Halaman

Jumaat, 11 Julai 2014

Soalan 153: Bukankah perintah sujud untuk para malaikat, bukan iblis?

Soalan 153: Kalaulah Iblis (laknahu Allah) bersalah kerana tidak sujud kepada Adam (as), mengapa ayat hanya ditujukan kepada malaikat dan tidak kepada jin? Bolehkah kita mengatakan bahawa ia adalah hujah baginya, dan ia adalah perintah sujud untuk para malaikat, bukan untuk jin?
                  
Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Iblis (laknahu Allah) dari golongan jin, menurut asalnya [210]. Dia daripada peringkat marhalah malaikat pada ketika dia datang dan diperintahkan sujud kepada malaikat itu. Perintah kepada malaikat dianggap meliputi semua para malaikat pada peringkat (marhalah) itu.

Jin dicipta bertanggungjawab dan taat kepada Allah akan naik ke martabat malaikat dan menjadi malaikat, dan fitrah manusia lebih besar lagi; di mana jika mereka taat kepada Allah SWT, malah akan naik manusia sehingga menjadi wajah Allah dan tangan Allah [211], seperti mana halnya Khalifah Allah di muka bumiNya (as) [212]. Manusia, jika mentaati Allah dinaikkan ke martabat yang lebih tinggi daripada martabat malaikat (as).


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[210] - Yang Maha Tinggi berfirman:
: (وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ . .)
(Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya...) [Al-Kahfi 18:50].
Dari Jamil Bin Daraj, dari Abi Abdillah (as) berkata: Aku bertanya kepadanya tentang Iblis, sama ada ia dari kalangan malaikat? Adakah ia pengikut langit? Beliau berkata: (Ia bukan malaikat, dan bukan pengikut sesuatu dari langit, ia daripada jin dan adalah bersama malaikat-malaikat dan malaikat melihatnya sebahagian daripada mereka, dan Allah mengetahui bahawa ia bukan dari kalangan mereka, dan apabila diperintahkan untuk sujud maka ia adalah sebahagian daripada mereka) Bihar Al-Anwar: Jilid 11, halaman 119.
[211] - Abi Ja'far (as) berkata (Semasa keluargaku bersama Rasulullah (sawas), baginda bersabda: Ya Tuhanku, apa halnya jika mukmin di sisiMu? Dikatakan: ... dan seorang hamba dari hambaKu tidak dapat menghampiri kepadaKu sedikit pun, melainkan Aku lebih ia kasihi dengan dia menghampiri Ku, dan sesungguhnya dia menghampiri Ku dengan Nafilah. Sehingga Aku kasih padanya, maka jika aku mengsihinya Akulah menjadi pendengarannya untuk dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan lidahnya untuk melafazkan kata-kata dan tangannya yang dengannya dia menyerang, jika dia menyeru-Ku, Aku aku mengabulkannya dan jika dia meminta Aku memberikannya) Al-Kafi Jilid 2, halaman 352-353, Bab Man Azha Al-Muslimin Wa A7taqarahum, Hadits 7 dan 8.
[212] – Dari Abd Al-Muzza7im bin Katsir, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata (Bahawa adalah Amirul Mukminin (as) berkata: Aku Ilmu Allah, aku jantung (hati) Allah yang penuh perhatian, lisan Allah yang berbicara, mata Allah yang melihat, aku sampingan Allah dan aku tangan Allah) Bashair Al-Darajaat oleh Al-Shafar: halaman 84.

Dari Muhammad bin Hamran dari Aswad bin Sa3id berkata: Aku berada di sisi Abi Ja'far (as) beliau mengatakan pada mulanya apabila tiada sesiapa bertanya padanya (Kami hujjah Allah, dan kami adalah pintu Allah, dan kami lisan Allah, dan kami adalah wajah Allah, dan kami adalah mata Allah pada ciptaanNya, dan kami Waliy Amr Allah pada hambaNya) Al-Kafi: Jilid 1, halaman 145.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan