Halaman

Sabtu, 9 Ogos 2014

Soalan 20: Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat daripada kisah Nabi Musa (as)

Soalan 20: Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat daripada kisah Nabi Musa (as) dalam perjalanan untuk bertemu Khidhir (as), dalam perjalanan saya untuk bertemu Al-Mahdi (as)?

3ala’ Razaq,
4/ Rabi3 Al-Awwal/1426 H

Jawapan: بسم الله الرحمن الرحيم

Jawapannya adalah di laman web di perpustakaan: dalam buku Al-Mutasyabihat Bahagian Tiga diambil daripada jawapan kepada soalan keempat (No 72) oleh Al Sayed Ahmad al Hassan.

Adapun kisah yang berilmu (Al-Alim) (as) dengan Musa (as) ....Dan pada zaman Al-Qaim (as) juga ada kapal, budak lelaki dan dinding yang di bawahnya ada harta. Kapal itu bagi para sahabat Al-Qaim (as) diperuntukkan bagi memelihara dari para taghut penzalim (muncul dalam kecurigaan untuk ditunjukkan kepada) Al-Qaim (as), seperti yang diriwayatkan dari mereka (as) [49], dan budak lelaki itu dibunuh; kerana dari segi batinnya hitam dan digoda oleh syaitan (laknat Allah): (aku lebih baik daripadanya) [50],  diriwayatkan dari mereka (as) Al-Qaim (as) membunuh seorang daripada mereka yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya), dan mereka yang rapat dengan dia (as) [51],  dan harta yang keluar dari bawah dinding dan disebarkan pada manusia, dan ia ilmu Aali Muhammad (as).

Dari Al-Shadiq (as): (Ilmu itu dua puluh tujuh huruf, semua yang didatangkan pada Al-Rasul dua huruf, manusia tidak mengetahui sehingga ke hari ini adalah dua huruf, Apabila bangkit Qaim kita akan dikeluarkan dua puluh lima huruf dan akan disebarkan pada manusia, termasuk dua huruf sehingga menjadi dua puluh tujuh huruf) [52].

Telah berkata Amir Al-Mukminin (as) (pada kamu seumpamanya) [53], yakni Al-Qaim (as), Maka dia telah menyeru manusia, tetapi mereka mengatakan kepadanya:

Pulanglah wahai anak Fatimah[54], dan kemudian dia telah menyeru manusia untuk kali kedua dan mereka berkata, Pulanglah wahai anak Fatimah, dan untuk kali ketiga Allah meneguhkannya dengan dipancung leher mereka dan dibunuh mereka sehingga mencapai keredhaan Allah SWT [55], dan sehingga berkata kepadanya seorang yang rapat dengannya: Jika kamu menjauhkan diri dari manusia maka jauhlah ternakan. (menjadikan mereka lari). [56], dan sehingga manusia mengatakan ini bukan dari Aali Muhammad (as) kalaulah dari Aali Muhammad tentulah dalam kasih sayang, seperti yang ada dalam riwayat-riwayat dari mereka (as) [57].

Saya berharap apa yang diingatkan akan bermanfaat bagi orang yang beriman, walaupun dalam ketiga-tiga cerita itu terlalu banyak rahsia yang tidak ditonjolkan [58].

Kesimpulan yang saya ingin terangkan dari ketiga-tiga cerita ini berkait rapat dengan Al-Qaim (as) dan dengan para sahabatnya dan dengan tanda-tanda kemunculannya.

Ini adalah jawapan Al Sayed Ahmad al Hassan dalam buku Al-Mutashabehat (perbandingan itu)

أنصار الإمام المهدي
Ansar Al-Imam Al-Mahdi,
مكن الله له في الأرض
Semoga Allah memberikan kuasa padanya di bumi



✡✡✡✡✡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan