Halaman

Khamis, 10 Julai 2014

Soalan 152: Buta di dunia dan buta di akhirat

Soalan 152: Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى﴾

Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". [206],

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَمَنْ كَانَ فِي هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيلاً﴾

Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).. [207],

Apakah perbezaan di antara kedua-dua ayat di atas?
                  
Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Buta dalam kedua-dua ayat di atas: adalah buta mata hati, bukan buta penglihatan.

Dan firman Yang Maha Tinggi
﴿وَمَنْ كَانَ فِي هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيلاً﴾
Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).

Iaitu sesiapa yang beralih kepada Alam Jasmani dan lalai pada Malakut (Kerajaan) Allah SWT, tidak membenarkan dan tidak beriktikad (percaya) kepada ayat-ayat (tanda-tanda) Allah seperti Rukya dan Kasyaf, bahkan tidak beramal untuk meningkatkan Roh-Nya di dalam Kerajaan Lelangit (Malakut Al-Samawaat), dan hanya menyampaikan ilmu untuk kehidupan dunia sahaja, maka butalah mata hatinya kerana dia tidak melihat yang hak seperti ia tidak nampak matahari pada waktu tengah hari.

Adapun firmanNya Yang Maha Tinggi:
﴿وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى﴾
 Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Mereka adalah orang yang telah dinaikkan ke Kerajaan Lelangit (Malakut Al-Samawaat), dan dia melihat apa yang orang tidak lihat, iaitu pengelihatannya dibukakan, tetapi apabila diutus Waliy Allah ia tidak beriman kepadanya kerana iri hati (hasad), seperti halnya dengan (Bal3am bin Ba3uraa’), pada hal dia telah diperlihatkan apa yang ada di bawah ‘Arasy, tetapi beliau tidak beriman dengan Musa (as) kerana iri hati kepadanya, dan kerana harta kekayaan membawanya kepada orang-orang yang zalim, Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ﴾

Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. [208],

dan ayat-ayat selepas ayat ini menunjukkan pengertian berikut:

﴿قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنْتُ بَصِيراً * قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَى﴾

Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?" * Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan". [209].

 .


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[206] - Thaha 20:124.
[207] – Al-Israa’ 17:72.
[208] – Al-A3raaf 7:175, Dari Al-Hussein Bin Khalid, Abu Hassan Al-Ridha (as): (Bahawa telah diberikan Bal3am bin Ba3uraa’ nama yang teragung (Al-Ism Al-A3dzam), dia dipanggil dan menyahut seruan harta kekayaan dan cenderung kepada Firaun. Apabila dia meninggalkan Firaun untuk mencari Musa dan para sahabatnya, Firaun berkata kepada Bal3am: Serulah Allah atas Musa dan sahabat-sahabatnya supaya dia dihalang dari kami. Lalu dia menunggang keledainya untuk pergi mencari Musa. Keldainya tidak mahu bergerak, lalu dia mula memukulnya, maka Allah Azza wa Jalla menjadikan keldainya bercakap. Kedainya berkata: “Celakalah kamu, mengapa kamu memukulku? Adakah kamu mahu aku pergi bersama mu kepada nabi Allah dan orang-orang yang beriman?” Dia malahan terus memukul sehingga keldainya terbunuh. Maka Nama dilucutkan dari lidahnya. Dia SWT berfirman:
فانسلخ منها فأتبعه الشيطان فكان من الغاوين * ولو شئنا لرفعناه بها ولكنه أخلد إلى الأرض واتبع هواه فمثله كمثل الكلب إن تحمل عليه يلهث أو تتركه يلهث
"kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat * Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga)."

Dia adalah contoh yang dikalahkan. Maka kata Al-Ridha (as): tidak akan masuk syurga binatang-binatang kecuali tiga ekor: Keldai Bal3am, Anjing Ash7ab Al-Kahfi, dan Serigala. Sebab serigala itu, berpunca dari seorang raja yang zalim telah mengirim pegawainya (polis) mengepung kaum mukmin, dan mengazab mereka. Salah seorang pegawai polisnya mempunyai anak yang amat dikasihi, Datanglah seekor serigala memakan anaknya sehingga menyebabkan polis itu berasa amat sedih, Maka Allah masukkan serigala itu ke dalam syurga kerana telah membuatkan polis itu bersedih) Bihar Al-Anwar: Jilid 13, halaman 377.

[209] - Thaha 20:125-126.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan