,

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ﴾

{Dan Kami wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} [63]'

Kemudian beliau (as) berkata, 'Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah mereka setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan Iman itu?" Lalu aku berkata, "Aku tidak tahu, semoga aku menjadi tebusanmu, apa yang mereka katakan." Maka dia (as) berkata kepadaku, 'Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu, maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia telah mengajarnya kefahaman' " [64].

Apabila Rasulullah Muhammad (S) ketika beliau diturunkan ke dunia jisim (Al-Alam Al-Jasmani) ini untuk memulai ujian kedua setelah ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr), beliau ditutupi dengan tubuh fizik ini, tetapi apabila beliau mengabdikan diri kepada Allah, Yang Maha Agung, Maha Mulia, dengan pengabdian yang tidak pernah diketahui Bumi sepertinya, Allah mencintainya dan menugaskan untuknya Ruhul Qudus Teragung, dan beliau merupakan pemenang dalam perlumbaan di dunia (alam) ini sepertimana beliau juga adalah pemenang perlumbaan ini dalam ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr).


Ahmad al Hassan



✡✡✡✡✡

---------------------------
[59] - Al-Syura 42:52.
[60] - Bashair Al-Darajaat: halaman 475, Yanabi3 Al-ma3ajaz: halaman 70.
[61] - Al-Isra’ 17:85
[62] - Al-Kafi: Jilid 1, halaman 273.
[63] - Al-Syura 42:52

[64] - Al-Kafi: Jilid 1, halaman 274.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan